Sunday 11 March 2012

Kerjaya Bomba


SEJARAH PERKHIDMATAN BOMBA


Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F.Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan di bawah Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba Dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan terus berkembang di setiap negeri dan diletakkan di bawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar. Pasa tahun 1946, iaitu selepas perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Services' (MUS) dengan Flight Lt.W.J Gerumandi sebagai 'Director of Malayan Union Fire Services' telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri di bawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri-negeri masing-masing. Untuk menyelaraskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.

Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan dengan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1hb januari 1976. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb januari 1977. Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan.

Pada 8hb januari 1977, jemaah Menteri telah bersetuju dengan perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di mana pada 21hb Febuari 1997, YAB Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya telah mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Genting Highlands.

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berusaha untuk menjadi sebuah organisasi yang cemerlang dan disegani serta dihormati diperingkat antarabangsa serta mampu menangani apa jua rintangan dan cabaran yang mendatang dalam era yang serba moden ini. Pelbagai usaha dan tindakan yang perlu telah dilakukan bagi membentuk sebuah Jabatan yang profesional dan unggul.

Dalam merealisasikan hasrat ini, Jabatan memberikan penekanan dan keutamaan dari aspek pembangunan sumber manusia melalui latihan-latihan kebombaan selari dengan perkembangan teknologi, pembangunan negara serta kejadian bencana alam yang melanda. Aspek ini amat penting dan menjadi agenda utama Jabatan dalam mempastikan setiap pegawai bomba adalah 'K-worker' yang mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam pelbagai cabang tugas kebombaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa membawa pembaharuan dan kecanggihan dalam aspek latihan, teknologi, peralatan dan pembangunan balai bomba, seiring dengan kemajuan teknologi di alaf ini. Dengan adanya prasarana dan kemudahan latihan yang terkini, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf  Tapai, Terengganu adalah menjadi harapan Jabatan agar aspek latihan intensif serta berkualiti akan dapat dilaksanakan bagi membentuk pegawai bomba yang profesional bersesuaian dengan slogan Jabatan iaitu "Profesionalisma Teras Kecemerlangan

FUNGSI JBPM

Fungsi-fungsi utama jabatan adalah mengikut peruntukan di dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).
1. Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.
2. Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran
3. Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelenggaraan dan pengawalseliannya yang sempurna.
4. Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.
5. Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan  nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.
JBPM boleh selain daripada tugas-tugasnya di bawah subsekyen (1)melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang-undang atau sebaliknya yang diadakan oleh menteri untuk dilaksanakan.

  <!--[endif]-->ETIKA

Berkhidmat untuk negara kerana Allah, Sentiasa berkhidmat untuk faedah masyarakat
Taat dan setia, cekal dan sabar, Bekerja dengan dedikasi, cekap dan berdisiplin
Siap sedia setiap masa, Seerat serasa sehati sejiwa.



OBJEKTIF

Untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan.

CIRI-CIRI ANGGOTA BOMBA

Ciri-ciri atau sifat-sifat yang perlu ada pada setiap anggota bomba bagi melaksanakan tugas menyelamat dengan sempurna dan berkesan ialah mempunyai disiplin yang tinggi dan cergas, kuat, cekap, mahir, cepat, tangkas, waspada dan sentiasa bersiap sedia serta prihatin.


BAHAGIAN JBPM


Pengurusan

1.  Menentukan pengurusan perkhidmatan bagi keseluruhan jawatan
2.  Menentukan pengagihan dan perbelanjaan kewangan jabatan mematuhi peraturan    yang dibenarkan
3. Mengawal selia perbelanjaan bahagian-bahagian serta perkhidmatan bomba negeri.
Bahagian Pengurusan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :
1. Unit Pentadbiran    2. Unit Penjawatan    3. Unit Kewangan

Operasi
Aktiviti ini terbahagi kepada beberapa unti utama iaitu unit Pemadaman Kebakaran, Penyelamat, Perkhidmatan Khas, Rancangan Pra Kebakaran, Unit Pili Bomba, Unit Komunikasi, Unit Bekalan dan Logistik, Unit Siasatan Kebakaran danAnaliasa Arson, Unit Piawaian dan Kawalan Keberkesanan Operasi, Unit Pemadaman Api dan Unit Pengurusan Daerah

Penguatkuasaan
1. Merancang dan merangka dasar penguatkuasaan dan strategi perlaksanaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).
2. Merancang dan merangka dasar Perakuan Bomba ke atas Premis di tetapkan.
3. Merancang dan merangka dasar penyiasatan dan pendakwaan berkenaan dengan kesalahan di bawah Akta  Perkhidmtan Bomba 1988.
4. Merancang dan merangka dasar penyiasatan dan kebakaran.
5. Merancang dan merangka peraturan-peraturan yang berkaitan dengan perlaksanaan peruntukan di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988

Kejuruteraan
1. Mengurus, menyelaras dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikian kenderaan, jentera dan peralatan motor.

2. Menyediakan perkhidmatan pembangunan, latihan dan kajian Bahagian Kejuruteraan merangkumi kemudahan workshop, peralatan workshop, latihan kakitangan dan sistem penyelenggaraan pelbagai jentera dan peralatan bomba.
3. Merangka, menyelaras dan melaksana aktiviti-aktiviti penyelengaraan pencegahan kerosakan (preventive maintenance) bagi pelbagai kenderaan, jentera dan peralatan bomba.
4. Memberi khidmat nasihat dan kajian teknikal dalam hal-hal pembelian kenderaan utiliti, jentera dan peralatan bomba.

Latihan dan perancangan tenaga manusia
1. Merancang dan mengendalikan keperluan dan dasar latihan serta perancangan tenaga manusia bagi pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
2. Merancang dan menyelaras keperluan dan dasar latihan keselamatan kebakaran bagi pelanggan jabatan dan pihak awam.
3. Merancang dan melaksanakan program latihan kebombaan berkembar dengan istitusi pengajian dan istitusi kebombaan dalam dan luar negara.
4. Merancang dan menyelaras program utama, tahunan dan dwi tahunan jabatan.
5. Menyelaras pengurusan pentadbiran serta pembangunan fizikal akademik dan pusat-pusat latihan.

Perancangan, penyelidikan dan pembangunan
1. Merancang dan menyelaraskan dasar serta rangka perlaksanaan pembangunan fizikal   Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
2. Memantau dan mengkordinasikan perancangan dan pengurusan peruntukan kewangan pembangunan tahunan dan lima  tahun jabatan.
3. Menganalisa dan mengawalselia kelulusan bahan ketahanan api dan sistem perlindungan kebakaran.
4. Memantau dan menyelaraskan perancangan dan perlaksanaan penyelidikan dan pembangunan,kebombaan dan pengurusan bencana.

Pencegahan dan keselamatan
Mengambil konsep 'Mencegah Lebih Baik Daripada Memadam' Bahagian Pencegah dan Keselamatan telah dipertanggungjawabkan untuk mengurangkan risiko kebakaran dan meminimakan kerugian kebakaran. Oleh itu,untuk mencapai objektif dan fungsi bahagian di antara langkah komprehensif yang diambil termasuk:-
1. Mengkaji dan memberi perakuan kepada rekabentuk bangunan baru dengan memastikan pematuhan sepenuhnya kepada keperluan kebombaan.
2. Menyelaras dan mengkaji keberkesanan piawaian dan kod-kod amali yang digunapakai.
3. Memantau, menyelaras aktiviti pengkajian pelan dan pengeluaran surat sokongan Sijil Menduduki Bangunan di peringkat negeri.
4. Menyelaras, menaja dan menyediakan panduan-panduan pendidikan awam kepada usaha-usaha meningkatkan kesedaran masyarakat umum terhadap pentingnya pencegahan kebakaran.

Unit perhubungan awam

1 . Merancang dan menyediakan deraf kenyataan peringkat nasional.
2. Menyediakan dan menerbitkan dokumentasi.
3. Lawatan dari luar ke jabatan bomba
4. Lawatan ketua pengarah ke luar ibu pejabat
5.  Pengendalian aktiviti rasmi jabatan.



Unit udara bomba
Melaksanakan operasi kebombaan melalui udara secara strategik, cepat dan berkesan demi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar. Memastikan perkhidmatan udara untuk melaksanakan misi-misi kebombaan.



LATIHAN
Pada dasamya sepanjang kerjaya seorang Pegawai Bomba di dalam Jabatan, ia akan melalui suatu struktur latihan yang sistematik dan berterusan terbahagi kepada lima (5) peringkat berikut

1. Pra‑Penempatan /Asas
Fokus kepada awal perkhidmatan pegawai iaitu antara satu hingga tiga tahun. Mana‑mana pegawai yang berada di dalam tempoh perkhidmatan ini perlu menjalani latihan yang telah ditetapkan oleh Jabatan. Dalam peringkat ini pegawai‑pegawai akan didedahkan kepada kursus yang berkonsepkan "PENDEDAHAN DAN PENERAPAN".

 2. Pertengahan
Fokus kepada pegawai yang telah berkhidmat antara tiga hingga sepuluh tahun di dalam Jabatan. Mana‑mana pegawai yang berada di dalam tempoh ini perlu menjalani latihan yang telah ditetapkan oleh Jabatan berdasarkan kepada jawatan dan pangkat mereka. Dalam peringkat ini pegawai‑pegawai akan didedahkan kepada kursus yang berkonsepkan "PEMBANGUNAN DAN PENINGKATAN".

 3. Lanjutan
Fokus kepada pegawai yang telah berkhidmat antara sepuluh hingga 25 tahun atau lebih yang mana hampir sebelum tiga tahun menamatkan perkhidmatan. Mana mana pegawai yang berada di dalam kategori ini perlu menjaiani latihan yang teiah ditetapkan oieh jabatan berdasarkan kepada jawatan dan pangkat mereka. Dalam kategori ini pegawai-pegawai akan didedahkan kepada kursus yang berkonsepkan"PENGUKUHAN".



4. Peralihan
Fokus kepada pegawai yang akan menamatkan perkhidmatan wajibnya iaitu 3 tahun sebelum mereka menamatkan perkhidmatan. Mereka ini akan didedahkan kepada kursus persediaan bagi menjalani kehidupan selepas menamatkan perkhidmatan dan kursus ini akan ditentukan oleh Jabatan.



KERJAYA BOMBA
  • Penguasa bomba
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pengurusan am, pentadbiran dan kewangan, penyelidikan, perancangan, pembangunan, latihan, operasi melawan kebakaran, penguatkuasaan Akta 341 dan undang-undang lain serta peraturan yang berkaitan.
  • Penolong penguasa bomba
Bertanggungjawab mengetuai tugas-tugas operasi melawan kebakaran di ibu pejabat di peringkat negeri dan membantu di dalam tugas-tugas pengurusan am, penyelidikan perancangan pembangunan dan penguatkuasaan Akta 341 dan undang-undang lain yang berkaitan.
  • Pegawai bomba
Bertanggungjawab sebagai pegawai penjaga balai serta menguruskan pentadbiran harian balai serta bertanggungjawab memadamkan kebakaran semasa kebakaran dan menjalankan tugas-tugas menyelamat semasa menghadapi bencana-bencana kemalangan dan bencana-bencana alam yang lain.




<!--[if !vml]-->
<!--[endif]-->



SKIM PERKHIDMATAN PENGUASA BOMBA
KLASIFIKASI
PERKHIDMATAN KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM
KUMPULAN
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TARIKH KUATKUASA
1 JANUARI 2006
GRED
JADUAL GAJI MATRIKS
GRED KB41
P1T1
RM 1480.70
-
P1T27
RM 4077.36
P2T1
RM 1564.19
-
P2T27
RM 4320.57
P3T1
RM 1651.31
-
P3T27
RM 4584.35
GRED KB44
P1T1
RM 2625.36
-
P1T14
RM 4339.93
P2T1
RM 2904.87
-
P2T14
RM 4761.01
GRED KB48
P1T1
RM 3814.79
-
P1T8
RM 5059.88
P2T1
RM 4192.31
-
P2T8
RM 5539.04
GRED KB52
P1T1
RM 4291.53
-
P1T8
RM 5536.62
P2T1
RM 4669.05
-
P2T8
RM 6015.78
GRED KB54
P1T1
RM 4526.27
-
P1T8
RM 5894.78
P2T1
RM 4926.78
-
P2T8
RM 6434.44

SYARAT LANTIKAN


1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a.Warganegara Malaysia
b.Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. 
c.Kelayakan Akademi
i. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KB41 : P1T3); atau
iii. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang boleh diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KB41 : P1T4); atau
iv. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KB41 : P1T5); atau
v. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KB41 : P1T6).
d. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-
i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.58m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kb bagi wanita;
iii. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurang 81 sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
iv. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
v. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vi. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
e. Lulus ujian-ujian yang telah ditetapkan oleh ketua jabatan/ketua perkhidmatan dari masa ke semasa. dan
 f. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

LANTIKAN BEKAS ANGGOTA TENTERA
2. Bekas anggota tentera sekurang-kurangnya berpangkat Leftenan atau setaraf dengannya dan mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Juruterbang dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik. Calon juga hendaklah memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan diperenggan 1(d) dan 1(e) di atas.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Bomba adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penguasa Bomba Grek KB41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
a.         i. Mempunyai kelayakan diperenggan 1(c) diatas; atau
                        ii. Lulus Peperiksaan Khas; dan
b.         Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

PENETAPAN GAJI PERMULAAN
4. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred KB41 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

TEMPOH PERCUBAAN
5. Penguasa Bomba Gred KB41 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.


SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PENGUASA BOMBA
KLASIFIKASI
PERKHIDMATAN KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM
KUMPULAN
SOKONGAN
TARIKH KUATKUASA
1 JANUARI 2006
GRED
JADUAL GAJI MATRIKS
GRED KB29
P1T1
RM 1207.00
-
P1T22
RM 2458.14
P2T1
RM 1262.66
-
P2T22
RM 2598.50
P3T1
RM 1320.74
-
P3T22
RM 2743.70
GRED KB32
P1T1
RM 2185.74
-
P1T10
RM 2904.48
P2T1
RM 2356.35
-
P2T10
RM 3140.43
GRED KB38
P1T1
RM 2433.79
-
P1T12
RM 3728.49
P2T1
RM 2604.40
-
P2T12
RM 4119.32

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a. Warganegara Malaysia
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
c. Kelayakan Akademi
 i. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KB41 : P1T3); atau
iii. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang boleh diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KB41 : P1T4); atau
iv. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KB41 : P1T5); atau
v. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KB41 : P1T6).
d. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-
i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.58m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
            ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kb bagi wanita;
iii. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurang 81 sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
iv. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
v. Pengecaman warnadan pendengaran yang tidak cacat; dan
vi. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
e. Lulus ujian-ujian yang telah ditetapkan oleh ketua jabatan/ketua perkhidmatan dari masa ke semasa.
f. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
               
LANTIKAN BEKAS ANGGOTA TENTERA
2. Bekas anggota tentera sekurang-kurangnya berpangkat Pegawai Waran II yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class I dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Calon juga hendaklah memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan diperenggan 1(d) dan 1(e) di atas.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Bomba adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Bomba Grek KB29 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
            a.         i.Mempunyai kelayakandiperenggan 1(c) diatas; atau
                        ii.Lulus Peperiksaan Khas; dan
            b.         Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

PENETAPAN GAJI PERMULAAN
4. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred KB29 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
TEMPOH PERCUBAAN
5. Penguasa Bomba Gred KB29 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI BOMBA
<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->
KLASIFIKASI
KUMPULAN
TARIKH KUATKUASA
GRED
PERKHIDMATAN KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM
SOKONGAN
1 JANUARI 2006
JADUAL GAJI MATRIKS
GRED KB17
P1T1
RM 662.35
-
P1T24
RM 1741.67
P2T1
RM 704.70
-
P2T24
RM 1838.47
P3T1
RM 748.26
-
P3T24
RM 1938.90
GRED KB22
P1T1
RM 1250.00
-
P1T15
RM 2101.84
P2T1
RM 1363.74
-
P2T15
RM 2351.10
GRED KB24
P1T1
RM 1545.65
-
P1T13
RM 2291.01
P2T1
RM 1659.39
-
P2T13
RM 2530.59
GRED KB26
P1T1
RM 1771.92
-
P1T9
RM 2410.80
P2T1
RM 1942.53
-
P2T9
RM 2639.49

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
 a. Warganegara Malaysia
 b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
 c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 d. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :
 i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
 ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurang 81 sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
iv. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
            v. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan 
vi. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
e. Lulus ujian-ujian yang telah ditetapkan oleh ketua jabatan/ketua perkhidmatan dari masa ke semasa. 
 f. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

LANTIKAN BEKAS ANGGOTA TENTERA

2. Bekas anggota tentera sekurang-kurangnya berpangkat Pegawai Waran II yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class I dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Calon juga hendaklah memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan diperenggan 1(d) dan 1(e) di atas.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

3. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred KB17 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

TEMPOH PERCUBAAN
5. Pegawai Bomba Gred KB17 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI BOMBA

Setiap pegawai bomba adalah bertanggungjawab.
 a.  Merancang keperluan kursus yang bersesuaian dengan tugas, objektif Jabatan dan pembangunan diri.
 b. Menghadiri dan mengikut kursus yang diiuiuskan atau ditetapkan dengan penuh komitmen dan dengan jaya.
c.  Menyedia dan mengemukakan laporan kursus kepada Ketua Jabatan masing‑masing setelah selesai menjalani kursus berkaitan.
 d.  Mengemukakan salinan sijil I dokumen berkaitan bagi tujuan pengesahan kehadiran kursus dan bagi tujuan rekod kepada Ketua Jabatan masing‑masing sebaik sahaja tamat menghadiri kursus.
e.  Menyediakan rekod terkini latihan untuk perancangan pembangunan kedaya diri dan boleh disemak oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia dari semasa ke semasa.

<!--[if !supportLists]-->17.0<!--[endif]-->PENSTRUKTURAN KURSUS DAN LATIHAN

Struktur kursus dan latihan di dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan dilaksanakan mengikut keperluan skim dan klasfikasi perkhidmatan sepertimana di dalam Pekeliling Perkhimatan Bilangan 37 tahun 2005.
Ianya terbahagi kepada lima (5) jenis kursus seperti berikut :-

a. Kursus Asas
Bagi pegawai lantikan terus, kesemua pegawai bomba iaitu Pegawai Bomba Gred KB 17, Penolong Penguasa Bomba Gred 29 dan Penguasa Bomba Gred KB 41, dikehendaki mengikuti serta lulus dengan jayanya kursus asas

 b. Kursus Perkhidmatan
Kursus ini ditetapkan kepada semua Pegawai Bomba lantikan terusi baru (Gred KB 17, KB 29 dan KB41) bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan. Kursus‑kursus yang perlu dihadiri dan fulus dengan jayanya ialah :-
1.Kursus lnduksi Umum.
2.Kursus Induksi Khusus
3.Kursus Biro Tata Negara

c. Kursus Kompetensi
Kursus kompetensi ialah kursus yang dianjurkan dari masa kesemasa mengikut jawatan atau panngkat seseorang pegawai. Kursus ini bertujuan untuk meringkatkan pengetahuan (knowledge) kemahiran (skill) dan sikap (attitude) berdasarkan tugas dan tanggungjawab seseorang pegawai berikutan dengan perubahan keadaan semasa yang berlaku, penemuan-penemuan teknologi baru serta arahan‑arahan yang berkaitan dengan dasar baru oleh kerajaan, Program kursus ini adalah berasaskan kepada:-
1.Pembangunan kompetensi
2.Peningkatan kompetensi

d. Kursus Kemahiran dan Perkembangan Skill
Bagi mereka yang menyertai pasukan khas dan dibayar elaun Khas seperti Hazmat, Scuba, EMRS dan UUBP.

e. Kursus Peralihan
 Bagi mereka yang akan menamatkan perkhidmatan wajib.

PERATURAN


Melalui Dasar Latihan 1990 & Sistem Saraan Baru 1.1.92 iaitu Skim Perkhidmatan bersama bagi Perkhidmatan Penguasa Bomba (KB5), Penolong Pebguasa (KB6,KB7), Pegawai Bomba (KB8,KB9,KB10) yang meliputi syarat latihan, syarat peperiksaan dan syarat kenaikan pangkat secara lantikan, setiap pegawai dan anggota bomba dikehendaki mengikuti dan lulus dengan jayanya kursus dan latihan yang telah ditetapkan berdasarkan pangkat dan jawatan. Latihan dan kursus yang ditetapkan meliputi kursus mandatory dan semasa.

Mengikut Dasar Latihan yang telah ditetapkan, Bahagian Latihan dan Perancangan Tenaga Manusia membuat pilihan ke atas pegawai dan anggota bomba bagi mengikuti kursus mandatori berlandaskan kekananan dan kursus semasa atau latihan berdasarkan kehendak dan keperluan jabatan.

<!--[if !supportLists]-->19.0<!--[endif]-->        CARA & PERATURAN MENGIKUTI KURSUS DI PUSAT LATIHAN                   BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA.


Semua peserta kursus samada dikalangan anggota bomba mahupun pihak awam atau swasta yang dipanggil mengikuti kursus atau latihan adalah dikehendaki membuat tindakan dan mematuhi peraturan-peraturan berikut:

Melaporkan Diri : Semua calun yang dipanggil untuk mengikuti kursus adalah dikehendaki melaporkan diri sebagaimana yang dinyatakan di dalam surat tawaran atau panggilan kursus.

Tempat Kediaman : Tempat kediaman (asrama) bagi pegawai bomba, anggota bomba dan pihak awam/swasta adalah disediakan di kawasan Pusat Latihan bomba dan Penyelamat. Peralatan seperti katil, tilam, bantal, cadar dan selimut akan disediakan. Pesrta kursus dari pihak awam/swasta tidak dibenarkan menginap di luar daripada asrama Pusat Latihan Bomba & Penyelamat dalam tempoh masa berkursus.

Alat-alat kelengkapan : Semua peserta kursus dalah dikehendaki membawa bersama pakaian dan peralatan yang diperlukan semasa berkursus seperti
  • Pakaian Seragam kerja ( anggota bomba)
  • Pakaian harian.
  • Pakaian sukan/latihan jasmani baju T berlengan pendek warna putih dan mempunyai lambing bomba bagi pegawai dan anggota bomba, seluar track-suit putih, stoking pendek putih dan kasut sukan putih
  • Pakaian makan malam seluar panjang, baju kemeja lengang panjang, stokin dan kasut (seluar jeans tidak dibenarkan).
  • Peserta-peserta kursus asas kebombaan adalah dikehendaki memakai baju melayu dan samping yang seragam iaitu baju melayu dan seluar berwarna putih, samping merah meron dan songkok sewaktu menunaikan fardu Sembahyang Jumaat. Kursus lain pakaian kebangsaan lengkap.
  • Pakaian Kuliah bagi peserta kursus Awam/Swasta ialah seluar slack, baju berlengan panjang serta bertali leher bagi lelaki dan pakaian kemas/sopan bagi wanita.
Buku dan alat tulis dan lain-lain keperluan berkaitan

Kerjaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang kerana dengan kerjaya, seseorang itu akan mendapat sumber pendapatan dan ruang untuk bersosial dan berinteraksi. Kerjaya sebagai bomba adalah satu kerjaya yang sangat penting di mana ia adalah satu pekerjaan yang mencabar yang memerlukan seseorang itu mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang kuat di mana mereka perlu menjalani kursus dan latihan tertentu untuk menjadi seorang anggota bomba. Seseorang yang menjadi anggota bomba bukan sahaja dapat menyara hidup keluarganya, bahkan dapat membantu orang lain dan masyarakat sekeliling yang memerlukan pertolongan.









No comments:

Post a Comment