Sunday, 11 March 2012

Kerjaya Jururawat



<!--[if !supportLists]-->1.0              <!--[endif]-->PENGENALAN

<!--[if !supportLists]-->1.1              <!--[endif]-->Konsep Asas Kejururawatan dan Definisi

Menurut Aminah Haji Hashim, Ooi Saw Geok & Ch’ng Saw Chin (2004), kejururawatan adalah diagnosis dan rawatan tindak balas pesakit terhadap masalah kesihatan yang sebenar atau yang mungkin dialaminya. Konsep ini diambil daripada Persatuan Jururawat Amerika pada tahun 1980.

            Maka berdasarkan takrif di atas, jelaslah jururawat memikul tanggungjawab untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi pesakit dan mengambil tindakan untuk mengatasi masalah itu. Contohnya sekiranya pesakit menghidap kanser, salah satu masalah yang mungkin dihadapinya ialah kekurangan makanan kerana loya dan muntah. Maka jururawat perlu mengenal pasti masalah ini dan kemudiannya dia merancang rawatan untuk mengatasi atau mengurangkan masalah tersebut. Dalam perancangannya, jururawat perlu menumpukan perhatian kepada proses kejururawatan dan gerak balas pesakit sendiri terhadap masalahnya. Rawatan yang dirancang mestilah lengkap dan merangkumi semua aspek kesihatan (mental, fizikal dan sosial) pesakit (Aminah Haji Hashim, Ooi Saw Geok & Ch’ng Saw Chin, 2004: 2).

            Menurut Aminah Haji Hashim, Ooi Saw Geok & Ch’ng Saw Chin (2004) lagi, untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi pesakit, seorang jururawat perlulah menggunakan model kejururawatan. Terdapat beberapa model kejururawatan tetapi jururawat yang terlibat dalam perancangan dan pemberian rawatan kepada pesakit patut menerima satu model kejururawatan sahaja untuk setiap seorang pesakit supaya rawatan yang diberi dapat dilakukan dengan cekap dan lancar.                     


Definisi Jururawat

Menurut Norashikin Wahid (2006), definisi jururawat mengikut Kamus Dewan dalam edisi ketiga bermaksud orang yang merawat orang sakit di Hospital. Kebanyakannya terdiri daripada  golongan perempuan. Manakala, kejururawatan pula bermaksud hal yang berkaitan dengan pekerjaan, tugas, urusan dan sebagainya.

            Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan dalam Edisi Ekonomi, jururawat bermaksud bidan bagi orang bersalin, perawat, pembela orang sakit dan suster. Namun, terdapat perbezaan dalam Kamus Karisma dalam mendefinisikan perkataan jururawat. Dalam kamus ini, jururawat bermaksud orang yang membantu doktor bagi merawat orang sakit di Hospital. Selain itu, definisi jururawat mengikut Kamus Pelajar Delta pula bermaksud orang yang bertugas merawat pesakit di hospital (Norashikin Wahid, 2006: 5).
                                   
<!--[if !supportLists]-->1.2              <!--[endif]-->Model Kejururawatan

Terdapat tiga model kejururawatan iaitu:
<!--[if !supportLists]-->1.      <!--[endif]-->Model Roper, Tierney dan Logan
<!--[if !supportLists]-->2.      <!--[endif]-->Model Jagaan Kendiri oleh Orem
<!--[if !supportLists]-->3.      <!--[endif]-->Model Penyesuaian Kendiri oleh Roy

<!--[if !supportLists]-->1.                  <!--[endif]-->Model Roper, Tierney dan Logan

Menurut model ini (dalam Aminah Haji Hashim, Ooi Saw Geok & Ch’ng Saw Chin, 2004), satu daripada cara untuk memahami manusia adalah dengan mengetahui aktiviti harian yang dilakukan oleh mereka. Virginia Henderson mengenal pasti 14 aktiviti harian. Seterusnya Roper, Tierney dan Logan membentuk model kejururawatan berdasarkan empat belas aktiviti harian itu. Aktiviti berkenaan seperti yang disenaraikan di bawah:

<!--[if !supportLists]-->1.                  <!--[endif]-->Bernafas
<!--[if !supportLists]-->2.                  <!--[endif]-->Minum dan makan
<!--[if !supportLists]-->3.                  <!--[endif]-->Membuang air besar dan air kencing (eliminasi)
<!--[if !supportLists]-->4.                  <!--[endif]-->Bergerak
<!--[if !supportLists]-->5.                  <!--[endif]-->Berehat dan tidur
<!--[if !supportLists]-->6.                  <!--[endif]-->Menjaga kebersihan dan pakaian
<!--[if !supportLists]-->7.                  <!--[endif]-->Mengekalkan suhu badan
<!--[if !supportLists]-->8.                  <!--[endif]-->Menjaga keselamatan diri dan persekitaran
<!--[if !supportLists]-->9.                  <!--[endif]-->Berkomunikasi
<!--[if !supportLists]-->10.              <!--[endif]-->Beribadat mengikut kepercayaan atau agama
<!--[if !supportLists]-->11.              <!--[endif]-->Bekerja untuk mencapai kepuasan diri
<!--[if !supportLists]-->12.              <!--[endif]-->Bermain atau mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi
<!--[if !supportLists]-->13.              <!--[endif]-->Ingin tahu yang merupakan sifat semula jadi manusia
<!--[if !supportLists]-->14.              <!--[endif]-->Memilih pakaian yang sesuai

Kemampuan setiap individu untuk melakukan aktiviti di atas berbeza. Di samping itu, adat resam, sikap serta persekitaran yang berlainan juga mempengaruhi individu ketika dia melakukan aktiviti harian. Aktiviti harian digunakan sebagai dasar untuk menilai pesakit. Sekiranya pesakit gagal melakukan 14 aktiviti tersebut dengan baik, ini bermakna dia mengalami masalah. Oleh itu jururawat perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi pesakit sebelum dia dapat membentuk objektif dan merancang tindakan untuk mengatasi masalah berkenaan (Aminah Haji Hashim, Ooi Saw Geok & Ch’ng Saw Chin, 2004: 3)

<!--[if !supportLists]-->2.                  <!--[endif]-->Model Jagaan Kendiri Oleh Orem

Menurut Orem, 1991 (dalam Aminah Haji Hashim, Ooi Saw Geok & Ch’ng Saw Chin, 2004), mentakrifkan jagaan kendiri sebagai jagaan yang diuruskan oleh individu sendiri apabila dia sudah mencapai kematangan untuk melakukannya.

            Berdasarkan takrif Orem, jagaan kendiri merujuk kelakuan yang dipelajari oleh seseorang. Dengan demikian, jururawat yang memilih  model kejururawatan ini perlu menitikberatkan hak pesakit sebagai individu yang mempunyai keperluan tersendiri dan berkebolehan untuk menguruskan dirinya sendiri. Maka, dapatlah disimpulkan bahawa Model Orem ini mementingkan hak pesakit yang mempunyai keperluan tersendiri dan berkebolehan untuk menguruskan dirinya sendiri (Aminah Haji Hashim, Ooi Saw Geok & Ch’ng Saw Chin, 2004: 4).

            Mengikut Model Jagaan Kendiri Orem, menurut Aminah Haji Hashim, Ooi Saw Geok & Ch’ng Saw Chin (2004), beberapa aktiviti asas seperti yang  tersenarai di bawah ini diperlukan untuk mencapai keperluan asas dalam fungsi fisiologikal manusia.

<!--[if !supportLists]-->1.                  <!--[endif]-->Mengekalkan udara yang cukup.
<!--[if !supportLists]-->2.                  <!--[endif]-->Mengekalkan cecair yang cukup.
<!--[if !supportLists]-->3.                  <!--[endif]-->Mengekalkan makanan yang cukup.
<!--[if !supportLists]-->4.                  <!--[endif]-->Mengekalkan eliminasi yang sempurna.
<!--[if !supportLists]-->5.                  <!--[endif]-->Mengekalkan keseimbangan antara aktiviti dengan rehat.
<!--[if !supportLists]-->6.                  <!--[endif]-->Mengekalkan keseimbangan antara interaksi sosial dengan aktiviti
bersendirian.
<!--[if !supportLists]-->7.                  <!--[endif]-->Mencegah situasi yang membahayakan.
<!--[if !supportLists]-->8.                  <!--[endif]-->Menggalakkan fungsi normal dan potensi individu.

Maka, sekiranya keperluan asas fungsi fisiologikal manusia itu terjejas, jururawat perlulah merancang sesuatu rawatan untuk memenuhi kekurangan dalam kebolehan pesakit itu untuk menjaga dirinya sendiri.

<!--[if !supportLists]-->3.                  <!--[endif]-->Model Penyesuaian Kendiri Oleh Roy

Menurut Roy (dalam Aminah Haji Hashim, Ooi Saw Geok & Ch’ng Saw Chin, 2004), percaya bahawa manusia adalah individu yang sering berinteraksi dengan persekitaran. Di samping itu, setiap individu mempunyai beberapa keperluan asas yang cuba diperolehnya. Maka, di sini Roy telah membahagikan keperluan asas ini kepada empat jenis iaitu:

<!--[if !supportLists]-->a.       <!--[endif]-->Fisiologikal
Fungsi organ dan sistem badan.

<!--[if !supportLists]-->b.      <!--[endif]-->Konsep kendiri
Berkaitan anggapan individu terhadap dirinya sendiri.

<!--[if !supportLists]-->c.       <!--[endif]-->Peranan individu
Berkaitan tanggungjawab individu untuk memenuhi peranan kendiri serta peranan yang diharapkan oleh masyarakat.

<!--[if !supportLists]-->d.      <!--[endif]-->Saling bergantung
Menyeimbangkan kemampuan melaksanakan hal-hal berkaitan diri sendiri dengan kemampuan memberi dan menerima bantuan daripada orang lain.

Objektif utama rawatan yang dianggap oleh Roy adalah untuk membantu pesakit menyesuaikan diri dengan keempat-empat jenis keperluan asas tersebut. Maka, bagi diri seorang jururawat semasa mereka menulis objektif rawatan, jururawat itu perlulah memasukkan cara bagaimana pesakit perlu mengubah tingkah lakunya bagi menyesuaikan dirinya dengan keempat-empat jenis keperluan asas itu. Sekiranya jururawat berkenaan memilih model Roy yang menitikberatkan bahawa manusia ialah individu yang sering berinteraksi dengan persekitaran, maka jururawat perlu mengambil kira norma masyarakat semasa merancang rawatan pesakit di bawah jagaan mereka. Ini kerana, norma masyarakat yang dipegang kadangkala berlainan antara satu sama lain mengikut budaya atau pegangan yang ada dalam diri individu terbabit (Aminah Haji Hashim, Ooi Saw Geok & Ch’ng Saw Chin, 2004: 5).

Maka, ketiga-tiga model yang telah diterangkan di atas mempunyai kelebihan masing-masing. Di sini, jururawat perlulah memilih model yang dipersetujui dari awal lagi dan meneruskan rawatan yang telah dirancang. Berdasarkan model yang diterimanya, jururawat perlu menggunakan kaedah proses kejururawatan untuk memberikan rawatan kepada pesakit.


<!--[if !supportLists]-->1.3              <!--[endif]-->Proses Kejururawatan

Menurut Aminah Haji Hashim, Ooi Saw Geok & Ch’ng Saw Chin (2004), proses kejururawatan ialah kaedah yang sistematik dan dinamik untuk memberikan rawatan yang lengkap kepada pesakit. Proses ini terdiri daripada lima fasa yang berkitar dan bertindih iaitu:

<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Penilaian
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Diagnosis Kejururawatan
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Perancangan
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Pelaksanaan
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Penilaian semula

Kelima –lima fasa mengikut satu arah yang logik. Namun pada satu-satu
masa lebih daripada satu komponen mungkin terlibat. Pada akhir satu kitaran, rawatan mungkin ditamatkan sekiranya matlamat tercapai. Sebaliknya, kitaran baru perlu dimulakan dengan penilaian semula sekiranya matlamat tidak tercapai.






<!--[if !supportLists]-->1.4              <!--[endif]-->Sejarah dan Pengenalan Jururawat Di Malaysia

Menurut Norashikin Wahid (2006) sejarah perkembangan jururawat di Malaysia bermula sebelum merdeka. Pada ketika itu, terdapat satu sahaja pusat latihan bagi melatih inspektor kesihatan di rantau ini. Pusat latihan pada ketika itu terletak di Singapura iaitu di Royal Sanitary Institute, London dan kemudiannya bertukar kepada The Royal Society for Promotion of Health (R.S.H).
           
            Pusat latihan yang terletak di Jabatan Perubatan, Singapura ini bertanggungjawab melatih calon-calon dari Malaysia, Singapura dan Wilayah Borneo. Pada masa itu, Lembaga Peperiksaan yang berpusat di Singapura terdiri daripada tujuh orang ahli dari Singapura dan dua orang dari Malaysia (Norashikin Wahid, 2006: 3).

            Manakala pada tahun 1956, terdapat lebih daripada 150 inspektor kesihatan yang belum menjalani kursus R.S.H. Menteri Kesihatan Malaysia pada ketika itu mengambil inisiatif dengan melantik sebuah Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Mohamad Din bin Ahmad bagi menyelesaikan masalah inspektor kesihatan tidak terlatih ini (Norashikin Wahid, 2006: 3).

            Jawatankuasa itu mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah pusat latihan bagi melahirkan inspektor kesihatan yang terlatih. Oleh yang demikian, Sekolah Latihan Inspektor Kesihatan berjaya ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1959 (Norashikin Wahid, 2006: 4).

            Kemudian, Sekolah Latihan Jururawat Kesihatan Umum yang ditubuhkan pada tahun 1954 di Pulau Pinang berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1962 dan bergabung dengan Sekolah Latihan Inspektor Kesihatan. Hasil gabungan kedua-dua sekolah latihan ini, tertubuhlah institusi Sekolah Paramedik di peringkat nasional (Norashikin Wahid, 2006: 4).

            Pada tahun 1962, Dr. Arturo C. Reyes, penasihat latihan dan pelajaran merangkap wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (W.H.O) mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah Institut Kesihatan Umum bagi mengkaji dan menjalankan program-program latihan dalam mengimbangi keperluan perkhidmatan kesihatan (Norashikin Wahid, 2006: 4).

            Pada tahun 1965 sebuah bangunan lapan tingkat bernilai lebih kurang satu juta ringgit dibina di atas Bukit Bangsar. Kemudian, pada tahun 1967 pula, bangunan Institusi Kesihatan Umum yang baru dibuka dengan rasminya. Dengan pembentukan beberapa institusi kejururawatan itu, bermulalah sejarah kerjaya jururawat di Malaysia (Norashikin Wahid, 2006: 4).

Pengenalan Kerjaya Jururawat Secara Umum

Bidang kejururawatan ini luas dan dapat dibahagikan kepada empat bidang asas seperti yang diamalkan di negara ini, meliputi:
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Jururawat kesihatan
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Jururawat perubatan
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Jururawat masyarakat
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Jururawat akademik
Bagi yang berpengalaman dan berkelayakan, mereka akan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi, contohnya:
<!--[if !supportLists]-->1.      <!--[endif]-->Ketua jururawat
<!--[if !supportLists]-->2.      <!--[endif]-->Penyelia jururawat
<!--[if !supportLists]-->3.      <!--[endif]-->Ketua penyelia jururawat

<!--[if !supportLists]-->2.0              <!--[endif]-->Kelayakan dan Institusi Berkenaan

<!--[if !supportLists]-->2.1              <!--[endif]-->Syarat Kelayakan dan Institusi Berkaitan

Syarat kelayakan bagi memohon memasuki Institusi Kejururawatan adalah berbeza-beza mengikut institusi. Antara berikut syarat kelayakan bagi institusi-institusi yang berada di Malaysia bagi permohonan Diploma Kejururawatan:

<!--[if !supportLists]-->1.                  <!--[endif]-->Institusi Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Permohonan perlulah dibuat menggunakan borang SPA8 dan syaratnya lulus Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan kepujian Bahasa Melayu (BM) sahaja (Sumber Internet, http://paramedik.bbfr.net).

<!--[if !supportLists]-->2.                  <!--[endif]-->Instituti Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
<!--[if !supportLists]-->Ø    <!--[endif]-->Universiti Teknologi Mara
Program ditawarkan di Fakulti Sains Kesihatan bertempat di Kampus Jalan Othman, Petaling Jaya dengan syarat kelayakan untuk mengikuti kursus terbuka untuk pelajar dari aliran sastera / sains dengan syarat utama kepujian Bahasa Melayu (BM), Matematik dan salah satu daripada matapelajaran samada Biologi atau Sains Teras (AM) dengan lulus Bahasa Inggeris (BI) (Sumber Internet, http://paramedik.bbfr.net).


<!--[if !supportLists]-->Ø    <!--[endif]-->Universiti Malaya
Program ditawarkan di bawah Fakulti Perubatan dan Pusat Perubatan dengan syarat kelayakan program kepujian BM, Matematik, BI dan kepada aliran sastera wajib mendapat kepujian Sains Teras (AM) dan bagi aliran sains sekurang-kurangnya lulus salah satu daripada subjek sains berikut iaitu Biologi / Kimia / Fizik (Sumber Internet, http://paramedik.bbfr.net).


<!--[if !supportLists]-->Ø    <!--[endif]-->Universiti Kebangsaan Malaysia
Program ditawarkan di Fakulti Perubatan Kampus Cheras di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dengan syarat kelayakan kepujian BM dan sekurang-kurangnya lulus Matematik dan BI. Manakala bagi pelajar aliran sastera diwajibkan mendapat kepujian dalam Sains Teras dan bagi pelajar aliran sains pula perlu lulus salah satu subjek sains berikut iaitu Biologi / Fizik / Kimia (Sumber Internet, http://paramedik.bbfr.net).


<!--[if !supportLists]-->Ø    <!--[endif]-->Universiti Sains Malaysia
Menawarkan program diploma sepenuh masa dan ditawarkan di Kampus Kesihatan Kubang Kerian, Kelantan. Syarat kelayakan kepujian BM dan sekurang-kurangnya lulus Matematik dan BI. Pelajar aliran sastera diwajibkan mendapat kepujian dalam Sains Teras dan bagi pelajar aliran sains pula perlu lulus salah satu subjek sains samada Biologi / Fizik / Kimia (Sumber Internet, http://paramedik.bbfr.net).


            Sementara itu, terdapat juga IPTA yang memperkenalkan kursus kejururawatan di peringkat sarjana muda. Antaranya Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ini, calon perlulah mempunyai kelayakan Diploma Kejururawatan (Sumber Internet, http://www.utusan.com.my/)
.
            Bagi kelayakan peringkat sarjana muda antaranya di UNIMAS dan USM calon lepasan STPM boleh memohon dengan syarat lulus STPM aliran sains serta mendapat purata nilai gred kumulatif  3.5. Sementara UPM mengambil calon-calon yang memiliki diploma yang bersesuaian atau yang berkhidmat sebagai jururawat atau pembantu perubatan. Demikian juga, calon juga perlu lulus SPM, memiliki Sijil atau Diploma Kejururawatan serta pengalaman kerja dalam bidang kesihatan. Pengalaman kerja setahun bagi pemegang diploma dan lima tahun bagi pemegang sijil (Sumber Internet, http://www.utusan.com.my/).

<!--[if !supportLists]-->2.2              <!--[endif]-->Cara-Cara Memohon

Mengikut Norashikin Wahid (2006), ada beberapa cara memohon bagi menceburi bidang jururawat antaranya:
<!--[if !supportLists]-->1.      <!--[endif]-->Melengkapkan borang SPA 8 Pin 1/2003 dan hantar ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
<!--[if !supportLists]-->2.      <!--[endif]-->Borang boleh diperoleh di mana-mana pejabat pos.
<!--[if !supportLists]-->3.      <!--[endif]-->Melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di http://www.spa.gov.my/.
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Selain itu, kolej-kolej kejururawatan di HUSM, HUKM, PPUM, IJN dan swasta akan mengiklankan pengambilan diploma jururawat di dalam surat khabar sekitar bulan September.

Iklan ini akan disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star dan The Sun. Di samping itu, anda disarankan membeli surat khabar Mingguan Malaysia, Berita Minggu pada setiap hari Ahad dan The Star pada setiap hari Sabtu. Pada masa yang sama juga, kita bolehlah mendapatkan borang SPA 8 di Jabatan Tenaga Manusia atau JTM, ataupun dengan mengisi borang secara online melalui http://domino.spa.gov.my/spa/borang8.nsf/br8_spmv2 (Norashikin Wahid, 2006:27).

<!--[if !supportLists]-->4.      <!--[endif]-->Memohon terus jawatan jururawat di Institut Jantung Negara:

<!--[if !supportLists]-->Ø    <!--[endif]-->Keperluan ataupun syarat:
<!--[if !supportLists]-->a)      <!--[endif]-->Memiliki diploma ataupun sijil dalam bidang kejururawatan.
<!--[if !supportLists]-->b)      <!--[endif]-->Berdaftar dengan Malaysian Nursing Board.
<!--[if !supportLists]-->c)      <!--[endif]-->Mereka yang memiliki lima tahun pengalaman mempunyai
      lebih peluang hendak dipilih.
Bagi jururawat lelaki juga digalakkan memohon.

<!--[if !supportLists]-->Ø    <!--[endif]-->Cara Memohon:
<!--[if !supportLists]-->a)      <!--[endif]-->Sila tulis surat ataupun e-mel permohonan anda berserta maklumat lengkap termasuk rekod kerjaya, gaji semasa, salinan sijil akademik dan kelayakan profesional, latar belakang pendidikan serta gambar terkini berukuran pasport. Gambar tidak dipulangkan.


<!--[if !supportLists]-->Ø    <!--[endif]-->Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:
Pengurus
Perkhidmatan Sumber Manusia
Human Capital and Organizational Development
Institut Jantung Negara
145 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
e-mel: hrd@ijn.com.my
                                   
<!--[if !supportLists]-->3.0              <!--[endif]-->Peluang Kerjaya

<!--[if !supportLists]-->3.1              <!--[endif]-->Peluang Kerjaya

Mengikut Norashikin Wahid (2006), bidang kejururawatan ini akan menawarkan banyak pekerjaan seperti di tempat-tempat berikut:
<!--[if !supportLists]-->1.      <!--[endif]-->Klinik-klinik kesihatan
<!--[if !supportLists]-->2.      <!--[endif]-->Hospital-hospital kerajaan
<!--[if !supportLists]-->3.      <!--[endif]-->Hospital UKM
<!--[if !supportLists]-->4.      <!--[endif]-->Pusat Perubatan Universiti Malaya
<!--[if !supportLists]-->5.      <!--[endif]-->Institut Jantung Negara
<!--[if !supportLists]-->6.      <!--[endif]-->Pusat-pusat perubatan swasta

Selepas tamat latihan, pelatih akan didaftarkan bekerja sebagai jururawat terlatih berdaftar. Terdapat banyak peluang bagi jururawat meningkatkan kerjaya sehingga ke peringkat doktor falsafah (Ph.D).





<!--[if !supportLists]-->3.2              <!--[endif]-->Sukatan Peperiksaan Penilaian

Menurut Norashikin Wahid (2006), sukatan peperiksaan penilaian kejururawatan adalah mengikut tahap kecekapan 4B bagi jururawat gred U39/U40. Sukatan peperiksaan penilaian dinilai dari segi matlamat sukatan kursusnya yang mengikut tahap kecekapan 4B dari aspek seperti berikut:
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Kebolehan menilai:
<!--[if !supportLists]-->a)      <!--[endif]-->Keberkesanan pengurusan organisasi
<!--[if !supportLists]-->b)      <!--[endif]-->Keperluan pembangunan pengetahuan dan kerjaya kejururawatan
<!--[if !supportLists]-->c)      <!--[endif]-->Keberkesanan pengurusan perolehan dan sumber manusia (staf kejururawatan)
<!--[if !supportLists]-->d)     <!--[endif]-->Keberkesanan pengurusan peruntukan kewangan
<!--[if !supportLists]-->e)      <!--[endif]-->Pengamalan etika kejururawatan di semua peringkat
<!--[if !supportLists]-->f)       <!--[endif]-->Standard kejururawatan yang praktikal

<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Tujuan kursus:
Bagi menilai kompetensi pegawai dalam gred jawatannya bagi memenuhi salah satu syarat anjakan gaji Tahap Kecekapan 4B.

<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Pegawai yang layak mengikuti kursus:
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Jururawat U39 yang berada di P2
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Jururawat U40

<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Kompetensi
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Kebolehan dalam membantu pentadbiran organisasi
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Kebolehan dalam membantu pentadbiran kewangan am
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Kebolehan dalam menyelia personel
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Kemahiran berkomunikasi/interpersonal
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Kemahiran dalam bidang perkhidmatan, kewangan dan pentadbiran am

<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Kurikulum kursus
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Kompetensi umum
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Kecekapan dalam pengurusan mesyuarat/persidangan
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Kemahiran dalam ICT
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Kemahiran networking
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Kemantapan etika
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Kemahiran dalam penyelidikan, sintesis dan membuat penilaian
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Pengurusan pejabat dan staf
<!--[if !supportLists]-->a)                                                                                                      <!--[endif]-->Aspek Keselamatan
<!--[if !supportLists]-->b)                                                                                                      <!--[endif]-->Perkara perkhidmatan
<!--[if !supportLists]-->c)                                                                                                      <!--[endif]-->Perkhidmatan awam
<!--[if !supportLists]-->d)                                                                                                     <!--[endif]-->Pengurusan personel
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Keberkesanan kepimpinan
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Komunikasi berkesan
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Pemikiran kritis
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Pengucapan awam
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Kemahiran kaunseling
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Kompetensi khusus
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Kebolehan menilai pengetahuan dan kemahiran pengkhususan
dalam perkhidmatan kejururawatan
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Berkebolehan menilai calon-calon yang sesuai bagi kejururawatan
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Berkebolehan menilai keupayaan dalam pengurusan kepegawaian
dan kerjaya
<!--[if !supportLists]-->·         <!--[endif]-->Berkebolehan menilai keberkesanan networking di kalangan
      organisasi luar yang ada kepentingan dalam perkhidmatan
kejururawatan

                                                            (Sumber Daripada: Norashikin Wahid, 2006: 36)


<!--[if !supportLists]-->3.3              <!--[endif]-->Faedah dan kelebihan

Banyak faedah dan kelebihan yang diperolehi jururawat antaranya mendapat wad kelas pertama di semua hospital kerajaan termasuk anak, suami, ibu serta ayah kandung. Demikian juga, rawatan percuma akan diberikan di semua hospital kerajaan. Di samping itu, akan mendapat keutamaan apabila membuat temu janji dengan doktor di hospital. Selain itu, jururawat juga akan mengetahui cara merawat penyakit seperti demam, sakit kepala, sakit perut dan sebagainya dengan kaedah yang betul. Begitu juga, jururawat akan mengetahui simptom-simptom penyakit lebih awal seperti tibi, simptomnya batuk berkahak yang berwarna kuning (Norashikin Wahid, 2006: 59).

            Sehubungan dengan itu, seorang jururawat mampu memberikan pertolongan cemas sebelum mangsa dihantar ke klinik ataupun hospital bagi rawatan lanjut. Ini kerana, jururawat perlu mahir untuk memberikan rawatan kecemasan kepada pesakit atau mangsa kemalangan sebelum mendapat rawatan susulan daripada doktor. Sebagai seorang jururawat, mereka juga berkelebihan mengetahui jenis-jenis makanan dan menu yang sesuai dengan sesuatu penyakit. Perkara ini akan memudahkan jururawat memilih makanan yang berkhasiat bagi menjaga kesihatan diri berbanding orang luar yang tidak menjawat jawatan ini.

<!--[if !supportLists]-->3.4              <!--[endif]-->Skala gaji dan elaun

Maklumat terkini berkaitan skala gaji jururawat yang diperolehi daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada tahun 2002. Manakala, skala gaji baru yang bermula pada bulan julai tahun 2007 masih lagi tidak dimasukkan dalam data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Berikut adalah skala gaji seperti yang dijelaskan oleh Norashikin Wahid (2006), adalah seperti berikut:

Pinjaman
<!--[if !supportLists]-->1.      <!--[endif]-->Kereta
<!--[if !supportLists]-->2.      <!--[endif]-->Rumah
<!--[if !supportLists]-->3.      <!--[endif]-->Komputer
            Di samping itu, gaji jururawat juga bergantung pada pangkat, pengalaman dan lain-lain serta tempat mereka bekerja sama ada di sektor kerajaan ataupun swasta.
           
            Skala gaji

            Berikut adalah skala gaji jururawat gred: U29, U32, U36, U41, U44 dan U48 pada gred P1 sahaja.
            Jadual gaji SSM: U29 (RM sebulan)
            Gred gaji SSM: U29
Kod gaji komputer SSM: UA29000
Tarikh kuatkuasa: 1 November 2002






P1
T1
928.55
T2
981.79
T3
1035.03
T4
1088.27
T5
1141.51
T6
1194.75
T7
1247.99
T8
1301.23
T9
1354.47
T10
1407.71
T11
1460.95
T12
1514.19
T13
1567.43
T14
1620.67
T15
1673.91
T16
1727.15
T17
1780.39
T18
18.33.63
T19
1886.87
T20
1840.11
T21
1993.35
T22
2046.59
T23
2126.45
T24
2206.31
T25
2286.17
T26
2366.03
T27
2445.89



Jadual 1: Skala gaji jururawat gred U29 P1

Jadual gaji SSM: U32
Kod gaji komputer SSM: UA32000
Tarikh kuat kuasa: 1 November 2002



P1
T1
1567.43
T2
1620.67
T3
1673.91
T4
1727.15
T5
1780.39
T6
1833.63
T7
1886.87
T8
1966.73
T9
2046.59
T10
2126.45
T11
2206.31
T12
2286.17
T13
2366.03
T14
2445.89
T15
2525.75
T16
2605.61
T17
2685.47
T18
2765.33
T19
2845.19
T20
2925.05




Jadual 2: Skala gaji jururawat gred U32 P1


Jadual gaji SSM: U36
Kod gaji SSM: U36
Kod gaji komputer SSM: UA36000
Tarikh kuat kuasa: 1 Januari 2002


P1
T1
2445.89
T2
2525.75
T3
2605.61
T4
2685.47
T5
2818.57
T6
2951.67
T7
3084.77
T8
3217.87
T9
3350.97
T10
3484.07
T11
3617.17

            Jadual 3: Skala gaji jururawat gres U36 P1

Jadual gaji SSM: U41
Kod gaji SSM: U41
Kod gaji komputer SSM: UA41000
Tarikh kuat kuasa: 1 November 2002



P1
T1
1738.43
T2
1818.29
T3
1898.15
T4
1978.01
T5
2057.87
T6
2137.73
T7
2217.59
T8
2297.45
T9
2377.31
T10
2457.17
T11
2537.03
T12
2616.89
T13
2696.75
T14
2776.61
T15
2909.71
T16
3042.81
T17
3175.91
T18
3309.01
T19
3442.11
T20
3575.21
T21
3708.31
T22
3841.41
T23
3974.51
T24
4107.61
            Jadual 4: Skala gaji jururawat gred U41 P1

Jadual gaji SSM:  U44 (RM sebulan)
Gred gaji SSM: U44
Kod gaji komputer SSM: UA44000
Tarikh kuat kuasa: 1 November 2002



P1
T1
2633.83
T2
2766.93
T3
2900.03
T4
3033.13
T5
3166.23
T6
3299.33
T7
3432.43
T8
3565.53
T9
3698.63
T10
3831.73
T11
3964.83
T12
4097.93
T13
4231.43
T14
4364.13




Jadual 5: Skala gaju jururawat gred U44 P1



Jadual gaji SSM: U48 (RM sebulan)
Gred gaji SSM: U48
Kod gaji komputer SSM: UA48000
Tarikh kuat kuasa: 1 November 2002


P1
T1
3853.51
T2
4033.80
T3
4214.09
T4
4394.38
T5
4394.38
T6
5209.92
T7
5404.73
T8
5599.54




            Jadual 6: Skala gaji jururawat gred U48 P1

<!--[if !supportLists]-->4.0              <!--[endif]-->Bidang Tugas

<!--[if !supportLists]-->4.1              <!--[endif]-->Jururawat Gred U29

Jururawat Gred U29 bertanggungjawab mengurus temu janji bagi kes-kes yang dirujuk. Selain itu, mereka mengurus, menyelia dan memastikan pesakit diberikan rawatan yang terbaik dan bermutu tinggi. Demikian juga, mereka merancang jadual kerja, mengawasi serta menyelia kakitangan bawahan yang berada dalam kawalannya. Mereka juga bertanggungjawab mengemas kini keperluan perawatan di bilik doktor dan membantu doktor memberikan rawatan kepada pesakit (Norashikin Wahid, 2006: 94).

            Di samping itu, mereka juga menguruskan perkhidmatan kecemasan dan rawatan selanjutnya. Jururawat gred ini juga membuat ujian ke atas pesakit seperti ECG, ujian air kencing, ujian darah, ujian penglihatan dan sebagainya. Begitu juga, mereka bertanggungjawab menyediakan dan mengawasi inventori peralatan, kebersihan dan layanan kepada pesakit. Selain itu, mereka juga memberikan rawatan, membersih, menjahit luka dan memberi suntikan mengikut arahan yang diberikan (Norashikin Wahid, 2006: 95).

            Tugas mereka juga bertanggungjawab menyemak dan memastikan semua rekod dan laporan pemeriksaan kesihatan pesakit disimpan dan diuruskan dengan betul. Mereka juga mengawasi pengurusan dan kebersihan keseluruhan ruang tempat bertugas. Malah, mereka juga memberikan pertolongan cemas bagi acara-acara yang dijalankan di universiti-universiti. Jururawat gred U29 juga menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua bahagian (Norashikin Wahid, 2006: 95).




<!--[if !supportLists]-->4.2              <!--[endif]-->Jururawat Gred U31

Jururawat gred U31 adalah jururawat terlatih yang bertanggungjawab mengurus, menyelia dan memastikan pesakit mendapat rawatan yang terbaik. Mereka memantau, mengawasi kakitangan bawahan dalam kawalannya serta merancang jadual kerja untuk mereka. Selain itu, mereka menyediakan dan mengawasi inventori peralatan, mutu kebersihannya serta memastikan pesakit menerima layanan yang baik. Mereka juga menyediakan dan mengawasi inventori peralatan daripada barang ataupun peralatan pakai habis (Norashikin Wahid, 2006: 94).

            Di samping itu, mereka juga menyemak dan memastikan semua rekod dan laporan pemeriksaan kesihatan pesakit disimpan dan diuruskan dengan cara yang betul. Demikian juga, mereka mengawasi mutu kebersihan seluruh ruang tempat bertugas dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua bahagian (Norashikin Wahid, 2006: 94).

<!--[if !supportLists]-->4.3              <!--[endif]-->Jururawat Gred U41/U42

Berikut bidang tugas Jururawat Gred U41/U42 pada aspek klinikal dan penguatkuasaan sahaja iaitu:
<!--[if !supportLists]-->a)      <!--[endif]-->Pemantauan kejururawatan
<!--[if !supportLists]-->b)      <!--[endif]-->Mengawalselia perawatan dengan melakukan  rondaan ke wad/klinik/unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan.
<!--[if !supportLists]-->c)      <!--[endif]-->Menjalankan pemantauan perkhidmatan amalan kejururawatan di peringkat hospital dan menentukan projeksi kejururawatan.
<!--[if !supportLists]-->d)     <!--[endif]-->Menghasilkan imej berkualiti mengikut piawaian yang ditetapkan.
<!--[if !supportLists]-->e)      <!--[endif]-->Memperkukuhkan amalan kejururawatan, program perubatan dan latihan.

Bidang tugas Jururawat gred U41/U42 ini bolehlah dirujuk dengan lebih
lanjut di laman web http://www.jpa.gov.my.

<!--[if !supportLists]-->4.4              <!--[endif]-->Jururawat Gred U44

Berikut bidang tugas Jururawat Gred U44 pada aspek klinikal dan penguatkuasaan sahaja iaitu:
<!--[if !supportLists]-->a)      <!--[endif]-->Menjalankan pemantauan perkhidmatan amalan kejururawatan dan
menentukan projeksi kejururawatan di peringkat negeri.
<!--[if !supportLists]-->b)      <!--[endif]-->Menghasilkan imej berkualiti mengikut piawaian yang ditetapkan.
<!--[if !supportLists]-->c)      <!--[endif]-->Memperkukuhkan amalan kejururawatan, program perubatan dan latihan. Setiap jururawat wajib berdaftar dengan Lembaga Jururawat seperti yang tertakluk dalam Akta Jururawat (1950) dan Peraturan Pendaftaran 1985 dan Akta Bidan (1966) (Pindaan 1990).
<!--[if !supportLists]-->d)     <!--[endif]-->Merancang strategi bagi memperkukuhkan amalan kejururawatan dalam program perubatan, kesihatan dan latihan kejururawatan.

Bidang tugas Jururawat gred U44  ini juga bolehlah dirujuk dengan lebih lanjut di laman web http://www.jpa.gov.my/.

<!--[if !supportLists]-->4.5              <!--[endif]-->Jururawat Gred U48

Berikut bidang tugas Jururawat Gred U48 pada aspek pembentukan dan pelaksanaan polisi-polisi kejururawatan, pemantauan dan kawal selia sahaja iaitu:
<!--[if !supportLists]-->a)      <!--[endif]-->Mengadakan pemeriksaan, lawatan, pengawasan dan khidmat nasihat kepada pemohon yang terlibat dalam bidang ini.
<!--[if !supportLists]-->b)      <!--[endif]-->Menjalankan aktiviti pemantauan di peringkat kebagsaan dan peringkat negeri termasuk hospital dan kolej-kolej swasta dan kerajaan.
<!--[if !supportLists]-->c)      <!--[endif]-->Menjalankan tugas-tugas  penyiasatan terhadap aduan-aduan kejururawatan.
<!--[if !supportLists]-->d)     <!--[endif]-->Membentuk polisi-polisi dan prosedur pelaksanaan program kejururawatan  berterusan.
<!--[if !supportLists]-->e)      <!--[endif]-->Memperkukuhkan program kualiti dalam bidang kejururawatan seperti ISO 9000, akreditasi, budaya korporat, profesionalisme, kerja berpasukan dan penyayang.
<!--[if !supportLists]-->f)       <!--[endif]-->Pembentukan polisi bagi program Continous Profesional Development (CPD) kejururawatan.

Bidang tugas Jururawat gred U44  ini juga bolehlah dirujuk dengan lebih lanjut di laman web http://www.jpa.gov.my/.


<!--[if !supportLists]-->5.0              <!--[endif]-->Ciri-ciri Peribadi Yang diperlukan

<!--[if !supportLists]-->5.1              <!--[endif]-->Ciri-ciri Peribadi

Antara ciri-ciri peribadi yang perlu ada antaranya:

<!--[if !supportLists]-->a)      <!--[endif]-->Meminati profesion ini
<!--[if !supportLists]-->b)      <!--[endif]-->Mempunyai pengetahuan di bidang sains dan matematik
<!--[if !supportLists]-->c)      <!--[endif]-->Mempunyai pengetahuan di bidang perubatan
<!--[if !supportLists]-->d)     <!--[endif]-->Bersikap ramah terhadap pesakit
<!--[if !supportLists]-->e)      <!--[endif]-->Sanggup melayani dan mengambil hati pesakit
<!--[if !supportLists]-->f)       <!--[endif]-->Boleh berkomunikasi dengan baik
<!--[if !supportLists]-->g)      <!--[endif]-->Sanggup bertugas mengikut syif (giliran)
<!--[if !supportLists]-->h)      <!--[endif]-->Sanggup bertugas tanpa mengira masa dan tempat

                                                      Sumberdaripada http://www.utusan.com.my/

2 comments:

  1. tak berminat sebab kerja kotor dan mcm amah

    ReplyDelete
  2. tapi gaji besar...pahala pun byk klu ikhlas hhehehehe

    ReplyDelete