Sunday 11 March 2012

Kerjaya pensyarah


           <!--[endif]-->Pengenalan

Mengikut  Kamus Dewan Bahasa (1996) pensyarah adalah orang yang memberi syarahan (ceramah) / penceramah/ guru di universiti /orang yang memberi kuliah @ pelajaran yang disampaikan secara bersyarah. Ia merupakan profesion yang sama dengan guru iaitu profesion perguruan yang mana individu yang terlibat dalam bidang ini dipandang mulia oleh masyarakat.

Terdapat juga sebahagian individu yang memulakan kerjaya pensyarah bekerja sebagai guru di sekolah. Selain itu, ada yang berkhidmat sebagai tutor di pusat pengajian tinggi awam atau swasta sebelum dilantik menjadi pensyarah. Pangkat tertinggi seseorang dalam kerjaya pensyarah ini adalah Profesor. Untuk mendapat gelaran ini, seseorang itu perlu bermula dari pensyarah dan kemudian Pensyarah Kanan, Professor Madya dan seterusnya Profesor. Klasifikasi pekerjaan ini adalah perkhidmatan pendidikan. Manakala kumpulan perkhidmatan pula, ia berada di dalam kumpulan pengurusan dan professional.

NILAI DAN ETIKA PENSYARAH

<!--[if !supportLists]-->1)                  <!--[endif]-->Integriti
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Integriti ialah melakukan sesuatu dengan penuh tanggungjawab tanpa
penyelewengan atau pengabaian.

<!--[if !supportLists]-->2)                  <!--[endif]-->Akauntabiliti
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Akauntabiliti ialah bertanggungjawab terhadap perlaksanaan tugas yang
diamanahkan mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa serta bersedia dipersoalkan akan tindak-tanduknya.



<!--[if !supportLists]-->3)                  <!--[endif]-->Menghargai masa
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Menghargai masa ialah menggunakan masa dengan cekap, berkesan dan
sempurna tanpa mengira masa dan tenaga.

<!--[if !supportLists]-->4)                  <!--[endif]-->Dedikasi
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Dedikasi ialah kesungguhan melaksanakan tugas dengan cekap, cepat,
berkesan dan sempurna tanpa mengira masa dan tenaga.

<!--[if !supportLists]-->5)                  <!--[endif]-->Tawadhuk (humility)
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Tawadhuk ialah sifat tidak membanggakan diri, tidak angkuh,
menghormati dan tidak merendahkan kebolehan dan maruah orang lain.

<!--[if !supportLists]-->6)                  <!--[endif]-->Penambahbaikan berterusan (kaizen)
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Penambaikan berterusan ialah sentiasa memperbaiki dan memperkemaskan lagi sesuatu proses kerja dengan tujuan mempertingkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan.

<!--[if !supportLists]-->7)                  <!--[endif]-->Berdisiplin
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Berdisiplin ialah kemampuan dalaman untuk mengawal diri dan tingkah
laku mengikut nilai-nilai murni yang disepakati serta tidak melanggar peraturan walaupun dirinya tidak diawasi.

<!--[if !supportLists]-->8)                  <!--[endif]-->Bekerjasama
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Bekerjasama ialah saling membantu dan menghormati antara satu sama lain dalam melaksanakan tugas dengan semangat berpasukan.

<!--[if !supportLists]-->9)                  <!--[endif]-->Kesarjanaan
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Kesarjanaan ialah berdaya saing dan menggunakan sepenuhnya potensi serta kepakaran dalam menghasilkan produk yang terbaik untuk sesebuah institusi.

<!--[if !supportLists]-->10)              <!--[endif]-->Bersyukur
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Bersyukur ialah sifat yang menunjukkan sikap terhutang budi dan
berterima kasih atas nikmat dan pemberian yang diperolehi, ikhlas menerima takdir dan tidak mudah kecewa jika hajat tidak kesampaian.

<!--[if !supportLists]-->4.3              <!--[endif]-->SYARAT KELAYAKAN


1.         TUTOR
SYARAT LANTIKAN:     
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut:
a.   warganegara Malaysia
b.   berumur tidak kurang dari 18 tahun
c.   Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh  
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
*(Gaji permulaan ialah pada Gred DS41 : P1T1)
  1. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
*(Gaji permulaan ialah pada Gred DS41 : P1T6) DAN
<!--[if !supportLists]-->e.       <!--[endif]-->Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT TAMBAHAN:
Syarat-syarat tambahan yang wajib dipatuhi ialah:
a.   Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.0 atau kelas kedua atas dan kelayakan lain yang setaraf dengannya
 b. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2.         PENSYARAH              

SYARAT LANTIKAN:

<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DS45
  1. Ijazah Sarjana/*Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh 
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          *(Gaji permulaan ialah pada Gred DS45 : P1T4); DAN
  1. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DS51
  1. (i)         Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred DS53 : P1T1); ATAU
(ii)       Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh              
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya DAN
(iii)       Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
b.    (i)        mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang istiwewa mutunya ; dan
             (ii)       mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang
berkenaan.                       

     


<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DS53 (Profesor Madya)
a.   (i)         Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred DS53 : P1T1); ATAU
(ii)        Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya DAN
<!--[if !supportLists]-->(ii)               <!--[endif]-->Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
b.   (i)         mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang sangat istiwewa
mutunya DAN
            (ii)        mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang
berkenaan
               
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred Khas C (Profesor)
a.   (i)         Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya ATAU
<!--[if !supportLists]-->(ii)               <!--[endif]-->Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya DAN
<!--[if !supportLists]-->(iii)             <!--[endif]-->Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
b.   (i)         mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya ;

DAN

<!--[if !supportLists]-->(ii)               <!--[endif]-->mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan

4.4       INSTITUSI YANG MENAWARKAN KURSUS PENSYARAH      

  1. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur
  2. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor
  5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor
  6. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah
  7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur
  8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak
  9. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah
  10. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak
  11. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor
  12. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu (dulu KUSZA)
  13. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka (dulu KUTKM)
  14. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis (dulu KUKUM)
  15. Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang (dulu KUKTEM)
  16. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor (dulu KUiTTHO)
  17. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu (dulu KUSTEM)
  18. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan (dulu KUIM)
  19. Universiti Pertahanan Kebangsaan Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur (dulu ATMA)
  20. Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan

SKALA GAJI


1.         TUTOR         

GRED                                    SKALA GAJI

GRED DS41              P1T1 RM 1624.69 - P1T13 RM 2568.49
                                    P2T1 RM 1706.97 - P2T13 RM 2694.33
                                    P3T1 RM 1792.88 - P3T13 RM 2823.80
                                                                                         
2.         PENSYARAH

GRED                          SKALA GAJI

Gred DS45                 P1T1 RM 2213.96 - P1T21 RM 4769.48
                                    P2T1 RM 2297.45 - P2T21 RM 5033.26
                                    P3T1 RM 2384.57 - P3T21 RM 5316.40


Gred DS51                 P1T1 RM 3976.93 - P1T10 RM 5599.54
                                    P2T1 RM 4164.48 - P2T10 RM 5852.43
                                    P3T1 RM 4359.29 - P3T10 RM 6112.58
 
            Gred DS53                 P1T1 RM 4210.46 - P1T10 RM 5910.51
                                                P2T1 RM 4164.48 - P2T10 RM 5852.43
                                                P3T1 RM 4359.29 - P3T10 RM 6112.58

            Gred Khas                  Gred Khas C - RM 6135.80 - RM 7672.50
                                                Gred Khas B - RM 6135.80 - RM 7672.50
                                                Gred Khas A - RM 6135.80 - RM 7672.50   


KEMUDAHAN GAJI DAN ELAUN-ELAUN LAIN

GRED JAWATAN
IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (RM)
IMBUHAN TETAP KERAIAN
(RM)
IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM (RM)
Khas (VK 7)
1300.00
2150.00
-
DS53
900.00
800.00
-
DS45
700.00
-
300.00



4.6              DISKRIPSI TUGAS

<!--[if !supportLists]-->§  <!--[endif]-->Memberi syarahan dan menjalankan kursus pengajaran tentang pelbagai perkara di universiti atau kolej
<!--[if !supportLists]-->§  <!--[endif]-->Menyediakan kertas peperiksaan
<!--[if !supportLists]-->§  <!--[endif]-->Menyemak latihan-latihan bertulis
<!--[if !supportLists]-->§  <!--[endif]-->Menilai kertas-kertas pepriksaan
<!--[if !supportLists]-->§  <!--[endif]-->Menjalankan penyelidikan serta pengembangan.


CIRI-CIRI PENSYARAH YANG BAIK

Menjadi pendidik atau pensyarah yang baik adalah kemahuan setiap individu yang menceburi bidang perguruan. Terdapat bebarapa ciri yang harus ada pada individu ini. Ciri-ciri tersebut adalah seperti sense of humor, sikap yang positif, tahap penilaian yang tinggi, konsisten, adil, fleksibel dan lain-lain lagi. Kejayaan seseorang pendidik atau pensyarah yang berjaya adalah sangat bergantung kepada sikapnya dan pendekatan yang
digunakannya.

1.         Sense of Humor
<!--[if !supportLists]-->·                     <!--[endif]-->Individu yang mempunyai sense of humor di dalam dirinya di anggap bertuah. Ini kerana, ia dapat membantu seseorang itu berjaya dalam kerjayanya. Sense of humor dapat membantu mengurangkan situasi ketegangan di dalam kelas. Sense of humor juga akan membuatkan kelas lebih menyeronokkan bagi pelajar dan akan membuatkan pelajar lebih memberi perhatian serta yang paling penting sense of humor dapat menceriakan hidup dan membuatkan seseorang itu gembira dalam meneruskan kerjaya yang agak mencabar dan kadang-kadang dibebani dengan tekanan.

2.         Sikap yang Positif
<!--[if !supportLists]-->·                     <!--[endif]-->Sikap yang positif merupakan aset penting dalam kehidupan. Sikap yang positif ini akan memberi banyak kebaikan kepada diri sekiranya ia mengikut cara yang betul. Sebagai contoh, seseorang pensyarah tidak seharusnya melihat pelajarnya dari sudut yang negatif tapi perlu sebaliknya.

3.         Harapan yang tinggi
<!--[if !supportLists]-->·                     <!--[endif]-->Pensyarah yang efektif mesti mempunyai harapan yang tinggi terhadap pelajarnya. Sekiranya pensyarah itu meletakkan harapan yang rendah terhadap pelajarnya maka dia juga akan menerima hasil yang kurang baik daripada pelajar-pelajarnya begitulah sebaliknya. Harapan yang tinggi kepada pelajar juga secara tidak lansung akan memberi keyakinan kepada mereka dan ia juga merupakan satu faktor yang dapat membantu pelajar untuk belajar dan mencapai apa yang diharapkan oleh pensyarahnya.

4.         Konsisten
<!--[if !supportLists]-->·                     <!--[endif]-->Seorang pensyarah haruslah konsisten. Individu yang mempunyai sikap ini akan lebih berjaya di dalam hidupnya. Pensyarah harus konsisten terhadap tugas-tugas yang telah diberi dan diamanahkan kepada dirinya.

5.         Adil
<!--[if !supportLists]-->·                     <!--[endif]-->Sikap adil juga merupakan satu sikap yang harus ada dalam diri seorang pensyarah. Dia perlu adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira agama, bangsa, jantina dan sebagainya.

6.         Fleksibel
<!--[if !supportLists]-->·                     <!--[endif]-->Sikap fleksibel adalah sikap yang perlu dimiliki oleh setiap pensyarah.  Ia sangat perlu dalam mengawal pelbagai situasi di dalam kelas. Sekiranya tiada sikap ini, ia akan menyebabkan seseorang itu akan mengalami tekanan.

7.         Berpengetahuan

<!--[if !supportLists]-->·                     <!--[endif]-->Sebagai seorang pensyarah, dia seharusnya mempunyai pengetahuan yang banyak dalam pelbagai bidang. Bukan sahaja tertumpu kepada bidang yang diceburinya sahaja malah meliputi dalam bidang-bidang yang lain yang berkait rapat dengan bidangnya. Dia juga perlu menunjukkan yang dirinya berpengetahuan luas dan mahir dalam bidangnya

8.         Demokrasi        
<!--[if !supportLists]-->·                     <!--[endif]-->Pensyarah yang baik adalah pensyarah yang mengamalkan sikap demokrasi di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya cara kepimpinan sebegini, dia akan lebih dihormati dan disukai oleh pelajar. Ini kerana, mereka boleh saling bertukar-tukar pendapat dan sebagainya.

9.         Kuat dalam pegangan agama

10.       Minat dan Iltizam terhadap tugasnya sebagai pendidik

11.       Berani dan tegas dalam menegakkan kebenaran

12.       Sentiasa cekal dan tabah

12.       Mesra dengan pelajar

13.       Pengajaran yang ringkas dan padat.

14.       Menghargai pencapaian pelajar

15.       Bersedia untuk menerima pandangan pelajar

16.       dan lain-lain lagi.            
           

4.8  TATASUSILA PROFESION PERGURUAN
                                                                                                           
1.   TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
 
1.1       Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain.
1.2       Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
1.3       Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada  yang berhak mengetahuinya.
1.4       Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam bilik kuliah sendiri  dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik kuliah tanpa sebarang bayaran.
1.5       Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat  menjadi contoh yang baik kepada pelajar.
1.6       Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
 
2.         TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA
 
2.1       Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2.2       Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
2.3       Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
2.4       Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana
2.5       Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
2.6       Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
                 




3.         TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

3.1       Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
<!--[if !supportLists]-->3.2              <!--[endif]-->Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu
   dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
   bertanggungjawab dan berguna, menghormati perbezaan kebudayaan,
   keturunan dan agama.
<!--[if !supportLists]-->3.3              <!--[endif]-->Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
<!--[if !supportLists]-->3.4              <!--[endif]-->Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara staf akademik
            dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
<!--[if !supportLists]-->3.5              <!--[endif]-->Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat.
<!--[if !supportLists]-->3.6              <!--[endif]-->Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
 
4.         TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN-
 
4.1.      Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang mencemarkan nama baik seseorang rakan sejawat di hadapan pelajar atau ibu boleh bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang rakan sejawat.
4.2.      Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
4.3.      Berusaha dengan sepenuh-penuhnya, menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4.4.         Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat  terutamanya mereka yang baru menceburkan diri dalam profesion perguruan.
4.5.         Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
4.6.         Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
 
Nota: Guru yang dimaksudkan dalam Tatasusila ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru / pensyarah / pendidik yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyelidikan pendidikan



 <!--[endif]-->MAKLUMAT KERJAYA DI INTERNET

Internet merupakan sumber maklumat kerjaya yang penting dan terkini. Melalui internet individu boleh melayari laman-laman web tertentu yang mengandungi maklumat terkini tentang kerjaya. Antara laman-laman web di internet yang berkaitan dengan maklumat kerjaya ialah:






  • http://jibsdb.com.my/
  • http://joblink.com.my/
  • http://jobasia.com.sg
  • http://www.cari.com.my
  • http://www.spa.gov.my/
  • http://www.classified.com.my/
  • http://www.jobstreet.com.my/
  • http://www.careeronnex.com.my/
  • http://www.newmalaysiaclassifields.net/
  • http://www.mol.com
  • http://www.tutor.com.my
  • http://www.jtr.gov.my/labour/kekosongan_baru_sektor_htm
  • http://www.jtr.gov.my/labour/pb_kekosongan_pekerjaan.htm
  • http://jobs.esc.state.nc.us/soice/planning/cla.htm

68 comments:

  1. Assalam, saya pelajar spm pada 2014. Boleh saya menyatakan soalan?
    Adakah hnya subjek bahasa melayu dan bahasa inggeris sahaja yang perlu ditarget semasa spm nanti? Ataupun terdapat subjek-subjek lain? Selepas spm nanti, adakah saya perlu mengambil krusus dahulu atau pun kena sambung pengajian di universiti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bm and ni tu just mandatory for you to succeeding in lecturer position.. In spm..you must score in every subject..grab a best student title..

      Delete
    2. adakah subject matematik penting dalam bidang ini ?

      Delete
  2. assalamualaikum,,saya amat bercita cita,,untuk menjadi seorang pensyarah apabila besar nanti,,di samping itu,,saya ingin menjadi seorang pakar motivasi,,bidang apa yang perlu saya ceburi,,bagi saya mempelajarinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Bidang apa sekalipun tak kisah. Yang penting masa belajar di universiti timba sebanyak mungkin ilmu bukan sahaja di bilik kuliah bahkan juga di luar bilik kuliah. Membaca wajib untuk jadi motivator. Luaskan ilmu, pengalaman serta cara berfikir

      Delete
  3. saya juga berminat dlm ilmu matematik . tpi adakah bahasa inggeris ditekankan semasa SPM ? jika saya ingin mengambil jurusan matematik ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Struggle in every subject then you will have many opportunity good luck ^ • ^

      Delete
    2. Struggle in every subject then you will have many opportunity good luck ^ • ^

      Delete
  4. Assalamualaikum. Macam mana dengan perihal JURUSAN apabila kita nk smbung belajar nnti sekiranya bercita cita untuk menjadi pensyarah? Mohon pencerahan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...
      Maaf untuk mencelah tuan punya blog...
      Pilihlah jurusan yang kita sukai dan minati... ia lebih hidup apabila bergelar pensyarah.... =)
      p/s: Pandangan semata-mata....
      untuk rujukan resume kerjaya persyarah.. boleh ke link ini :http://www.ashadee.net/go/51332/mybestlist

      Delete
  5. No... Nak jadi guru you can apply either upsi or ipg... After you grad you akn posting any schools in Malaysia.. Kalau nak sekolah menengah you akan ambil pendidikan after you grad ijazah... Kalau lecturer... You dah ada ijazah you boleh apply Trus.. Tapi setahu I you akn jadi lecturer sambilan. Kalau nak teta . You kena sambung master... Perbetulkan saya kalau salah
    ^ > ^

    ReplyDelete
  6. No... Nak jadi guru you can apply either upsi or ipg... After you grad you akn posting any schools in Malaysia.. Kalau nak sekolah menengah you akan ambil pendidikan after you grad ijazah... Kalau lecturer... You dah ada ijazah you boleh apply Trus.. Tapi setahu I you akn jadi lecturer sambilan. Kalau nak teta . You kena sambung master... Perbetulkan saya kalau salah
    ^ > ^

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Asslm.Tahun ni saya akan ambil spm.Cita2 saya nak jadi pensyarah doktor.Jadi,bila masuk U nanti saya harus pilih bidang apa utk mnjd pensyarah doktor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Nak jadi pensyarah, alhamdulillah. Kurang faham soalan Puteri. Nak jadi pensyarah bidang perubatan ke atau pensyarah yang mempunyai kelayakan Doktor Falsafah(PhD)?

      Harap dapat pencerahan

      Delete
    2. Pensyarah yg mempunyai kelayakan Doktor Falsafah sy rsa.Act,tk kisah.. asalkn berkaitan dgn kedoktoran.Tq

      Delete
    3. Biasanya kita akan melanjutkan ke pengajian Ijazah Sarjana Muda (Bachelor Degree) yang akan memakan masa 4 tahun. Kemudian disusuli dengan Ijazah Sarjana (Master degree) yang akan memakan masa di antara 1 tahun setengah ke dua tahun. Selepas itu, ke peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) yang akan memakan masa 3 atau 4 tahun. Dengan Ijazah kedoktoran itu, kita boleh menggunakan title Dr. di hadapan nama kita, sebagai contoh Dr. Puteri Adelene Syazwina

      Bidang pengajian terpulang kepada minat kita. Berbagai jurusan seperti Kejuruteraan, sains, sastera dsbnya.

      Delete
    4. Ok contohnya saya nk ambil jurusan asasi sains hayat or dietetics..boleh ke nanti jd lecturer?

      Delete
  9. salam ....
    saya sekarang sedang mengikuti pengajian di peringkat Master ipta… saya cuma ingin bertanya..ada tak funder yang willing utk ade article jurnal sendiri…sy berhasrat utk mengikuti sebuah international conference utk publishkan article jurnal ..dan sgt memerlukan funder…

    ReplyDelete
  10. salam ....
    saya sekarang sedang mengikuti pengajian di peringkat Master ipta… saya cuma ingin bertanya..ada tak funder yang willing utk ade article jurnal sendiri…sy berhasrat utk mengikuti sebuah international conference utk publishkan article jurnal ..dan sgt memerlukan funder…

    ReplyDelete
  11. senarai ipts yg tawar kursus pensyarah ada?

    ReplyDelete
  12. syarat nak masuk uni kos pensyarah apa eh?

    ReplyDelete
  13. syarat nak masuk uni kos pensyarah apa eh?

    ReplyDelete
  14. Salam, saya seorang lepasan diploma engineering of automotive (Politeknik). Sekarang saya bekerja sebagai mekanik untuk mencari pengalaman. Cita-cita saya ingin menjadi pensyarah atau cikgu, senang cerita sebagai tenaga pengajar la. Tapi buat masa sekarang ini saya tidak mempunyai fikiran untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi seperti ijazah dan sebagainya. Bolehkah saya meneruskan cita-cita saya untuk menjadi seorang tenaga pengajar? Apakah saya perlu pergi mana-mana kursus? Apa yang perlu saya lakukan untuk menjadi tenaga pengajar

    ReplyDelete
  15. hello sy nak tnya klau nak jadi lecturer tpi bahagian music boleh ke? & apa syarat sma subject kelayakan utk masuk.. sma recommend masuk U mana? sy still pelajar spm this year baru nak set gol tq :)

    ReplyDelete
  16. Salam i wanna be a lecturer....but now i sit in kelas sastera....can i contunue my dream to be a lecturer....

    ReplyDelete
  17. Salam i wanna be a lecturer....but now i sit in kelas sastera....can i contunue my dream to be a lecturer....

    ReplyDelete
  18. Wsalam. Untuk saudara Zikri, sains atau sastera tidaklah penting sangat. Kalau kelas sastera, boleh sambung pengajian ke universiti dalam bidang seperri kaunseling, management, dan lain-lain.Boleh hubungi saya untuk info lanjut

    ReplyDelete
  19. Hello. Saya ingin menjadi pensyarah dalam bidang Mathematics. Saya merupakan lepasan SPM, jadi apakah course yg perlu diambil? Apakah kriteria2 yg diperlukan?

    ReplyDelete
  20. Boleh ambil bidang Matematik Pure atau Matematik Industri di UTM. Nak jadi peensyarah sekarang ni memerlukan sekurang-kurangnya Master degree. Lebih elok PhD

    ReplyDelete
  21. salam .. saya awani candidate spm thun nie.. saya cuma nk tahu dgn lbih detil lg brkenaan kerjaya lecture niy ..sy ni mnyimpan cita2 terlalu tinggi sbenarnya nk jd lecture .. tp saya x tahu apa persediaan sy , n apa yg perlu sya sediakan dri segi fizikal dan mental utk being lecture .. so sy harap sngat dapat pencerahan apa berapa thun sy perlu korbankan masa untuk jd lecture =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Lecturer di kolej atau IPTA. Certain kolej, ijazah pertama (Bachelor Degree) sudah memadai. IPTA paling kurang master degree.

      Delete
  22. Salam..boleh kah semasa saya apply jd pensyarah sambilan saya buat master pada masa yg sama

    ReplyDelete
  23. Salam..boleh kah semasa saya apply jd pensyarah sambilan saya buat master pada masa yg sama

    ReplyDelete
  24. salam sejahtaera saudari nur alia ....saya nak tanya ni ...
    ok fokus soalan saya ....

    saya nak jadi pensyarah , and then saya amik degree bidang al quran sunnah dengan memakai sijil stam . adakah boleh saya menjadi pensyarah ? atau ada lagi kot kata nak kena amik ijazah doktor falsafah ? apa beza ijazah sarjana muda dengan ijazah sarjana ? diantara bidang syariah dengan quran sunnah mana lebih bagus ?

    ReplyDelete
  25. salam sejahtaera saudari nur alia ....saya nak tanya ni ...
    ok fokus soalan saya ....

    saya nak jadi pensyarah , and then saya amik degree bidang al quran sunnah dengan memakai sijil stam . adakah boleh saya menjadi pensyarah ? atau ada lagi kot kata nak kena amik ijazah doktor falsafah ? apa beza ijazah sarjana muda dengan ijazah sarjana ? diantara bidang syariah dengan quran sunnah mana lebih bagus ?

    ReplyDelete
  26. assalammualikum, sya ingin brtnya smasa dlm proses mnymbung master utk jdi pnsyarah, blehkah sya bkerja sbgai seorng guru? mohon pnjelasan krana sya tdak fhm ap2 pon brkaitan pnsyarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, apa salahnya. Ramai pelajar saya adalah guru yang melanjutkan pelajarn mereka di peringkat masters

      Delete
    2. Hi Affendi Hashim,I want to ask if I enter the Malay literary class whose subjects are extra only literary and art can be lecturers to?
      Actually I am from the principle of account principles but because of the fact that I was not interested in the field of literature.Plus, i only need score kepujian in malay and engliah only if wan to be lecturer

      Delete
    3. hi, saya nak jadi pensyarah dalam bidang kejuruteraan, lepas spm, apa yang perlu saya ambil. sama ada bidang pendidikan atau bidang kejuruteraan? haral beri pencerahan

      Delete
    4. hai,kalau nak jadi pensyarah kejuruteraan, bidang apa yang perlu diambil, perguruan atau kejuruteraan?

      Delete
  27. Hii, sy nak tanya kalo nak jdi pensyarah mula jdi guru dlu ka?

    ReplyDelete
  28. Hii, sy nak tanya kalo nak jdi pensyarah mula jdi guru dlu ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, tak semestinya. Boleh trus direct je

      Delete
    2. Hi Affendi Hashim.Saya nak tanya boleh.Now i m form 4 at sastera class, next year i will SPM.Jika saya mendapat kepujian dalam malay and english only can i be pensyarah?

      Delete
  29. hii,saya nak tanye saya nak jadi pensyarah matematik tetapi saya amik aliran sastera skrg time f4 ,patot ke saya amik aliran sastera atau aliran sains,saya x minat akan fizik ,jadi bagaimana ye?matematik tambahan wajib ke saya amik untuk jadi pensyarah matematik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, lebih elok masuk sains. Lagi pun bila nak apply masuk u utk course mathematics nanti, matematik tambahan penting

      Delete
  30. Assalammualaikum,saya ingin bertanya..saya mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Seni Halus Kepujian.Bolehkan saya memohon sebagai pensyarah selepas saya grad??

    ReplyDelete
  31. Assalammualaikum,saya ingin bertanya..saya mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Seni Halus Kepujian.Bolehkan saya memohon sebagai pensyarah selepas saya grad??

    ReplyDelete
  32. Assalam . Saya nak tahu . Saya nak jadi pensyarah and now this year spm . Saya pelajar aliran sastera . After spm , apa jurusan atau tempat yang saya perlu sambung untuk jadi pensyarah ? Dan sekurang kurangnya kelulusan apa untuk jadi pensyarah yaa 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samela kite
      Tapi sebenarnya saye ni dari kelas account tapi drop gi kelas sastera sebab x berminat.Tapi sekarang saya ni form 4 dan time saya drop class bila dah bulan 7

      Delete
  33. Assalamualaikum,saya seorang pelajar form 4 yang akan in form 5 next year.I just to know if we in kelas sastera yang mengambil mata perajar seperti art and sastera ,bolehkah saya menjadi pensyarah suatu hari nanti kalau saya A in malay and english
    Plus: I already at account class but i drop class and go to sastera class, did i wrong??

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum,saya syarifah berusia 16 tahun. saya ingin menjadi pensyarah dalam bidang sains. selepas spm,sya merancang untuk belajar di matrikulasi,danseterusnya menyambungkan pelajaran ke universiti menerusi bidang sains.Saya tertanya adakah saya perlu memohon universiti yang menawarkan kursus pensyarah untuk melayakkkan saya menjadi pensyarah atau saya boleh ambil mana2 bidang lalu saya memohon bekerja sebagai pensyarah ?

    ReplyDelete
  35. W salam. Mana mana bidang. Pastikan buat PhD.

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum saya nak Tanya kwn sye ade mslh..boleh ke pd pringkt diploma die amik kursus tahfiz sbb mak ayah dia suruh Dan pada peringkat seterusnya dia amik kursus lain Dan tolong brikn cadangn kursus ape yg dia ptot amik yg mmbolehkn dia mnjdi
    seorg pnsyrh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Saya sendiri pun Ijazah pertama Matematik. Sarjana Bahasa Inggeris dan kemudiannya Doktor Pentadbiran Perniagaan. Terpulang pada kita. Saya pensyarah Bahasa Inggeris

      Delete
  37. Assalamualaikum w.b.t,

    saya Faris dari kolej profesional Baitulmal MAIWP.Saya berminat sangat nak menjadi seorang pensyarah .Sekarang saya belajar dalam DIPLOMA SYARIAH ISLAMIYAH.Saya nak minta jalan yang terbaik ataupun haluan untuk membolehkan saya menjadi seorang pensyarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Saudara boleh habiskan pengajian saudara utk diploma. Lepas tu buat ijazah sarjana muda. Habis sarjana muda, buat master. Lepas tu apply ke kolej swasta. jadi pensyarah di sana. Dalam masa yang sama usahakan utk buat PhD. Tamat phd dan saudara sudah pun mempunyai pengalaman mengajar di kolej, mohon pula utk jadi pensyarah Universiti. Semoga berjaya

      Delete
  38. Assalamualaikum sy nk tnya, betulka sekiranya selepas hbis degree nk jd pensyarah cth bidang engineering, and then sambung master dan phd ... jdi yuran akan ditanggung? Betulka ... mohon penjelasan.

    ReplyDelete
  39. Wsalam. Separuh tepat dan bergantung. Mohon hubungi saya

    ReplyDelete
  40. assalammualaikum, saya pelajar stpm sekarang dan ingin menjadi pensyarah matematik tapi saya tak credit english semasa spm, boleh apply pensyarah matematik ke ? mohon penjelasan. terima kasih

    ReplyDelete
  41. assalammualaikum , saya pelajar di politeknik , saya mmg nk jadi pensyarah .tpi sy dlm bidang kewangan dan perbankan islam , boleh ke bidang yg sy ceburi ni menjadi pensyarah>

    ReplyDelete