Sunday, 11 March 2012

Kerjaya pensyarah


           <!--[endif]-->Pengenalan

Mengikut  Kamus Dewan Bahasa (1996) pensyarah adalah orang yang memberi syarahan (ceramah) / penceramah/ guru di universiti /orang yang memberi kuliah @ pelajaran yang disampaikan secara bersyarah. Ia merupakan profesion yang sama dengan guru iaitu profesion perguruan yang mana individu yang terlibat dalam bidang ini dipandang mulia oleh masyarakat.

Terdapat juga sebahagian individu yang memulakan kerjaya pensyarah bekerja sebagai guru di sekolah. Selain itu, ada yang berkhidmat sebagai tutor di pusat pengajian tinggi awam atau swasta sebelum dilantik menjadi pensyarah. Pangkat tertinggi seseorang dalam kerjaya pensyarah ini adalah Profesor. Untuk mendapat gelaran ini, seseorang itu perlu bermula dari pensyarah dan kemudian Pensyarah Kanan, Professor Madya dan seterusnya Profesor. Klasifikasi pekerjaan ini adalah perkhidmatan pendidikan. Manakala kumpulan perkhidmatan pula, ia berada di dalam kumpulan pengurusan dan professional.

NILAI DAN ETIKA PENSYARAH

<!--[if !supportLists]-->1)                  <!--[endif]-->Integriti
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Integriti ialah melakukan sesuatu dengan penuh tanggungjawab tanpa
penyelewengan atau pengabaian.

<!--[if !supportLists]-->2)                  <!--[endif]-->Akauntabiliti
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Akauntabiliti ialah bertanggungjawab terhadap perlaksanaan tugas yang
diamanahkan mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa serta bersedia dipersoalkan akan tindak-tanduknya.



<!--[if !supportLists]-->3)                  <!--[endif]-->Menghargai masa
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Menghargai masa ialah menggunakan masa dengan cekap, berkesan dan
sempurna tanpa mengira masa dan tenaga.

<!--[if !supportLists]-->4)                  <!--[endif]-->Dedikasi
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Dedikasi ialah kesungguhan melaksanakan tugas dengan cekap, cepat,
berkesan dan sempurna tanpa mengira masa dan tenaga.

<!--[if !supportLists]-->5)                  <!--[endif]-->Tawadhuk (humility)
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Tawadhuk ialah sifat tidak membanggakan diri, tidak angkuh,
menghormati dan tidak merendahkan kebolehan dan maruah orang lain.

<!--[if !supportLists]-->6)                  <!--[endif]-->Penambahbaikan berterusan (kaizen)
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Penambaikan berterusan ialah sentiasa memperbaiki dan memperkemaskan lagi sesuatu proses kerja dengan tujuan mempertingkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan.

<!--[if !supportLists]-->7)                  <!--[endif]-->Berdisiplin
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Berdisiplin ialah kemampuan dalaman untuk mengawal diri dan tingkah
laku mengikut nilai-nilai murni yang disepakati serta tidak melanggar peraturan walaupun dirinya tidak diawasi.

<!--[if !supportLists]-->8)                  <!--[endif]-->Bekerjasama
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Bekerjasama ialah saling membantu dan menghormati antara satu sama lain dalam melaksanakan tugas dengan semangat berpasukan.

<!--[if !supportLists]-->9)                  <!--[endif]-->Kesarjanaan
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Kesarjanaan ialah berdaya saing dan menggunakan sepenuhnya potensi serta kepakaran dalam menghasilkan produk yang terbaik untuk sesebuah institusi.

<!--[if !supportLists]-->10)              <!--[endif]-->Bersyukur
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Bersyukur ialah sifat yang menunjukkan sikap terhutang budi dan
berterima kasih atas nikmat dan pemberian yang diperolehi, ikhlas menerima takdir dan tidak mudah kecewa jika hajat tidak kesampaian.

<!--[if !supportLists]-->4.3              <!--[endif]-->SYARAT KELAYAKAN


1.         TUTOR
SYARAT LANTIKAN:     
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut:
a.   warganegara Malaysia
b.   berumur tidak kurang dari 18 tahun
c.   Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh  
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
*(Gaji permulaan ialah pada Gred DS41 : P1T1)
  1. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
*(Gaji permulaan ialah pada Gred DS41 : P1T6) DAN
<!--[if !supportLists]-->e.       <!--[endif]-->Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT TAMBAHAN:
Syarat-syarat tambahan yang wajib dipatuhi ialah:
a.   Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.0 atau kelas kedua atas dan kelayakan lain yang setaraf dengannya
 b. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2.         PENSYARAH              

SYARAT LANTIKAN:

<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DS45
  1. Ijazah Sarjana/*Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh 
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          *(Gaji permulaan ialah pada Gred DS45 : P1T4); DAN
  1. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DS51
  1. (i)         Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred DS53 : P1T1); ATAU
(ii)       Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh              
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya DAN
(iii)       Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
b.    (i)        mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang istiwewa mutunya ; dan
             (ii)       mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang
berkenaan.                       

     


<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DS53 (Profesor Madya)
a.   (i)         Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred DS53 : P1T1); ATAU
(ii)        Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya DAN
<!--[if !supportLists]-->(ii)               <!--[endif]-->Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
b.   (i)         mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang sangat istiwewa
mutunya DAN
            (ii)        mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang
berkenaan
               
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred Khas C (Profesor)
a.   (i)         Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya ATAU
<!--[if !supportLists]-->(ii)               <!--[endif]-->Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya DAN
<!--[if !supportLists]-->(iii)             <!--[endif]-->Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
b.   (i)         mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya ;

DAN

<!--[if !supportLists]-->(ii)               <!--[endif]-->mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan

4.4       INSTITUSI YANG MENAWARKAN KURSUS PENSYARAH      

  1. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur
  2. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor
  5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor
  6. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah
  7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur
  8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak
  9. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah
  10. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak
  11. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor
  12. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu (dulu KUSZA)
  13. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka (dulu KUTKM)
  14. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis (dulu KUKUM)
  15. Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang (dulu KUKTEM)
  16. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor (dulu KUiTTHO)
  17. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu (dulu KUSTEM)
  18. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan (dulu KUIM)
  19. Universiti Pertahanan Kebangsaan Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur (dulu ATMA)
  20. Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan

SKALA GAJI


1.         TUTOR         

GRED                                    SKALA GAJI

GRED DS41              P1T1 RM 1624.69 - P1T13 RM 2568.49
                                    P2T1 RM 1706.97 - P2T13 RM 2694.33
                                    P3T1 RM 1792.88 - P3T13 RM 2823.80
                                                                                         
2.         PENSYARAH

GRED                          SKALA GAJI

Gred DS45                 P1T1 RM 2213.96 - P1T21 RM 4769.48
                                    P2T1 RM 2297.45 - P2T21 RM 5033.26
                                    P3T1 RM 2384.57 - P3T21 RM 5316.40


Gred DS51                 P1T1 RM 3976.93 - P1T10 RM 5599.54
                                    P2T1 RM 4164.48 - P2T10 RM 5852.43
                                    P3T1 RM 4359.29 - P3T10 RM 6112.58
 
            Gred DS53                 P1T1 RM 4210.46 - P1T10 RM 5910.51
                                                P2T1 RM 4164.48 - P2T10 RM 5852.43
                                                P3T1 RM 4359.29 - P3T10 RM 6112.58

            Gred Khas                  Gred Khas C - RM 6135.80 - RM 7672.50
                                                Gred Khas B - RM 6135.80 - RM 7672.50
                                                Gred Khas A - RM 6135.80 - RM 7672.50   


KEMUDAHAN GAJI DAN ELAUN-ELAUN LAIN

GRED JAWATAN
IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (RM)
IMBUHAN TETAP KERAIAN
(RM)
IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM (RM)
Khas (VK 7)
1300.00
2150.00
-
DS53
900.00
800.00
-
DS45
700.00
-
300.00



4.6              DISKRIPSI TUGAS

<!--[if !supportLists]-->§  <!--[endif]-->Memberi syarahan dan menjalankan kursus pengajaran tentang pelbagai perkara di universiti atau kolej
<!--[if !supportLists]-->§  <!--[endif]-->Menyediakan kertas peperiksaan
<!--[if !supportLists]-->§  <!--[endif]-->Menyemak latihan-latihan bertulis
<!--[if !supportLists]-->§  <!--[endif]-->Menilai kertas-kertas pepriksaan
<!--[if !supportLists]-->§  <!--[endif]-->Menjalankan penyelidikan serta pengembangan.


CIRI-CIRI PENSYARAH YANG BAIK

Menjadi pendidik atau pensyarah yang baik adalah kemahuan setiap individu yang menceburi bidang perguruan. Terdapat bebarapa ciri yang harus ada pada individu ini. Ciri-ciri tersebut adalah seperti sense of humor, sikap yang positif, tahap penilaian yang tinggi, konsisten, adil, fleksibel dan lain-lain lagi. Kejayaan seseorang pendidik atau pensyarah yang berjaya adalah sangat bergantung kepada sikapnya dan pendekatan yang
digunakannya.

1.         Sense of Humor
<!--[if !supportLists]-->·                     <!--[endif]-->Individu yang mempunyai sense of humor di dalam dirinya di anggap bertuah. Ini kerana, ia dapat membantu seseorang itu berjaya dalam kerjayanya. Sense of humor dapat membantu mengurangkan situasi ketegangan di dalam kelas. Sense of humor juga akan membuatkan kelas lebih menyeronokkan bagi pelajar dan akan membuatkan pelajar lebih memberi perhatian serta yang paling penting sense of humor dapat menceriakan hidup dan membuatkan seseorang itu gembira dalam meneruskan kerjaya yang agak mencabar dan kadang-kadang dibebani dengan tekanan.

2.         Sikap yang Positif
<!--[if !supportLists]-->·                     <!--[endif]-->Sikap yang positif merupakan aset penting dalam kehidupan. Sikap yang positif ini akan memberi banyak kebaikan kepada diri sekiranya ia mengikut cara yang betul. Sebagai contoh, seseorang pensyarah tidak seharusnya melihat pelajarnya dari sudut yang negatif tapi perlu sebaliknya.

3.         Harapan yang tinggi
<!--[if !supportLists]-->·                     <!--[endif]-->Pensyarah yang efektif mesti mempunyai harapan yang tinggi terhadap pelajarnya. Sekiranya pensyarah itu meletakkan harapan yang rendah terhadap pelajarnya maka dia juga akan menerima hasil yang kurang baik daripada pelajar-pelajarnya begitulah sebaliknya. Harapan yang tinggi kepada pelajar juga secara tidak lansung akan memberi keyakinan kepada mereka dan ia juga merupakan satu faktor yang dapat membantu pelajar untuk belajar dan mencapai apa yang diharapkan oleh pensyarahnya.

4.         Konsisten
<!--[if !supportLists]-->·                     <!--[endif]-->Seorang pensyarah haruslah konsisten. Individu yang mempunyai sikap ini akan lebih berjaya di dalam hidupnya. Pensyarah harus konsisten terhadap tugas-tugas yang telah diberi dan diamanahkan kepada dirinya.

5.         Adil
<!--[if !supportLists]-->·                     <!--[endif]-->Sikap adil juga merupakan satu sikap yang harus ada dalam diri seorang pensyarah. Dia perlu adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira agama, bangsa, jantina dan sebagainya.

6.         Fleksibel
<!--[if !supportLists]-->·                     <!--[endif]-->Sikap fleksibel adalah sikap yang perlu dimiliki oleh setiap pensyarah.  Ia sangat perlu dalam mengawal pelbagai situasi di dalam kelas. Sekiranya tiada sikap ini, ia akan menyebabkan seseorang itu akan mengalami tekanan.

7.         Berpengetahuan

<!--[if !supportLists]-->·                     <!--[endif]-->Sebagai seorang pensyarah, dia seharusnya mempunyai pengetahuan yang banyak dalam pelbagai bidang. Bukan sahaja tertumpu kepada bidang yang diceburinya sahaja malah meliputi dalam bidang-bidang yang lain yang berkait rapat dengan bidangnya. Dia juga perlu menunjukkan yang dirinya berpengetahuan luas dan mahir dalam bidangnya

8.         Demokrasi        
<!--[if !supportLists]-->·                     <!--[endif]-->Pensyarah yang baik adalah pensyarah yang mengamalkan sikap demokrasi di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya cara kepimpinan sebegini, dia akan lebih dihormati dan disukai oleh pelajar. Ini kerana, mereka boleh saling bertukar-tukar pendapat dan sebagainya.

9.         Kuat dalam pegangan agama

10.       Minat dan Iltizam terhadap tugasnya sebagai pendidik

11.       Berani dan tegas dalam menegakkan kebenaran

12.       Sentiasa cekal dan tabah

12.       Mesra dengan pelajar

13.       Pengajaran yang ringkas dan padat.

14.       Menghargai pencapaian pelajar

15.       Bersedia untuk menerima pandangan pelajar

16.       dan lain-lain lagi.            
           

4.8  TATASUSILA PROFESION PERGURUAN
                                                                                                           
1.   TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
 
1.1       Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain.
1.2       Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
1.3       Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada  yang berhak mengetahuinya.
1.4       Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam bilik kuliah sendiri  dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik kuliah tanpa sebarang bayaran.
1.5       Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat  menjadi contoh yang baik kepada pelajar.
1.6       Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
 
2.         TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA
 
2.1       Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2.2       Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
2.3       Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
2.4       Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana
2.5       Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
2.6       Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
                 




3.         TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

3.1       Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
<!--[if !supportLists]-->3.2              <!--[endif]-->Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu
   dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
   bertanggungjawab dan berguna, menghormati perbezaan kebudayaan,
   keturunan dan agama.
<!--[if !supportLists]-->3.3              <!--[endif]-->Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
<!--[if !supportLists]-->3.4              <!--[endif]-->Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara staf akademik
            dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
<!--[if !supportLists]-->3.5              <!--[endif]-->Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat.
<!--[if !supportLists]-->3.6              <!--[endif]-->Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
 
4.         TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN-
 
4.1.      Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang mencemarkan nama baik seseorang rakan sejawat di hadapan pelajar atau ibu boleh bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang rakan sejawat.
4.2.      Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
4.3.      Berusaha dengan sepenuh-penuhnya, menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4.4.         Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat  terutamanya mereka yang baru menceburkan diri dalam profesion perguruan.
4.5.         Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
4.6.         Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
 
Nota: Guru yang dimaksudkan dalam Tatasusila ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru / pensyarah / pendidik yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyelidikan pendidikan



 <!--[endif]-->MAKLUMAT KERJAYA DI INTERNET

Internet merupakan sumber maklumat kerjaya yang penting dan terkini. Melalui internet individu boleh melayari laman-laman web tertentu yang mengandungi maklumat terkini tentang kerjaya. Antara laman-laman web di internet yang berkaitan dengan maklumat kerjaya ialah:






  • http://jibsdb.com.my/
  • http://joblink.com.my/
  • http://jobasia.com.sg
  • http://www.cari.com.my
  • http://www.spa.gov.my/
  • http://www.classified.com.my/
  • http://www.jobstreet.com.my/
  • http://www.careeronnex.com.my/
  • http://www.newmalaysiaclassifields.net/
  • http://www.mol.com
  • http://www.tutor.com.my
  • http://www.jtr.gov.my/labour/kekosongan_baru_sektor_htm
  • http://www.jtr.gov.my/labour/pb_kekosongan_pekerjaan.htm
  • http://jobs.esc.state.nc.us/soice/planning/cla.htm

3 comments:

  1. Assalam, saya pelajar spm pada 2014. Boleh saya menyatakan soalan?
    Adakah hnya subjek bahasa melayu dan bahasa inggeris sahaja yang perlu ditarget semasa spm nanti? Ataupun terdapat subjek-subjek lain? Selepas spm nanti, adakah saya perlu mengambil krusus dahulu atau pun kena sambung pengajian di universiti?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,,saya amat bercita cita,,untuk menjadi seorang pensyarah apabila besar nanti,,di samping itu,,saya ingin menjadi seorang pakar motivasi,,bidang apa yang perlu saya ceburi,,bagi saya mempelajarinya.

    ReplyDelete