Sunday, 11 March 2012

Kerjaya Forensik


PENGENALAN KEPADA FORENSIK
Dalam kepesatan dunia membangun samada dari segi pembangunan,ekonomi dan
teknologi,masalah sosial juga turun meningkat di sebabkan tiadanya keseimbangan di antara kemajuan jasmani dan rohani. Perkara tersebut telah di gambarkan oleh Allah Taala di dalam Alquran dan menegaskan bahawa puncanya adalah perbuatan buruk daripada manusia itu sendiri.
Firman Allah s.w.t:
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di lautan dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia,kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari balasan perbuatan2 buruk yang mereka telah lakukan”
(Ar-Rum:41)

            Sebagai agama yang mampu menjadi penyelesaian kepada setiap masalah yang timbul, islam telah menetapkan qanun dan undang-undang yang berkaitan dengan masalah jenayah,untuk menjadi panduan para hakim dan pemerintah dalam menjatuhkan hukuman kepada penjenayah yang melakukan kesalahan.Undang-undang jenayah islam itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu qisas,hudud dan ta’zir yang akan di jatuhkan apabila cukup bukti dan dalil untuk menyabitkan kesalahan kepada penjenayah.

            Masalah yang timbul ialah apabila penjenayah yang melakukan kesalahan tidak di ketahui atau kekurangan bukti untuk menyabitkan kesalahan kepada penjenyah. Dalam kes sebeginilah,maka kepakaran dalam bidang forensik diperlukan untuk mengkaji kes2 jenayah dan mencari bukti bagi menyabitkan kesalahan ke atas mana2 individu yang bersalah. Langkah ini adalah amat penting untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan hidup manusia di muka bumi ini. Sebagaimana yang sudah di maklumi oleh semua,bahawa islam mengiktiraf keahlian dan kepakaran seseorang dalam bidang masing-masing untuk menyelesaikan setiap masalah yang timbul
Firman Allah s.w.t:
Maka bertanyalah kamu kepada Ahlu Adz-dzikr(orang yang mengetahui) jika kamu tidak
mengetahui
(Al-anbiya’:7)

            Forensik adalah merupakan bidang yang dikaitkan dengan bidang perundangan dan penting dalam kerja – kerja siasatan dan ini digunakan bagi membantu pengumpulan bahan bukti dalam menyelesaikan kes – kes yang berkaitan. Dengan dibantu beberapa alatan yang canggih dan sesuai, bahan bukti dapat dikesan hasil daripada kesilapan yang dibuat oleh penjenayah atau suspek yang terlibat dalam kes tersebut. Mereka juga akan dapat ditangkap dan didakwa di mahkamah dengan seberapa segera. Selain itu juga,

            Menurut Charlie Fuller, jenayah itu terbahagi kepada beberapa bentuk yang berbeza, iaitu daripada kecurian di kedai runcit sehinggalah kepada pembunuhan kejam. Oleh yang demikian, memurut beliau lagi, sains boleh digunakan untuk membantu menyelesaikan setiap kes yang timbul. Ini bermaksud, setiap pelaku jenayah akan meninggalkan jejak dan tugas seseorang forensik itu adalah mencari jejak yang ditinggalkan oleh penjenayah tersebut di tempat kejadian. Bahan bukti yang biasa ditemui ialah seperti senjata yang digunakan, cap jari, peluru yang digunakan, tapak kasut, rambut, sedikit darah, cakaran pada mangsa, debu dan kotoran serta cebisan pakaian mangsa. Oleh itu, tugas pakar sains forensik mencari, mengenalpasti dan menganalisa jejak serta mendapatkan bukti untuk dibawa ke muka pengadilan.    

Kes – kes yang penting seperti pembunuhan, rogol dan keganasan melampau amat memerlukan bukti dari segi saintifik. Bagi kes seperti berikut, hanya mereka yang pakar akan dipanggil ke mahkamah untuk memberikan penjelasan bagi mengesahkan lagi bukti yang didedahkan. Pada awal dekad ini, bidang sains forensik telah bercambah kepada beberapa lagi disiplin pengkhususan yang spesifik. Mereka dikenali sebagai penyiasat perubatan yang pakar dalam bidang Ballistics, toxicology, serology dan lain – lain lagi.     

Terdapat peraturan – peraturan tertentu yang perlu diikuti sebagai pakar sains forensik. Jika sekiranya, salah satu daripada peraturan tersebut diabaikan, kemungkinan penyiasatan akan menghadapi  masalah dan tidak dapat membawa kepada penemuan penjenayah yang sebenar.



BIDANG TUGAS DOKTOR FORENSIK (PATOLOGI)

            Mayat – mayat mangsa yang terlibat dalam kes jenayah kejam seperti bunuh, rogol dan bunuh akan dihantar ke unit patologi di hospital untuk dijalankan bedah siasat keatas mayat tersebut bagi mengetahui punca kematian.

            Doktor akan menjalankan pemeriksaan luaran bagi memastikan mangsa jenayah betul – betul sudah meninggal dunia. Doktor patologi akan menjalankan pemeriksaan mayat untuk mengetahui punca yang menyebabkan mangsa meninggal serta waktu yang mangsa tersebut meninggal dunia. Pemeriksaan mayat dibuat dengan cara membelah mayat mangsa. Menurut Charlie Fuller lagi, pegawai penyiasat pertama yang sampai di tempat kejadian mestilah mencatatkan suhu badan mayat dan memaklumkan maklumat tersebut kepada doktor Patologi bagi tindakan selanjutnya. Pemeriksaan mayat atau dalam bahasa saintifiknya di panggil autopsy ini amat penting bagi mendapatkan klu sekiranya mayat mangsa jenayah tidak diketahui identitinya.

Di dalam bidang sains perubatan yang luas, terdapat satu cabang ilmu yang di namakan
forensik. Bidang ini membincangkan prosedur dan langkah2 yang diambil untuk mencari bukti-bukti di dalam kes-kes jenayah. Apabila pakar-pakar yang terlibat di dalam bidang forensik ini mendapat bukti yang kukuh di dalam kajian mereka,bukti-bukti inilah yang di bawa ke mahkamah untuk menyabitkan kesalahan bagi individu yang tertuduh.

Tugas seorang yang terlibat dengan bidang forensik atau di kenali sebagai pakar bedah mayat di anggap satu tugas yang membosankan kerana ruang lingkup pekerjaannya banyak terlibat dengan mayat. Malah,suatu masa dahulu, tugas ini di pandang sebagai satu tugas di luar etika budaya dan kemanusiaan, terpaksa membedah mayat orang yang sudah mati malahan ada yang mengatakan ianya satu tugas yang kejam. Sebenarnya tanpa di sedari, di sebalik anggapan yang pelbagai itu, tugas pakar ini sangat penting di dalam kes yang melibatkan kes kemalangan ,pembunuhan ,rogol ,bakar ,liwat, rentung dan bermacam-macam kes lagi-umpama mencari bukti tanpa perlu bertanya kepada si mangsa. Persoalan mengenai satu-satu kes kematian perlu di selesaikan supaya memudahkan urusan banyak pihak termasuklah pihak polis dan keluarga mangsa.

Tugas asas sebagai seorang pegawai perubatan unit forensik ialah menjalankan bedah siasat, khususnya kes-kes biasa seperti kemalangan jalan raya, kematian mengejut yang normal, bunuh diri dan lemas. Manakala tugas seorang pakar forensik menjurus kepada kes yang lebih berat seperti kes bunuh, komplikasi, mati dalam tahanan,mengandung dan mayat reput. Bedah siasat hanya boleh di jalankan setelah mendapat arahan daripada pihak polis. Jika ahli keluarga dan waris tidak mengizinkan proses bedah siasat di jalankan, maka waris perlu mendapatkan perintah majistret dan menarik balik arahan yang di keluarkan oleh pihak polis. Jabatan forensik hanya akan menerima arahan untuk membedah selepas mendapat izin daripada ahli keluarga.

Jika sesuatu kes melibatkan kes bunuh, pakar forensik di kehendaki pergi ke mahkamah untuk memberikan keterangan.Ada kalanya terpaksa pergi ke tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan kes yang berlaku. Pihak polis sendiri tidak akan menyentuh atau mengubah kedudukan mayat selagi pakar forensik belum selesai melakukan pemeriksaan untuk mengelakkan bukti yang penting dari terhapus.

Terdapat beberapa perkara yang bersangkutan dengan bidang forensik diterangkan secara ringkas iaitu ;

2.1       Diagnosis Kematian Dan Perubahan Mayat
Memastikan kematian merupakan suatu perkara yang penting bagi doktor yang terlibat untuk mengelakkan berlakunya penanaman manusia yang hidup ke dalam kubur (premature burial) dan penyimpanan tubuh manusia yang hidup di dalam peti sejuk penyimpan mayat.

Di antara langkah-langkah yang biasa di ambil oleh doktor ialah:
  1. Fungsi jantung dan pernafasan berhenti secara kekal (permanent stoppage)
  2. Memeriksa tanda-tanda mati otak
  3. Primary flaccidity
  4. Contact flattening
  5. Tanda pada mata
  6. Perubahan kulit
  7. Penurunan suhu badan
  8. Hypostasis (Lebam mayat)
  9. Rigor mortis (kekerasan otot selepas mati)
  10. Putrefaction/2ry flaccidity
- Doktor dan pakar forensik dapat mengagak tempoh kematian berdasarkan
fasa2 perubahan yang berlaku:
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->2 hari selepas kematian           -bahagian bawah perut berubah warna
menjadi kehijauan dan berurat.
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->1 minggu                                 -perut dan muka mengembang.
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->2 minggu                                 -kulit terpisah dari otot.
-perut menjadi pecah dan organ dalaman berubah menjadi cecair.
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->1 tahun                                                -ligamen akan hilang dan meninggalkan tulang yang
                                                            terpisah

2.2 Kes-Kes Yang Melibatkan Kecederaan
Di dalam kes jenayah yang melibatkan kecederaan samada membawa kepada kematian ataupun tidak,doktor dan pakar forensik yang terlibat akan mengkaji dan memeriksa kecederaan tersebut dari beberapa aspek:
<!--[if !supportLists]-->a.       <!--[endif]-->Jenis-jenis kecederaan
<!--[if !supportLists]-->b.      <!--[endif]-->Kecederaan tersebut wujud sebelum(ante-mortem) atau selepas kematian(post-mortem)
<!--[if !supportLists]-->c.       <!--[endif]-->Anggaran masa kecederaan
<!--[if !supportLists]-->d.      <!--[endif]-->Beza di antara luka yang dibuat sendiri oleh mangsa,di cederakan oleh orang lain atau kecederaan akibat kemalangan yang tidak di rancang.


2.3 Kajian Ke Atas Tompokan Darah (Blood Stain)
Tompokan darah merupakan salah satu bukti yang penting dalam membuktikan kesalahan jenayah,yang biasanya di dapati di kawasan kejadian jenayah. Di dalam mengkaji kes-kes yang berlaku,doktor ataupun pakar forensik akan memeriksa tompokan darah dalam rangka untuk mendapat jawapan kepada 3 perkara:
  1. Adakah tompokan tersebut merupakan tompokan darah sebenar?
  2. Adakah ianya darah manusia?
  3. Adakah ianya darah kepada individu tertentu?

2.4 Jenayah Seksual
Di dalam kes jenayah seksual,ianya terbahagi kepada 2 bahagian,samada hubungan haram (di luar ikatan pernikahan yang sah di sisi syarak) dengan seorang wanita itu berlaku dengan persetujuannya ataupun tanpa persetujuan.Jika hubungan tersebut berlaku dengan persetujuan wanita tersebut,maka ianya di kelaskan didalam kes zina dan jika sebaliknya maka ia termasuk di dalam kes rogol.

Di dalam bidang forensik ini,mereka yang terlibat akan memeriksa dan memastikan adakah hubungan seks yang di lakukan secara haram itu mendapat persetujuan wanita yang terlibat ataupun tidak.

(2.4.1) Di dalam memberikan keterangan,wanita tersebut mestilah:
a)Tidak di bawah 18 tahun, iaitu umur yang di benarkan membuat pengakuan
b)Wanita tersebut tidak mempunyai masalah mental,kerana wanita yang bermasalah mental seperti gila dan terencat akal tidak di kira persetujuan mereka dan kes di kira sebagai kes rogol
c)Wanita tersebut tidak di ugut,tidak diberi ubat yang memabukkan,dan tidak di bius        (kerana terdapat kes,wanita yang di bius menuduh doktor merogolnya,maka kehadiran orang ketiga di perlukan dalam kes-kes bius). Setelah perkara di atas selesai,maka doktor dan pakar forensik akan memeriksa kes tersebut dari 2 aspek iaitu mangsa dan lelaki yang tertuduh.

(2.4.2) Pemeriksaan mangsa
<!--[if !supportLists]-->a.       <!--[endif]-->Persetujuan mangsa untuk di periksa(atau penjaganya sekiranya mangsa di bawah 21 tahun).
<!--[if !supportLists]-->b.      <!--[endif]-->Cerita tentang kes tersebut dari mangsa sendiri,umurnya,kelakuannya,dan tubuh badan mangsa dari segi fizikal dan mental.
<!--[if !supportLists]-->c.       <!--[endif]-->Tanda-tanda di ganasi secara umum (samada rambut,baju,tubuh badan) ataupun secara khusus (bahagian kemaluan mangsa).
<!--[if !supportLists]-->d.      <!--[endif]-->Tompokan air mani(normal=ketebalan 3cc,berwarna kuning keputihan,menganduni berjuta-juta sperma dan boleh kekal selama 7 hari di dalam kemaluan wanita). Pemeriksaan di buat samada melalui mikroskop,ujian kimia,ujian pemendakan ataupun D.N.A.


(2.4.3) Pemeriksaan lelaki yang tertuduh
<!--[if !supportLists]-->a.       <!--[endif]-->Persetujuannya untuk di periksa
<!--[if !supportLists]-->b.      <!--[endif]-->Cerita tentang kes tersebut dari orang yang tertuduh
<!--[if !supportLists]-->c.       <!--[endif]-->Umurnya mestilah lebih dari 14 tahun,normal dari segi fizikal dan mental
<!--[if !supportLists]-->d.      <!--[endif]-->Pemeriksaan di bahagian kemaluan lelaki yang tertuduh
<!--[if !supportLists]-->e.       <!--[endif]-->Kes mati pucuk(kemaluan tidak berfungsi) kerana dalam kes ini,tidak mungkin lelaki yang menghidapi masalah mati pucuk merogol wanita
# langkah ini juga di ikuti dalam masalah wanita menuntut cerai akibat kemaluan suaminya tidak normal.

(2.4.4) Kedaraan(Virginity)
Di dalam kes zina ataupun rogol,pemeriksaan bahagian kemaluan perempuan merupakan langkah yang penting yang dilakukan untuk menyabitkan beberapa perkara iaitu:
  1. Pengakuan di rogol
  2. Pengakuan bahawa suami mengalami mati pucuk oleh seorang isteri
  3. Pengakuan ketidakdaraan isteri oleh seorang suami

Di antara perkara yang di periksa ialah selaput dara bagi wanita untuk mengetahui sebab terkoyaknya selaput dara,samada koyakan itu baru ataupun lama,hubungan seks yang di lakukan sekali ataupun lebih dari sekali
1)Sebab terkoyaknya selaput dara:
-Hubungan seks
-Kemalangan yang melibatkan bahagian peha
-Penyakit yang melibatkan bahagian kemaluan

2)Koyakan tersebut baru atau lama
Koyakan baru
Koyakan lama

1)Tepi selaput merah dan berdarah
Selaput berwarna pucat dan tidak berdarah

2)Selaput membengkak,sakit dan diselaputi
darah beku
Selaput tidak sakit dan tiada darah beku

3)Selepas seminggu,selaput itu akan di
selaputi oleh selaput lain
Selaput berparut


3)Hubungan seks yang dilakukan sekali atau lebih
Sekali hubungan
Lebih dari sekali

# Terdapat satu atau dua koyakan pada
selaput dara
# Koyakan yang luas pada selaput dara
# Vagina meluas dan licin


2.5 Pembunuhan Bayi
Di dalam bidang perubatan dan forensik, pembunuhan bayi(infanticide) bermaksud pembunuhan yang di lakukan ke atas bayi yang hidup dalam tempoh 15 hari kelahiran. Jadi di dalam prosedur dan matlamat pemeriksaan ke atas bayi adalah untuk memeriksa samada mereka di lahirkan dalam keadaan hidup ataupun mati. Perkara tersebuat dapat di periksa melalui beberapa cara.

a)Pemeriksaan luaran
b)Pemeriksaan dalaman
c)Pemeriksaan kepada perubahan peredaran darah
i)Saluran darah tali pusat
ii)Perubahan kepada Foramen Ovale ( lubang antara 2 atrium jantung)
iii)Perubahan kepada Ductus Arteriosus ( saluran penghubung arteri pulm_ aorta)
 d)Ciri-ciri kematangan bayi yang di lahirkan: (di dalam lingkungan tempoh 9 bulan)
 e)Laporan yang perlu di buat di dalam kes kematian bayi
 f)Penderaan terhadap bayi



Proses Lantikan

A.        Syarat – syarat lantikan

Untuk menjadi seorang pegawai perubatan,calon-calon mestilah terdiri daripada :

<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->i.    Rakyat Malaysia
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->ii.   Berumur sekurangnya 18 tahun pada masa iklan tawaran
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->iii. Mempunyai ijazah perubatan daripada universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan dan berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC)
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->iv. Lulus Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia termasuk Ujian Lisan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan lain yang setaraf dan diiktiraf
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->v. Calon yang dilantik di bawah Seksyen 12 (1) (a) (ii) Medical Act 1971 dan memenuhi kriteria di bawah Medical Regulations para 12 (1) (aa) serta berdaftar dengan MMC.

B.        Tatacara Lantikan  

Pelajar-pelajar yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perubatan sama ada daripada universiti di dalam dan luar negara (MBBS/MD/MBBCHB) perlu mendapatkan satu set borang permohonan jawatan sebagai Pegawai Perubatan dari Bahagian Sumber Manusia, yang mengandungi perkara-perkara berikut:-

<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->(i) Borang Biodata ( BMD);
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->(ii) Borang Tapisan Keselamatan;
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->(iii) Borang Pendaftaran dengan Majlis Perubatan Malaysia; dan
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->(iv) Borang SPA. 8 (RM3 atau melalui website: www.spa.gov.my).


Bahagian Sumber Manusia akan mengemukakan permohonan tersebut kepada SPA untuk diproses. Permohonan juga boleh dibuat secara terus kepada SPA melalui website atau Borang SPA 8 tanpa melalui Bahagian Sumber Manusia.

C.        Latihan Pegawai Perubatan Siswazah

Pegawai Perubatan perlu menjalani latihan siswazah selama satu tahun di Hospital KKM atau hospital-hospital universiti seperti Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hospital Universiti Sains Malaysia. Pegawai perubatan Houseman yang baru di lantik ke perkhidmatan awam dibayar gaji Gred U41 (P1T6) – RM 2137.73 sebulan.

D.        Penempatan Pegawai Perubatan

Pegawai perubatan perlu mengikuti perkhidmatan wajib selama 3 tahun dengan Kerajaan selepas menamatkan Latihan Siswazah. Penempatan pegawai selepas tamat Latihan Siswazah adalah bergantung kepada kepentingan perkhidmatan di mana-mana hospital, klinik kesihatan atau ibu pejabat KKM mengikut keperluan dan kekosongan jawatan.

 Syarat – Syarat Perkhidmatan

A.        Gaji dan Emolumen

Pegawai perubatan boleh dilantik atas mana-mana gred sama ada U41, U43, U47, U51 atau U53 berdasarkan kepada pengalaman dan kepakaran yang mereka miliki. Pegawai perubatan yang dilantik akan menerima gaji pokok sebulan mengikut gred seperti berikut:

Gred Minimum Maksimum

<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->i.    U 41 RM 2137.73       (P1T6) RM 4107.61
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->ii.   U 43 / 44 RM 2633,83            (P1T1) RM 4364.13
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->iii. U 47 / 48 RM 3853.51            (P1T1) RM 5115.54
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->iv. U 51 / 52 RM 4341.14            (P1T1) RM 5603.17
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->v.   U 53 / 54 RM 4572.25            (P1T1) RM 5950.44

B.        Elaun – Elaun dan Imbuhan Tetap

Selain gaji pokok di atas, semua pegawai perubatan di atas gred U 41 akan menerima imbuhan seperti berikut:

<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->i.    Bayaran Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM 300
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->ii.   Bayaran Imbuhan Tetap Perumahan RM 210
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->iii. Bayaran Imbuhan Perkhidmatan Kriktikal RM 500

Bagi pegawai perubatan gred U 47/ 48 dan ke atas, akan menerima imbuhan seperti berikut:

<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->i.    Elaun Keraian atas kadar RM 500 hingga RM 2,000 sebulan
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->ii.   Elauan Imbuhan Tetap Perumahan antara RM 700 – RM 2000 sebulan


Bagi gred JUSA C / Khas C dan ke atas, pegawai perubatan akan menerima imbuhan seperti berikut:

<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->i.    Elauan Keraian antara RM 2000 hingga RM 5000 sebulan
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->ii.   Bayaran Penyenggaraan Rumah antara RM166 hingga 250 sebulan
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->iii. Bayaran Pembantu Rumah sebanyak RM 500 sebulan
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->iv. Sebuah kereta rasmi dan kemudahan petrol
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->v.   Bayaran Jawatan JUSA / Khas antara RM 800 hingga RM 2500 sebulan
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->vi. Insentif Khas antara RM 400 hingga RM 1250 sebulan

C.        Imbuhan Insentif Khas

Pegawai perubatan yang berkhidmat dengan perkhidmatan awam juga akan menerima insentif-insentif mengikut gred dan jawatan selain daripada yang dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat kelayakan seperti mana yang telah ditetapkan. Antaranya adalah seperti berikut:

<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->i.    Bayaran Insentif Pakar atas kadar antara RM1300 hingga RM 2400 sebulan
ii.   Elaun Kerja Luar Waktu Bekerja Biasa atas kadar antara RM 50 hingga RM    170 sekali on call
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->iii. Bayaran Insentif Wilayah bagi pegawai perubatan di Sabah dan Sarawak atas kadar peratusan 12.5 hingga 25 peratus dari gaji bulanan.
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->iv. Bayaran Insentif Pendalaman bagi pegawai perubatan di Sabah dan Sarawak atas kadar 10 peratus dari gaji bulanan
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->v.   Bayaran Klinik Selepas Waktu Pejabat atas kadar RM 30 sejam
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->vi. Locum*
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->vii. Full Paying Patient (FPP)*
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->


D.        Kemudahan – Kemudahan Lain

Pegawai perubatan layak menerima pelbagai kemudahan selama berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Kemudahan-kemudahan yang layak adalah seperti berikut:

<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->i.    Kemudahan perubatan percuma untuk pegawai dan keluarga dan ibu bapa
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->ii.   Kuarters
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->iii. Pinjaman perumahaan @ 4% Faedah (RM120,000-RM200,000)
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->iv. Pinjaman komputer (Maksima RM 5,000)
v.   Pinjaman kereta @ 4 % Faedah (RM 27,000 – RM 200,000)
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->vi. Skim berpencen atau KWSP
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->vii. Peluang melanjutkan pelajaran
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->viii. Elaun-elaun dalam perkhidmatan
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->a. Elaun kerana bertugas
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->b. Elaun, kemudahan dan bayaran semasa bertukar atau berpindah rumah dalam negeri
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->c. Elaun-elaun kerana berkursus
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->d. Elaun bertugas di seberang laut
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->ix. Kelayakan cuti
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->a. Cuti tahunan 30 – 35 hari setahun
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->b. Cuti separuh gaji
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->c. Cuti tanpa gaji
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->d. Cuti mengerjakan haji 40 hari
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->e. Cuti bersalin maksimum 60 hari
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->f. Cuti sakit dan cuti sakit lanjutan
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->g. Cuti kerana berkursus
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->h. Cuti tidak berekod (perayaan, gantian, menghadiri peperiksaan dll)
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->x. Keahlian dalam kelab rekreasi
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->xi. Kemudahan Pengurusan Jenazah Anggota RM1,000
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->xii. Bayaran saguhati persidangan
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->xiii. Elaun, bayaran dan kemudahan kerana menghadiri mahkamah

Peluang Kerjaya di KKM

A.        Jenis – Jenis Pengkhususan

Pegawai perubatan di KKM boleh memilih kemajuan kerjayanya berasaskan kepada 3 bidang utama iaitu:

<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->i. Pegawai perubatan pakar klinikal dalam pelbagai bidang
Sebagai contoh, pakar kesihatan keluarga, mata, radiology, kardiologi, perubatan umum,bedah umum, ortopedik, sakit puan, pakar kesihatan awam dan sebagainya. Mereka ini berkhidmat di hospital-hospital kecuali bagi pakar kesihatan keluarga iaitu di klinik-klinik kesihatan atau pakar kesihatan awam di Ibu Pejabat, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah.

<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->ii. Pegawai perubatan pentadbir
Pegawai perubatan ini menjalankan tugas-tugas pentadbiran klinikal dan boleh bertugas di Ibu Pejabat, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah serta sebagai Pengarah-pengarah Hospital

<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->iii. Pegawai perubatan klinikal
Pegawai ini bukan kategori pakar perubatan tetapi tugas utamanya adalah merawat pesakit dan tidak menjalankan tugas-tugas pentadbiran.



B.              Peluang Mengikuti Latihan

Selaras dengan dasar KKM yang menggalakkan ‘learning organisation’ serta peningkatan kualiti perkhidmatan dan pegawai-pegawai yang kompeten, pegawai perubatan berpeluang mengikuti:

<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->i.    Latihan dan kursus jangka pendek sama ada di dalam atau luar negara
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->ii.   Latihan Sarjana kepakaran dan sub kepakaran di dalam dan luar negara
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->iii. Attachment di badan antarabangsa atau institusi-institusi perubatan
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->iv. Conference / persidangan-persidangan dan sebagainya sama ada di dalam atau luar negara


Prosedur Permohonan

(i)         Syarat-syarat asas untuk mengikuti Kusus Sarjana dan kepakaran tertakluk kepada: -

a.         Sah dalam perkhidmatan (1 hingga 3 tahun)
b.         Prestasi yang memuaskan
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->
<!--[if !supportLists]-->(ii)               <!--[endif]-->Selepas menamatkan kepakaran asas dan latihan selama 6 bulan (universiti tempatan) dan 18 bulan (universiti luar negara) pegawai perlu memohon untuk diwartakan sebagai pakar di KKM.

(iii)       Tempoh ikatan / kontrak dengan Kerajaan bagi Kursus Sarjana adalah selama 7 tahun dan sub kepakaran adalah selama 2 tahun.
(Rujuk Lampiran 3 dan 3A untuk Program Sarjana dan Sub kepakaran yang ditawarkan dan syarat-syarat kemasukan)

C.        Peluang Kenaikan Pangkat

Kerjaya pegawai perubatan khususnya pakar-pakar perubatan klinikal adalah baik di KKM. Kementerian sentiasa berusaha memperbaiki peluang kenaikan pangkat pakar-pakar perubatan. Walaupun begitu, syarat-syarat kenaikan pangkat perlu dipatuhi seperti berikut:
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->i.    Prestasi yang memuaskan
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->ii.   Disokong oleh Ketua Jabatan
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->iii. Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->iv. Ada kekosongan jawatan

    iv. Pinjaman komputer (Maksima RM 5,000)

v.   Pinjaman kereta @ 4 % Faedah (RM 27,000 – RM 200,000)
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->vi. Skim berpencen atau KWSP
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->vii. Peluang melanjutkan pelajaran
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->viii. Elaun-elaun dalam perkhidmatan
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->a. Elaun kerana bertugas
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->b. Elaun, kemudahan dan bayaran semasa bertukar atau berpindah rumah dalam negeri
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->c. Elaun-elaun kerana berkursus
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->d. Elaun bertugas di seberang laut
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->ix. Kelayakan cuti
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->a. Cuti tahunan 30 – 35 hari setahun
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->b. Cuti separuh gaji
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->c. Cuti tanpa gaji
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->d. Cuti mengerjakan haji 40 hari
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->e. Cuti bersalin maksimum 60 hari
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->f. Cuti sakit dan cuti sakit lanjutan
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->g. Cuti kerana berkursus
<!--[if !supportLists]-->            <!--[endif]-->h. Cuti tidak berekod (perayaan, gantian, menghadiri peperiksaan dll)
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->x. Keahlian dalam kelab rekreasi
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->xi. Kemudahan Pengurusan Jenazah Anggota RM1,000
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->xii. Bayaran saguhati persidangan
<!--[if !supportLists]-->                        <!--[endif]-->xiii. Elaun, bayaran dan kemudahan kerana menghadiri mahkamah

Institusi pengajian tinggi yang menawarkan latihan kepakaran dalam bidang perubatan :

<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Universiti Sains Malaysia
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Universiti Malaysia
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Universiti Kebangsaan Malaysia
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Institut pengajian tinggi luar negara

BAGAIMANA UNTUK MENJADI SEORANG DOKTOR YANG BAIK?

Pada pendapat saya untuk menjadi seorang doktor yang baik serta berdedikasi, seseorang itu perlu mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang mantap bagi menghadapi suasana semasa bertugas. Tugas seorang doktor amat berat namun sangat mulia jika ia dilaksanakan kerana Allah S.W.T. terutamanya bidang kerjaya forensik yang memerlukan maklumat bagi mengetahui kebenaran di sebalik kejadian.

            Kerjaya sebagai doktor bukan untuk mengejar glamor atau mencari kekayaan tetapi bagi membantu pesakit yang memerlukan rawatan. Kerjaya sebagai doktor banyak terdedah kepada cerita sedih tentang kesakitan yang dihadapi oleh seseorang tetapi doktor menerima kepuasan apabila melihat pesakit pulang selepas semakin pulih.

‘‘Tiada kehidupan sosial yang aktif dan tidak tidur lebih 24 jam adalah satu kebiasaan bagi seorang doktor”.
            Kerjaya sebagai doktor adalah satu ‘perjanjian’ seumur hidup yang tiada ruang untuk kecuaian dan kesilapan ketika merawat pesakit. Etika perlu dijaga, penampilan mesti kemas tetapi yang paling penting keputusan perlu dibuat dengan tepat dan pantas terutama ketika merawat kes-kes kecemasan.

            Sebagai contoh, unit pesakit luar HKL menerima lebih 2,000 pesakit sehari. Oleh itu, untuk menjadi seorang doktor, seseorang itu perlu faham betapa penting kaedah rawatan pesakit ditentukan dengan tepat dan pantas walau di jabatan mana sekalipun seseorang ditempatkan.

            Doktor kini juga perlu pandai melayan pesakit yang lebih memahami bidang kesihatan berbanding dahulu dan mereka banyak bertanya mengenai masalah kesihatan yang dihadapi.





23 comments:

  1. saye bercita-cita untuk menjadi seorang pkar forensik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah Anda Memerlukan kewangan pinjaman segera?
      * Pemindahan Sangat cepat dan cepat ke akaun bank anda
      * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
      akaun bank
      * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
      * Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
      * Syarat-syarat pinjaman adalah bayaran fleksibel dan bulanan
      *. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
      Kami menawarkan balasan awal kurang dari 24 jam
      pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
      dari awak.

      Hubungi syarikat amanah berlesen yang dibenarkan dan dibenarkan
      bahawa bantuan kewangan kepada negara-negara lain.
      Untuk maklumat lanjut Soalan dan borang permohonan pinjaman Hubungi kami melalui

      e-mail: matildablakeloanfirm@gmail.com
      Dr Matilda Blake
      Pemilik dan Pengasas
      Matilda Blake Firma Pinjaman

      Delete
    2. Adakah Anda Memerlukan kewangan pinjaman segera?
      * Pemindahan Sangat cepat dan cepat ke akaun bank anda
      * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
      akaun bank
      * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
      * Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
      * Syarat-syarat pinjaman adalah bayaran fleksibel dan bulanan
      *. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
      Kami menawarkan balasan awal kurang dari 24 jam
      pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
      dari awak.

      Hubungi syarikat amanah berlesen yang dibenarkan dan dibenarkan
      bahawa bantuan kewangan kepada negara-negara lain.
      Untuk maklumat lanjut Soalan dan borang permohonan pinjaman Hubungi kami melalui

      e-mail: matildablakeloanfirm@gmail.com
      Dr Matilda Blake
      Pemilik dan Pengasas
      Matilda Blake Firma Pinjaman

      Delete
  2. adakah peluang pekerjaannya meluas kat Malaysia ya ? agak2 kalu sy amek forensik sng x nk dpt kerja?

    ReplyDelete
  3. skrg sya amik subjek math,sc com,chem & physics d matrikulasi,,adakah sya layak utk mengambil bidang ini d peringkat sarjana muda nnt???

    ReplyDelete
  4. sya dh brtkad nk jd fornsik..tpi cbrnnya ssh utk dharungi..

    ReplyDelete
  5. TERIMA KASIH kerana menyediakan maklumat mengenai kerjaya forensik dengan lebih lanjut.
    Selama ini saya tidak mengetahuinya.
    Jasa anda amatlah saya hargai.

    ReplyDelete
  6. ahli forensik= pakar bedah mayat saje ke? pakar yang uruskan bukti2 di tempat kejadian tu camna ya?

    ReplyDelete
  7. menarik dan sangat berinformasi. terima kasih kepada penulis.

    ReplyDelete
  8. sangat berinfomasi.. trima kasih

    ReplyDelete
  9. saya ingin menjadi seorang pakar forensik..terima kasih atas semua maklumat di atas..sangat menarik sekali

    ReplyDelete
  10. thx ats informasi nya. bermanfaat binggo

    ReplyDelete
  11. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan, BRENDA HARAPAN pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah syarat-syarat yang jelas dan mudah difahami dan keadaan Dari
    $ 20.000 untuk $ 7000000 USD, Euro Dan Pounds Sahaja. Saya memberi Pinjaman Perniagaan,
    Pinjaman Peribadi, Pinjaman Pelajar, Pinjaman Kereta Dan Pinjaman Untuk Bayar Off Bil. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (brendahope816@gmail.com)

    ReplyDelete
  12. Adakah Anda Memerlukan kewangan pinjaman segera?
    * Pemindahan Sangat cepat dan cepat ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Syarat-syarat pinjaman adalah bayaran fleksibel dan bulanan
    *. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
    Kami menawarkan balasan awal kurang dari 24 jam
    pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
    dari awak.

    Hubungi syarikat amanah berlesen yang dibenarkan dan dibenarkan
    bahawa bantuan kewangan kepada negara-negara lain.
    Untuk maklumat lanjut Soalan dan borang permohonan pinjaman Hubungi kami melalui

    e-mail: matildablakeloanfirm@gmail.com
    Dr Matilda Blake
    Pemilik dan Pengasas
    Matilda Blake Firma Pinjaman

    ReplyDelete
  13. Adakah Anda Memerlukan kewangan pinjaman segera?
    * Pemindahan Sangat cepat dan cepat ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Syarat-syarat pinjaman adalah bayaran fleksibel dan bulanan
    *. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
    Kami menawarkan balasan awal kurang dari 24 jam
    pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
    dari awak.

    Hubungi syarikat amanah berlesen yang dibenarkan dan dibenarkan
    bahawa bantuan kewangan kepada negara-negara lain.
    Untuk maklumat lanjut Soalan dan borang permohonan pinjaman Hubungi kami melalui

    e-mail: matildablakeloanfirm@gmail.com
    Dr Matilda Blake
    Pemilik dan Pengasas
    Matilda Blake Firma Pinjaman

    ReplyDelete
  14. Request article!! Macam mana pula dengan kerjaya Homisid detektif?

    ReplyDelete
  15. saya budak form 4, dapat aliran kelas akaun, but my ambition is to be a historian, nak request tentang kerjaya sejarawan pulak blh?

    ReplyDelete
  16. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

    ReplyDelete
  17. Hello, saya Puan Nelly berharga pinjaman yang sah dan bereputasi
    pemberi pinjaman yang menawarkan pinjaman pada kadar faedah hanya 2%
    Kami adalah syarikat yang dinamik dengan kewangan
    bantuan, kami menyediakan dana untuk orang yang memerlukan
    bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau
    mereka memerlukan wang untuk membayar bil-bil mereka, atau untuk melabur dalam perniagaan mereka. i
    mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami menyediakan dipercayai
    bantuan waris sebagai senang hati untuk memberikan pinjaman. Hubungi kami melalui e-mel:
    (Nellyperious@gmail.com)

    ReplyDelete
  18. Adakah bidang forensik memerlukan pengetahuan biologi,fizik dan kimia ???

    ReplyDelete