Sunday 11 March 2012

Kerjaya Kaunselor


KERJAYA SEBAGAI JURUTERBANG

<!--[if !supportLists]-->1.0              <!--[endif]-->Pengenalan

Industri penerbangan adalah satu industri yang unik dan berdaya maju untuk mendatangkan pulangan kepada negara. Ia juga suatu industri yang strategik dan sensitif kepada isu-isu keselamatan dan kesejahteraan, samada kepada penumpang, pengguna perkhidmatannya, mahupun keselamatan negara amnya. Oleh kerana itu, industri ini dikawal-selia oleh pelbagai peraturan, perundangan dan garis panduan yang ketat, yang sebahagian besarnya perlu diselaraskan dengan keperluan piawaian industri penerbangan antarabangsa. Dengan demikian, tenaga kerja yang terlibat d idalam industri ini, samada juruterbang, jurutera kapal terbang, mekanik mahupun pengawal trafik udara, perlu dilatih dan mendapat kelulusan, sijil serta lesen yang khusus, yang juga diiktiraf secara global.

            Industri penerbangan adalah satu industri yang profesional. Profesional dengan ertikata ianya dikawal-selia secara kendiri (self-regulatory) oleh industri tersebut melalui badan kawalan yang diiktiraf. Badan ini berperanan menetapkan piawaian dan peraturan industri, memperkenalkan dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan penerbangan, mengawal kualiti perkhidmatan penerbangan, dan juga mengeluarkan lesen dan sijil kepada mereka yang ingin berkhidmat di dalam industri penerbangan. Bagi industri penerbangan, badan kawal-selia yang dimaksudkan adalah Jabatan Penerbangan Awam (JPA atau DCA). DCA adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan yang berperanan menggubal, memperkenal, melaksana dan menguatkuasakan segala perundangan, peraturan dan garis panduan berkaitan  industri penerbangan di negara ini. Semua peraturan, perundangan dan garis panduan ini pula perlulah dipastikan selaras dan menepati piawaian dan kehendak industri antarabangsa agar perkhidmatan penerbangan di Malaysia diiktiraf secara global.

            Berdasarkan faktor sejarah, Malaysia lebih banyak dipengaruhi oleh undang-undang penerbangan British, yang dikendalikan oleh CAA (Civil Aviation Authority of UnitedKingdom) berbanding FAA (Federal Aviation Administration of the United States) di Amerika. CAA kemudiannya menjadi ahli kepada JAA (Joint Aviation Authorities oftheEuropean Union) yang memberi pengiktirafan kepada semua pemegang lesen daripada mana-mana badan gabungannya untuk berkhidmat di dalam industri penerbangan di mana-mana negara Eropah atau yang menerima-pakai persijilan JAA. Oleh kerana DCA Malaysia memakai sistem CAA, maka sijil yang dikeluarkan oleh DCA juga diiktiraf oleh JAA (Ir. Ahmad Jais Alias dan Hj. Ahmad Zahir Mokhtar, 2007).

<!--[if !supportLists]-->2.0              <!--[endif]-->Bidang Tugas Juruterbang

Kerjaya sebagai juruterbang sememangnya glamor tetapi penuh cabaran serta berisiko. Ramai anak muda sama ada lelaki atau perempuan menyimpan azam dan cita-cita untuk bergelar seorang juruterbang. Kerjaya ini menuntut seseorang itu berdepan dengan cabaran dan tidak gentar memandu pesawat di awan biru. Memandu kapal terbang bukan seperti memandu kereta atau kenderaan lain kerana cara pengendalian amat berbeza. Untuk memahirkan diri, seseorang itu perlu menjalani latihan khas di pusat-pusat atau sekolah-sekolah latihan penerbangan sama ada di dalam atau luar negara.

            Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan pesawat penumpang dan kargo tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat. Tugas para juruterbang bermula selewat-lewatnya satu jam sebelum penerbangan. Mereka akan melaporkan diri dan menerima taklimat dan maklumat tentang setiap penerbangan yang bakal dilakukan. Sebelum penerbangan juruterbang akan menyemak pelan penerbangan berdasarkan keadaan cuaca, suhu, kelajuan angin dan berat pesawat semasa berlepas serta keperluan bahan api di samping memeriksa kelengkapan dan peralatan elektronik. Semasa dalam penerbangan pula, juruterbang akan membuat pemeriksaan rutin terhadap semua sistem yang beroperasi dan menerima serta melaksanakan arahan daripada pengawal lalu lintas udara dari mula hingga akhir penerbangan.

            Keadaan yang paling mencabar ketika bertugas ialah semasa berlepas, pendakian, penurunan dan pendaratan yang mana memerlukan penumpuan penuh setiap juruterbang agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Selepas mendapat lesen, juruterbang berpeluang memandu pelbagai jenis pesawat seperti Fokker, Airbus, DC-10 dan Boeing. Kerjaya ini sekarang terbuka luas berikutan perkembangan pesat industri penerbangan dalam dan luar negara. Terdapat banyak syarikat penerbangan sama ada di dalam mahupun luar negara yang menyediakan peluang pekerjaan sebagai juruterbang. Dari segi pendapatan pula, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah dengan pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko (Mohd. Yahya Mohamed Ariffin, 2005).

3.0       Ciri-Ciri Peribadi Yang Diperlukan Sebagai Juruterbang
1.         Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya juruterbang.
2.         Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani.
3.         Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini.
4.         Boleh berkomunikasi dengan baik.
5.         Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
6.         Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik.
7.         Berumur di antara 18 hingga 24 tahun.
8.         Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
9.         Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6   tanpa          bantuan optik dan tidak buta warna).
10.       Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci).
11        Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama.
(Mohd. Yahya Mohamed Ariffin, 2005).


<!--[if !supportLists]-->4.0  <!--[endif]-->Tempat Mengikuti Latihan Penerbangan

Terdapat banyak sekolah latihan penerbangan di dalam atau luar negara. Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Malaysian Flying Academy dan Mofaz Air Flying Academy. Di luar negara pula terdapat sekolah latihan penerbangan seperti di Australia, Filipina, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Semasa berada di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan penerbangan secara teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan dengan jayanya anda akan memperoleh lesen penerbangan yang melayakkan anda sebagai juruterbang (Mohd. Yahya Mohamed Ariffin, 2005).

<!--[if !supportLists]-->5.0  <!--[endif]-->Syarat Mengikuti Latihan Penerbangan

Pelajar yang berminat untuk mengikuti latihan penerbangan perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam Matematik, Fizik dan Bahasa Inggeris. Kelayakan yang baik dalam mata pelajaran sains akan diberi keutamaan. Pemegang ijazah yang tergolong dalam kumpulan umur 18 hingga 24 tahun dan memenuhi kelayakan yang diperlukan adalah dipelawa untuk memohon. Untuk menjadi seorang juruterbang pesawat penumpang atau kargo, anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara (Mohd. Yahya Mohamed Ariffin, 2005).










6.0       Skim Perkhidmatan

KLASIFIKASI                                  : PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN   : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

SKIM PERKHIDMATAN                : JURUTERBANG/PEMERIKSA                                                                                          JURUTERBANG


Gred

Jadual Gaji


Gred A3

P1T1
P2T1
P3T1

$1161
$1230
$1302

P1T24
P2T24
P3T24

$3031
$3222
$3428


Gred A2


P1T1
P2T1
P3T1

$3040
$3195
$3356

P1T6
P2T6
P3T6

$3785
$3970
$4161


Gred A1


P1T1
P2T1
P3T1

$3634
$3789
$3968

P1T6
P2T6
P3T6

$4443
$4649
$4863



<!--[if !supportLists]-->6.1  <!--[endif]-->      Syarat Lantikan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Terdiri daripada warganegara

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) Lesen Juruterbang Perdagangan dan Instrument Rating yang diiktiraf oleh Kerajaan    serta mempunyai sekurang-kurangnya 1000 jam pengalaman penerbangan sebagai "Pilot in Command".
(Gaji permulaan ialah pada Gred A3: P1T4); ATAU

 (ii) Kategori C - Captain Transport Aircraft dengan mempunyai pengalaman        penerbangan 1,500 jam dari Tentera Udara DiRaja Malaysia dan Instrument Rating yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred A3 : P1T4);  DAN

d) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Calon-calon hendaklah juga berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan memuaskan.

<!--[if !supportLists]-->6.2  <!--[endif]-->      Penetapan Gaji Permulaan

Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred A3 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja atau kepakaran berkaitan, mana berkenaan.

<!--[if !supportLists]-->6.3  <!--[endif]-->      Tempoh Percubaan

Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred A3 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 3 tahun.

<!--[if !supportLists]-->6.4  <!--[endif]-->      Latihan

Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang boleh dikehendaki mengikuti kursus latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan (http:// www .eghrmis. gov.my /wp_content2/pekeliling / PP91 / PP91Bil09/PP91Bil09Ms71.html).

7.0       Bayaran Insentif Juruterbang
Rujukan :       JPA (S) 215/8/2-1 Klt.2(38) bertarikh 25 Mac 1996
                                    Syarat dan Kadar :    
Syarat :       Dibayar kepada Juruterbang di Jabatan Penerbangan Awam
Kadar:

Jawatan dan Bidang Tugas
Kadar Sebulan (RM)
a. Juruterbang Penguji Pesawat Udara
3000.00
b. Juruterbang yang mempunyai Airline Transport Licence
5000.00
c. Juruterbang yang mempunyai Commercial Pilot Licence / Instrument
3500.00:            










Agensi Terlibat :        Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan



8.0       Lesen Penerbangan

Terdapat tiga bentuk lesen penerbangan.
1. ‘Private Pilot Licence’ (PPL). Lesen ini diambil oleh individu yang mempunyai hobi membawa pesawat. Mereka tidak dibolehkan membawa penumpang.

2. ‘Commercial Pilot licence’ (CPL). Untuk mendapatkan lesen ini, individu berkenaan harus mengambil tiga kertas peperiksaan yang ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

3. ‘Airline Transport Pilot Licence’ (ATPL). Untuk memperoleh lesen ATPL ini bakal juruterbang perlu melengkapkan penerbangannya sebanyak 1500 jam dengan menggunakan lesen CPL serta menduduki enam lagi kertas peperiksaan (Norhayati Hj. Ramlee, 2002).

9.0       Jenis Pesawat

Jenis pesawat adalah seperti berikut:
<!--[if !supportLists]-->1.      <!--[endif]-->Twin Otter yang boleh memuatkan 12 orang penumpang.
<!--[if !supportLists]-->2.      <!--[endif]-->Fokker 50 yang boleh membawa 50 orang penumpang.
<!--[if !supportLists]-->3.      <!--[endif]-->Boeing 737 boleh memuatkan  hingga 400 orang penumpang.
<!--[if !supportLists]-->4.      <!--[endif]-->Air Bus 330.
<!--[if !supportLists]-->5.      <!--[endif]-->Boeing 777.
<!--[if !supportLists]-->6.      <!--[endif]-->Boeing 747
(Norhayati Hj. Ramlee, 2002).

10.0     Kenaikan Pangkat

Untuk membolehkan “First Officer’ menjawat jawatan Kapten, juruterbang harus melengkapkan jumlah jam penerbangan yang telah ditetapkan untuk setiap pesawat yang dibawa secara bergilir dengan Kapten. Selain daripada itu, untuk mendapatkan pangkat kapten, turut bergantung kepada kekosongan yang ada.
Untuk membolehkan seorang ‘First Officer’ dan Kapten membawa pesawat yang berlainan jenis pula, mereka perlu mempelajari secara terperinci tentang pesawat tersebut (Norhayati Hj. Ramlee, 2002).

<!--[if !supportLists]-->11.0<!--[endif]-->     Institusi-Institusi Latihan Juruterbang

11.1     Akademi Penerbangan Malaysia atau Malaysian Flying Academy (MFA)

11.1.1  Latar Belakang Akademi Penerbangan Malaysia

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Akademi Penerbangan Malaysia merupakan akdemi yang pertama yang telah ditubuhkan di Malaysia dan juga di Asia Timur. Akademi ini terletak di Batu Berendam, Melaka.

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Selain faktor jarak di antara Kuala Lumpur dan Melaka yang hanya mengambil masa dua jam perjalanan, faktor cuaca yang baik sepanjang tahun dengan suhu di antara 28-32 darjah celsius dan mempunyai ruang angkasa yang luas telah menjadikan Mukim Batu Berendam, Melaka sebagai lokasi terbaik bagi penempatan Akademi Penerbangan Malaysia.

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Cuaca memainkan  peranan yang penting kerana pelajar perlu menjalani latihan penerbangan sehingga mencukupi jumlah jam yang diwajibkan.

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Menurut Pengetua atau Pengurus Besar MFA, Gp. Kapt.M.Kashav, akademi ini ditubuhkan berdasarkan panduan yang disediakan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Manakala, kaedah latihan diluluskan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) berdasarkan ciri-ciri yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam United Kingdom (CAA). Sementara itu, para pelajar sentiasa diberi peperiksaan yang akan disediakan oleh pihak DCA dan juga UKCAA.
<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Peranan utama MFA adalah untuk memberikan pengetahuan dan latihan dalam melahirkan juruterbang yang profesional bagi mengisi kekosongan syarikat penerbangan dalam negara mahupun luar negara.

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Latihan penerbangan menggunakan pasawat ringan satu enjin dan enjin berkembar, landasan asphalt, kawalan trafik udara yang lengkap, dan perkhidmatan lapangan terbang yang canggih.

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->MFA juga mempunyai sebuah pesawat Single Piston-Engined Piper Tomahawk, 12 buah pesawat Single Piston-engined Piper Warriors, dan empat buah pesawat Twin Piston-engined Piper Seneca III.

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->MFA berjaya melahirkan juruterbang bagi syarikat penerbangan utama di dunia seperti Singapore, Airlines, Silk Air, Air Mauritius, Polis Diraja Malaysia, dan Polis Hong Kong (Norhayati Hj. Ramlee, 2002).

<!--[if !supportLists]-->11.1.2    <!--[endif]-->Syarat-Syarat Untuk Mengikuti Latihan Penerbangan di MFA

            Mereka yang berminat untuk mengikuti latihan penerbangan di MFA, perlu mengambil kursus pemulaan, Lesen Juruterbang Komersial (Commercial Pilot’s Licence - CPL). Kursus selama 14 bulan ini membabitkan latihan penerbangan selama 200 jam dengan 700 jam pelajaran teori. Jika berjaya menamatkan kursus ini, pelatih akan mendapat CPL beserta Instument Rating (IR) yang membolehkan mereka membawa pesawat ringan Piper Seneca III.

            Bagi melayakkan diri mengikuti kursus ini, pemohon mesti lulus pemeriksaan perubatan Kelas sebagaimana yang ditetapkan oleh DCA. Pemohon juga dikehendaki mahir dalam bahasa Inggeris kerana pembelajarannya seratus peratus dalam bahasa tersebut.



Untuk mengikuti kursus CPL ini, pemohon mesti sekurang-kurangnya berumur 18 tahun pada masa ujian penerbangan terakhir dijalankan. Di samping itu, mereka mesti mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Selain itu, pemohon yang memiliki Sijil Am Pelajaran ‘O’ Level, atau sijil lain yang setaraf dengan SPM dan lulus dalam lima mata pelajaran termasuk bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains boleh diterima (Norhayati Hj. Ramlee, 2002).

11.1.3  Tahap Temu Duga dan Latihan di MFA
<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Setelah pemohonan untuk belajar di MFA diterima, pelatih harus melalui tiga tahap sesi temu duga.

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Kegagalan dalam mana-mana peringkat akan menyebabkan peluang untuk mengikuti latihan penerbangan tidak tercapai.

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Tahap pertama ialah ujian ‘Psyco Motor’ iaitu kordinasi antara mata, tangan, dan kaki. Tahap kedua ialah ‘Aptitude’ dan tahap ketiga ialah ‘Oral Interview’.

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Setelah melepasi ketiga-tiga tahap tersebut, pelajar akan ditempatkan di MFA, untuk mengikuti latihan penerbangan selama 14 bulan.

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Latihan-latihan yang perlu dijalani oleh pelatih di MFA:-
<!--[if !supportLists]-->1)      <!--[endif]-->Latihan menerbangkan pesawat satu enjin selama 165 jam. Pesawat ini mempunyai empat tempat duduk.
<!--[if !supportLists]-->2)      <!--[endif]-->Latihan menerbangkan pesawat dua enjin selama 35 jam. Pesawat ini mempunyai enam tempat duduk.
<!--[if !supportLists]-->3)      <!--[endif]-->Latihan secara “visual”. Latihan ini memerlukan pelatih berhubung dengan menara kawalan dan menerbangkan pesawat mengikut peta yang diberikan untuk mencari tempat atau lokasi yang telah ditetapkan
<!--[if !supportLists]-->4)      <!--[endif]-->Latihan Peralatan Penerbangan (Instument Flying) yang dilakukan di dalam pesawat dua enjin. Latihan ini tidak memerlukan pelatih melihat atau nampak daratan, kerana penerbangan yang dibuat berpandukan pada isyarat radio.
<!--[if !supportLists]-->5)      <!--[endif]-->Latihan secara praktikal dan teori dilakukan berselang hari. Latihan secara teori (ground school) meliputi subjek Undang-Undang Udara, Peraturan Pesawat, Enjin Kapal Terbang, Elektrik dan segala-gala mengenai pesawat tersebut.

MFA turut menawarkan kursus 12 minggu kepada juruterbang yang ingin mendapat Lesen Juruterbang Pesawat Persendirian (Private Pilot’s Licence - PPL). Kursus ini boleh diikuti secara sepenuh masa dan juga separuh masa (Norhayati Hj. Ramlee, 2002).

<!--[if !supportLists]-->11.1.4    <!--[endif]-->Kursus Lanjutan Di  MFA

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Bagi kursus lanjutan, MFA menawarkan Kursus Airline Transport Pilot’s (ATPL)Kursus ini membabitkan enam minggu pelajaran dasar, sebelum pelatih mengambil peperiksaan ATPL United Kingdom yang dijalankan oleh DCA di Kuala Lumpur.

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Selain itu, MFA menawarkan kursus Asistant Flying Instructor Rating (AFI). Kursus ini mengambil masa enam minggu dan dibuka kepada juruterbang yang mempunyai CPI dengan IMC atau IR yang sah bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Kursus tersebut menyediakan latihan dasar dan penerbangan di bawah penyeliaan pengajar berpengalaman. Bagi kursus AFI ini, pemohon mesti mencatatkan 150 jam penerbangan sebagai juruterbang kanan (pilot in command) sesebuah kapal terbang. Pemohon juga diwajibkan lulus peperiksaan prakemasukan (pre-entry) dan ujian penerbangan yang dijalankan oleh pemeriksa daripada DCA (Norhayati Hj. Ramlee, 2002).





11.1.5  Kemudahan Di MFA

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->MFA menyediakan kemudahan yang sungguh selesa bagi para pelajarnya.

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Akademi ini mempunyai lima buah blok asrama dengan jumlah 73 bilik yang berhawa dingin.

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Terdapat dewan makan, surau, kemudahan sukan, dan rekreasi bagi pelajar yang menumpukan sepenuh masa terhadap pengajian mereka.

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Kemudahan lain ialah bilik kuliah yang boleh memuatkan 20 pelajar, bilik penerangan, dan bilik rehat selain mempunyai ruangan latihan bagi juruterbang (cockpit) Frasca 142 bagi latihan dan prosedur penerbangan asas.

Menerusi pembiayaan penaja seperti MARA atau Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), lepasan sekolah boleh menyertai Malaysian Flying Academy (MFA). MFA diiktiraf oleh Singapura dan jabatan penerbangan tertentu selain daripada syarikat penerbangan tempatan (Norhayati Hj. Ramlee,2002).

<!--[if !vml]--><!--[endif]-->

11.2    Asia Pacific Flight Training (APFT)
<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Asia Pacific Flight Training (APFT), bertempat di Pengkalan Chepa, Kelantan, yang merupakan sekolah latihan juruterbang bertaraf dunia yang menyediakan kursus berkenaan dengan didokongi 14 jurulatih berpengalaman dan berkemahiran tinggi.
<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Pengurus Besar merangkap Pengetua APFT ialah Mejar (B) Mohd Khalid Ali, 56, yang berpengalaman luas dalam pengurusan operasi, penerbangan korporat dan memiliki lesen Juruterbang Pengangkut Udara (ATPL).
<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Pelatih dikenakan yuran pengajian RM190,000 merangkumi semua kelengkapan sepanjang pembelajaran, termasuk yuran semester, pakaian, tempat tinggal dan makanan di samping buku rujukan.
<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Pelatih didedahkan kepada lima subjek asas memandu pesawat bagi memastikan mereka melepasi beberapa peperiksaan sukar sebelum layak mendapat lesen juruterbang yang diiktiraf Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Antara mata pelajaran itu adalah meteorologi dan navigation, yang menjadi nadi penting juruterbang, selain mempelajari kemahiran mengendali set perhubungan.
<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Sepanjang 15 bulan pengajian dengan 165 jam latihan memandu pesawat satu enjin dan 35 jam mengendali pesawat dua enjin, pelatih perlu membuktikan mereka mampu menjadi juruterbang yang cekap dan berdisiplin.
<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Setiap pelatih dikehendaki menghabiskan tempoh pengajian dengan sekurang-kurangnya 42 jam hingga 45 jam latihan penerbangan sebelum layak mendapatkan Lesen Juruterbang Persendirian (PPL) yang dikeluarkan DCA.
<!--[if !vml]--><!--[endif]-->Setiap pelatih di sini mempunyai jaminan kerjaya sebagai juruterbang bertaraf antarabangsa sama ada dengan Penerbangan Malaysia (MAS) atau syarikat penerbangan lain di dunia (Betty Subaryati, 2007).
<!--[if !vml]--><!--[endif]-->
12.0    Organisasi Latihan Penerbangan Dan Kelab Penerbangan

Aviation Flying Training Organization


S/N

Organisation


Adress

Tel

Fax

1.

Malaysia Flying Academy
Sdn. Bhd

No. 101, Lot 3224,
Mukim Batu Berendam,
75350 Melaka.
(PPL/A, CPL/A, IR, AFI & FI)
Web site


06-3174026

06-3174362

2.

Integrated Training & Services

Lot 38021,
Jalan Lapangan Terbang,
31350 Ipoh,
PERAK
(PPL/A/H, AFI & CPL/H)


05-3135696

05-3136436

3.

H.M.Aerospace Sdn. Bhd.

No 49, The boulevard,
Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putera,
60200 Kuala Lumpur. (HQ)
Singgahsana, Jalan Kuala Muda
Mukim Padang Mat Sirat
07100 Langkawi
Kedah Darul Aman
(PPL/A, CPL/A, IR &AFI)


03-27305099
04-9532000

03-27305010
04-9532001

4.

Asia Pacific Flight Training

Suite 50-5-5, Level 5
Wisma UOA Damansara
50 Jalan Dungun
50490 Kuala Lumpur
Sultan Ismail Petra Airport
Pengkalan Chepa
16100 Kota Baharu
Kelantan
Website: www.asiapacificflighttraining.com

603-20923177
609-7738722

603-20939218
609-7738891













Flying Clubs


1.

Kelab Penerbangan
4B Malaysia


Hangar KP4B, Lpgn Terbang Batu Berendam

06-3176717

06-3176717

2.

Kelab Penerbangan Sabah


Old Airport Terminal, International Airport, Post Office Box 10747, K.K.

088-55049/
219406

088-219626

3.

Kelab Penerbangan Tanjong


13 Floor, Off Blk. , Sheraton Hotel, 3 Jln. Larut 10050

04-2272888

04-2284018

4.

Kelab Rekreasi Udara Langkawi


Langkawi International Airport, Pdg Mat Sirat
Langkawi, Kedah


04-9552191

04-9552195

5.

Sarawak Flying Club

North Pan Hangar, Kuching International Airport, 92357 Kuching, Sarawak


082-463103

082-574892

6.

Subang Flying Club

Terminal 3, Sultan Abdul Aziz Salahuddin Airport, Jln. Lpgn Terbang SAAS,
47200 Subang, Selangor


03-78469134

03-78472135

7.

Elite Flying Club

Depature Hall, Terminal 3, Lpgn Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, 47200 Subang, Selangor


03-78591466

03-78591290

8.

ESB Flying Club

No. 22C, 3rd. Floor,
Jln. SS 19/1D,
47500 Subang Jaya, Selangor

03-78464733
03-78464745

9.

FAS Udara Flying Club

113A, Block A, Kelana Busines Centre, SS 7/2,
47301 Petaling Jaya, Selangor.
03-78052895
03-78052817

10.

FRAS Flying Club

Cargo Complex, Sultan Ismail International Airport,
81250 Senai, Johor

019-7252843

07-5995290




11.

Royal Selangor Flying Club

Old Airport Road,
50460 Kuala Lumpur
P.O. Box 11769,
50756 K. Lumpur


03-21411934

03-21411982

12.

Terengganu Flying Club

Tkt. 1, Lot PT 17693-K, Tmn. Semarak,
21200 K. Trengganu, Trengganu


09-6664750

09-6664750

13.

Johor Flying Club

Cargo Apron, Sultan Ismail International Airport,
Senai


07-5991255

07-5990355

14.

Kedah Flying Club

Lpgn Terbang Sultan Abdul Halim (Rumah Kelab)
Kepala Batas


04-7145051

04-7142381

15.

Kelab Aero Perak


Jalan Lapangan Terbang,
Ipoh, Perak


05-3127359

05-3127359



13.0     Penutup

            Kerjaya sebagai juruterbang memang terbuka luas, berikutan perkembangan pesat industri penerbangan dari dalam dan luar negara. Terdapat banyak syarikat penerbangan, sama ada di dalam mahupun luar negara yang menyediakan peluang pekerjaan ini.
           
            Dari segi pendapatan, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah dengan pelbagai insentif lain, selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko. Kerjaya dalam bidang ini manjanjikan masa depan yang cerah.

8 comments:

  1. Kalau tak ada fizik ngan matematik tambahan . Bole ke jadi juruterbang ?

    ReplyDelete
  2. Klau bapak ko kaya daftar je, janji ada mat, sn gan bi. Simple kan tu pon kena Credit la

    ReplyDelete
  3. Klau bapak ko kaya daftar je, janji ada mat, sn gan bi. Simple kan tu pon kena Credit la

    ReplyDelete
  4. Kalu spm BI asyik dapt C ja camna nak buat..

    ReplyDelete
  5. Kalu spm BI asyik dapt C ja camna nak buat..

    ReplyDelete
  6. Klau saya nak amik lesen ATPL.perlukah saya mengambil PPL dan CPL dahulu?.dan bayaran yurannya bagaimana?dan contohnya klau ada penyakit seperti diabetic bolehkah saya menyertai program tersebut.mohon penjelasan.

    ReplyDelete
  7. Kalau tak ada fizik dengan matematik tambahan boleh ke buat?

    ReplyDelete
  8. Use this diet hack to drop 2 lb of fat in just 8 hours

    At least 160 000 women and men are hacking their diet with a simple and secret "liquid hack" to drop 1-2lbs each night in their sleep.

    It's very easy and works on everybody.

    Here's how to do it yourself:

    1) Grab a drinking glass and fill it half glass

    2) Proceed to learn this crazy HACK

    and you'll be 1-2lbs lighter the very next day!

    ReplyDelete