Sunday 11 March 2012

Kerjaya Juru Hebah


Pengenalan

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, definisi hebah adalah pemberian, berita, pengumuman dan siaran. Oleh itu, juruhebah radio adalah seseorang yang bekerja untuk menyampaikan berita dan pengumuman atau lebih di kenali sebagai deejay radio yang menggunakan suaranya untuk menyampaikan sesuatu mesej atau maklumat dan berita di siaran radio. Juruhebah radio juga turut dikenali sebagai deejay radio dan penyampai radio. Juruhebah radio adalah salah satu bidang kerjaya yang sangat menarik dan mencabar, yang mana ia mampu menguji ketahanan fizikal, mental, sosial dan emosi mereka sendiri untuk menarik perhatian pendengar untuk terus mendengar.

Dewasa ini terdapat banyak stesen radio yang dibuka di dalam negara kita. Ia di ibaratkan  seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan . Masing-masing berlumba untuk mendapat gelaran stesen radio pilihan nombor satu negara di hati pendengar dalam menjadikan stesen radio mereka mempunyai tahap kreditibiliti yang tinggi, hebat serta berpengaruh.

Oleh yang demikian, semakin ramai di kalangan anak-anak remaja sekarang memupuk minat untuk bergelar sebagai juruhebah radio yang hebat dan mempunyai aura di hati pendengar. Banyak kriteria yang diperlukan oleh seseorang yang ingin menjadi juruhebah radio yang baik dan diminati ramai selain mempunyai minat yang mendalam, kepetahan dalam berkomunikasi, tenang, fokus pada kerja dan berfikiran terbuka.

Tugas seorang juruhebah radio memperkenalkan muzik, menghoskan program di radio dan menyampaikan berita terkini, membuat penyelidikan tentang program atau temuduga yang diadakan di radio, menyediakan skrip, memberikan komentari secara  langsung dalam acara sukan dan lain-lain lagi yang berkaitan. Juruhebah juga akan sentiasa berbincang dan mendapatkan pandangan daripada penerbit program dan sesiapa sahaja bagi meningkatkan mutu program yang diacarakan.

Di Malaysia hari ini, ramai juruhebah radio yang mula dikenali kerana mempunyai aura yang hebat dan diminati ramai kerana mempunyai nilai sikap yang tinggi di samping memiliki ilmu yang luas dan berkemahiran dalam bidang penyiaran, pemasaran dan penulisan antaranya adalah seperti Halim Othman dari Radio Sinar FM, Linda Onn dari Radio Era, Ustaz Zamri Zainal abidin dari Radio IKIM.FM, Abby Fana dari Radio THR.FM dan Juliayana Hussain dari KLFM serta lain-lain lagi.


BIDANG TUGAS YANG UTAMA JURUHEBAH RADIO
Berikut adalah bidang-bidang tugas yang utama bagi seseorang yang berkerjaya sebagai seorang juruhebah iaitu :

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Membuat penyelidikan tentang program atau temuduga yang diadakan di radio.
Tugasan yang paling utama seseorang yang ingin menceburi bidang penyiaran sebagai juruhebah adalah membuat penyelidikan tentang program atau menjalankan temuduga secara bertentang mata yang diadakan di radio terutamanya ketika temuramah tersebut adalah secara langsung. Di sini juruhebah radio perlu bijak dalam berkomunikasi dan pandai menarik perhatian pendengar. Juruhebah juga ditugaskan membuat penyelidikan di luar konti dan berjumpa dengan masyarakat luar untuk membuat tugasan mengenai sesuatu isu dan lain-lain berkaitan dengan rancangan atau program yang dikendalikan di radio. Ini bermakna apa juga bahan dan maklumat yang diperolehi dan di utarakan di radio perlu melibatkan idea dan pendapat orang lain terutamanya masyarakat dan golongan pemimpin dan tidak boleh daripada pendapat peribadi semata-mata.
      
<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Menyediakan skrip
Seseorang yang ingin menjadi seorang juruhebah yang berjaya juga perlu membuat tugasan dengan  menyediakan skrip-skrip untuk digunakan dalam siaran radio. Skrip tersebut mestilah bersesuaian dengan siaran iaitu daripada segi konsep dan tema siaran tersebut. Perbincangan hendaklah sentiasa dilakukan dari masa ke semasa sama ada bersama penerbit rancangan tersebut mahupun orang lain dalam membantu membaiki dan memperkembangkan kualiti rancangan.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Menggunakan peralatan studio
Juruhebah radio juga mestilah tahu, cekap, pandai dan mahir dalam mengendali dan menggunakan segala peralatan yang terdapat di dalam studio kerana adalah di antara elemen-elemen penting dalam memantapkan sesuatu rancangan di radio. Antara peralatan yang terdapat di dalam sesebuah studio di stesen radio yangperlu seseorang juruhebah ketahui adalah seperti :

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Komputer dan laptop
Ia merupakan kemudahan asas yang amat diperlukan di dalam konti radio. Kemahiran menggunakan komputer dan teknologi lain sangat dititik beratkan.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Panel berbutang
Ia merupakan pusat kawalan bagi memastikan rancangan di radio boleh didengar di seluruh tanahair. Padanya terdapat sequencer bagi memastikan rancangan ke udara ke pusat kawalan bagi memastikan sesuatu rancangan itu ke udara selama 24 jam. Alat ini berhubungan dengan log editor, mikrofon dan alat-alat lain. Ia juga berhubung terus dengan transmitter.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Log editor
Log editor adalah senarai panduan daripada penerbit yang perlu diikuti oleh juruhebah bertugas. Senarai ini mengandungi susunan lagu-lagu, muzik latar dan sebagainya.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Bilik studio rakaman
Bilik studio ini adalah bilik yang kedap udara yang mana hanya juruhebah radio yang bertugas sahaja yang perlu ada di situ. Kebiasaannya rancangan, program, iklan dan lain-lain akan dirakam terlebih dahulu sebelum di keudarakan di dalam siaran radio. Tetamu undangan akan turut ditemuramah di sini juga.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Mikrofon dan Fon telinga
Ia merupakan alat untuk mendengar muzik latar, menjawab panggilan daripada para pendengar dan mendengar suara juruhebah sendiri supaya dia bolah mengawal intonasi suaranya semasa bercakap. Kebanyakan stesen radio merakam dahulu perbualan dengan pendengar yang membuat panggilan sebagai langkah berjaga-jaga serta atas alasan keselamatan juga.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Hot keys
Senarai muzik latar yang digunakan semasa siaran ke udara berlangsung.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Transmitter (pencawang)
Menerima isyarat daripada stesen radio. Dari sini para pendengar boleh mendengar mengikut gelombang tertentu. Misalnya 91.5 unutuk Lembah Klang dan lain-lain.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->MCR – bilik kawalan utama
MCR atau Master Control Room ini berfungsi menghidupkan semua peralatan di dalam studio rakaman.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Memperkenalkan muzik
Di Malaysia terutamanya, banyak grend muzik telah mula dapat diterima oleh masyarakat Malaysia terutamanya Melayu, Cina dan India iaitu seperti irama rock, balada, irama Malaysia, hip hop, dangdut, latin, hollywood, bollywood, nasyid kotempari, nasyid dakwah dan lain-lain lagi. Seseorang juruhebah mestilah berpengetahuan luas dan mendalam mengenai perkara tersebut kerana adalah menjadi tugas dan tanggungjawab seorang juruhebah memperkenalkan muzik-muzik yang terdapat di dalam negara dan luar negara juga.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Membaca berita
Juruhebah radio juga ditugaskan untuk membaca berita ataupun sebarang bentuk hebahan lain yang berkaitan. Berita yang disampaikan mestilah menarik, jelas dan lancar serta sedap didengar apabila dibaca dengan intonasi yang betul dan bersesuaian. Kemahiran komunikasi interpersonal di sini adalah sangat mustahak untuk dipraktikkan.  Juruhebah tidak boleh gagap dan gugup dalam membaca berita agar mesej yang ingin disampaikan adalah jelas dan terang.
<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Menemu duga orang
Bidang tugas yang seterusnya adalah menemuduga orang. Menemu duga orang sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Ia bermaksud, sesetengah juruhebah radio perlu menemuduga tetamu jemputan terutamanya di bilik kedap udara  sebelum siaran ke udara bermula sebagai langkah awal membina perhubungan mesra dan mengetahui sedikit latar belakang sebelum menemuramah dengan lebih lanjut. Namun apabila ke udara, tugas seorang juruhebah akan berdepan dengan suasana yang tegang, berat serta mencabar di samping rasa tertekan yang banyak. Kesalahan yang ketara ketika ke udara adalah kesilapan yang boleh dianggap besar kerana melibatkan tanggapan dan penilaian daripada pihak pendengar. Namun itu semua adalah di peringkat awal karier sahaja dan lama-kelamaan ia akan menjadi kebiasaan.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Memberikan komentari secara  langsung dalam acara sukan
Selain daripada tugas-tugas di atas, juruhebah radio juga dikehendaki memberikan komentari secara langsung dalam acara sukan. Oleh yang demikian, seseorang juruhebah mestilah sentiasa mengambil tahu dan peka pada perkembangan sukan di Malaysia terutamanya. Juruhebah radio juga mestilah sentiasa berusaha menambahkan ilmu pengetahuan serta pengalaman untuk memperbaiki dan memantapkan lagi kualiti kerja dan karier sebagai seorang juruhebah radio.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Melaporkan isu dan kejadian semasa
Juruhebah juga ditugaskan untuk melaporkan isu-isu semasa dan kejadian semasa yang berlaku terutamanya di dalam negara. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab juruhebah radio tersebut mengambil inisiatif mendalami ilmu berkaitan dan mestilah banyak membaca serta peka pada isu-isu semasa yang berlaku agar kerja yang dilakukan di konti mudah dan berjalan dengan lancar.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Membuat pengumuman
Juruhebah radio juga dikehendaki membuat pengumuman semasa ke udara di radio. Pengumuman yang dibuat mestilah tepat dan mampu menarik perhatian pendengar untuk mendengarnya dengan lebih lanjut.
<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Membaca iklan
Juruhebah radio juga dikehendaki melakukan tugas dengan membaca iklan semasa ke udara di radio. Antaranya adalah iklan mengenai sesuatu produk, perkhidmatan, program, saranan, kempen, hebahan dan lain-lain. Tetapi kebanyakan iklan tersebut direkodkan terlebih dahulu dan hanya dimainkan setiap kali iklan bermula. Juruhebah mestilah bijak dalam menarik perhatian pendengar untuk mendengar apa yang juruhebah perkatakan termasuklah cara penyampaian, gaya dan intonasinya sekali.


<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Menganjur dan mengendalikan pertandingan melalui radio
Di samping itu juga, juruhebah radio turut ditugaskan menganjur dan mengendalikan pertandingan melalui radio. Kemahiran berkomunikasi dan bijak menarik perhatian pendengar adalah perkara pokok yang perlu ada pada seseorang yang bergelar sebagai juruhebah radio.


<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Menjadi hos program
Juruhebah juga turut bertindak sebagai hos pada sesebuah rancangan atau program terutamanya di konti radio. Juruhebah mestilah bijak berkomunikasi dan bijak mengawal keadaan dan perlu sentiasa tenang dan memberi konsentrasi terhadap tugasan yang diberikan.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Berjumpa dengan pelanggan untuk berbincang tentang iklan
Juruhebah juga ditugaskan berjumpa dengan pelanggan untuk berbincang mengenai iklan yang akan dihebahkan di radio. Ini bertujuan sebagai langkah awal untuk persediaan sebelum membuat sesuatu iklan apabila ke udara di radio.


PERSONALITI  YANG SESUAI

Personaliti adalah adalah sangat penting bagi seseorang yang ingin memilih kerjaya sebagai juruhebah radio yang baik dan hebat. Antaranya adalah :

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Berkeyakinan tinggi
Juruhebah radio mesti berkeyakinan tinggi dalam menjalankan tugas terutamanya apabila ke udara di radio. Berkeyakinan tinggi bermaksud sentiasa bersedia daripada aspek fizikal, mental dan emosi. Juruhebah mestilah sentiasa bersedia dan yakin dengan setiap penyampaiannya kerana ia berdepan dengan pelbagai kemungkinan yang tidak terduga contohnya tersilap cakap, tersasul, lari daripada topik asal dan sebagainya. Jadi keyakinan pada diri adalah sangat mustahak agar ia dapat membetulkan keadaan.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Berfikir secara spontan
Juruhebah yang mempunyai personaliti yang baik dan menarik juga perlu mempunyai daya berfikir yang hebat iaitu dapat berfikir secara spontan dan pantas apabila ke udara di radio juga. Juruhebah mestilah sentiasa berfikir dan fokus semasa menjalankan kerja adalah hal yang sangat mustahak. Kemahiran berfikir secara spontan banyak dapat membantu para juruhebah radio terutama dalam menyelamat keadaan atau situasi yang tidak terduga.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Sentiasa relaks dan  tenang
Mereka yang bergelar seorang juruhebah radio juga mestilah sentiasa relaks dan tenang semasa mengendalikan sesuatu rancangan ataupun program di konti radio. Juruhebah radio mestilah bijak mengawal emosi dan beruasaha tidak mencampurkan adukan urusan kerja dengan peribadi apabila ke udara dan perlu lebih bersikap profesional dalam menjalankan tanggungjawab walaupun pada hakikatnya semasa ke udara mereka berada dalam tertekan dan stres dengan kata lain juruhebah itu mestilah bijak menguasai suasana terutamanya apabila mengendalikan rancangan yang disiarkan secara langsung. Seseorang yang agak kelam kabut, emosional dan cepat panik,  jika berminat untuk berkerjaya sebagai juruhebah radio yang hebat mestilah membuang dan  membaiki sikap sebegitu agar segala impian yang diimpikan tercapai.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Suara yang jelas dan sedap didengar
Mereka yang ingin berkerjaya sebagai seorang juruhebah radio mestilah memerlukan suara yang jelas, terang dan sedap didengar oleh para pendengar di luar sana. Seandainya seseorang juruhebah itu bijak dan petah dalam berbicara tau bercakap dengan penuh kejelasan mampu menarik pendengar agar terus mendengar rancangan yang mereka bawakan. Suara yang lemak merdu dan sesuai adalah suatu kelebihan utama untuk mereka yang berminat menjadi seorang juruhebah radio yang berjaya dan dikenali.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Kemahiran berkomunikasi yang baik dan lancar
Seseorang yang bergelar juruhebah radio mestilah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan lancar. Juruhebah yang mempunyai kemahiran berbahasa dalam banyak jenis bahasa juga dapat menarik perhatian pendengar mendengar kefasihan seseorang juruhebah itu berbahasa apabila bercakap. Antara bahasa yang kebiasaannya adalah bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Arab dan lain-lain lagi bergantung kepada jenis rancangan yang terdapat di stesen radio masing-masing. Komunikasi adalah elemen penting dalam kerjaya sebenar, tidak kiralah bidang kerjaya apa sekalipun.  Teknik komunikasi adalah pelbagai sama ada menggunakan tulisan seperti memo, surat, e-mel, dan akhbar, dengan bercakap seperti berbual, berbincang, bertemuramah, bertelefon atau mesyuarat dan lain-lain.



AURA SEORANG JURUHEBAH RADIO

Seseorang yang ingin bergelar seorang juruhebah radio yang hebat, diminati ramai dan terkenal sememangnya memerperlukan aura yang mampu menarik dan mencairkan hati pendengar radio. Antara berikut adalah kriteria-kriteria yang diperlukan untuk bergelar juruhebah yang hebat dan mempunyai aura di hati pendengar.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Personaliti menarik dan ceria
Juruhebah yang mempunyai nilai sikap dan personaliti yang tinggi dan hebat dan berpewatakan ceria mampu sebenarnya menarik perhatian pendengar untuk meminati juruhebah berkenaan seperti dj Linda Onn dari Radio Era, Abang Nas dari radio THR.FM, dj Tuah dari Suria.FM dan lain-lain lagi adalah di antara para juruhebah yang memiliki aura yang kuat dan disegani ramai. Juruhebah itu mestilah sentiasa mengekalkan imej kendiri yang baik, sikap yang sopan, pandai melayan karenah pendengar dan lain-lain.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Sense of humour
Seseorang yang mahu diri mereka disenangi dan disukai oleh orang lain terutamanya kerjaya yang memerlukan seseorang itu bercakap atau berkomunikasi serta bersosial dengan masyarakat yang pelbagai lapisan umur dan etnik, adalah memiliki nilai humor yang tinggi dan baik serta bijak menguasai suasana agar segalanya tertumpu kepada mereka. Kerjaya seorang juruhebah memerlukan sikap sebegitu untuk meletakkan seseorang itu mempunyai aura dan daya penarik. Humor yang diberi mestilah berisi serta mempunyai mesej yang ingin dibawakan dan bukanlah sekadar lawak bodoh sahaja. Antara juruhebah yang mempunyai nilai humor yang tinggi adalah Halim Othman dari Radio Sinar FM.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Kemahiran interpersonal
Kemahiran interpersonal yang perlu ada pada seorang juruhebah yang mempunyai ramai peminat dan daya penarik yang tinggi serta beraura adalah dengan memiliki kemahiran mendengar yang baik, kemahiran berkomunikasi, kemahiran melayan, kemahiran merespon dan lain-lain lagi.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Rendah diri
Juruhebah yang memiliki aura sebeni iaitu seorang yang merendahkan diri yang tidak mudah bangga diri ini juga dikatakan mampu disenangi oleh para pendengar radio seperti juruhebah radio THR.FM iaitu  Dj Rezlin. Sikap beliau itu cukup disukai dan digemari oleh pendengar setia radio tersebut terutamanya peminat di sekitar pantai timur.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Tidak lupa diri
Juruhebah yang tidak mudah lupa diri dan sentiasa berbijak di bumi yang nyata juga turut dikatakan mempunyai aura yang kuat dan memiliki ramai peminat setia. Para pendengar merasakan juruhebah sebegitu perlu dihormati dan disokong selalu.

<!--[if !supportLists]-->*      <!--[endif]-->Suara yang unik
Juruhebah yang memiliki suara yang unik dan lain daripada yang lain adalah dikatakan paling memberi aura kepada para pendengar. Tetapi istilah suara yang unik diberikan pendapat yang berbeza-beza di kalangan pendengar radio tanah air terutamanya. Kadangkala ada di kalangan pendengar gemarkan juruhebah yang bersurau jantan, garau, lemak merdu, manja, sengau, matang, dan keanak-anakkan. Namun sebenarnya terpulang kepada citarasa pendengar itu sendiri. Antara juruhebah yang memiliki suara yang unik adalah Rostam dari Radio Era, Farah Fauzana dari Radio Hot FM dan Abang Erwan dari Radio IKIM.FM.

KELAYAKAN AKADEMIK

Seperti yang kita biasa dengar dan lihat, ada juga di kalangan juruhebah radio ada yang berkelayakan tinggi seperti di peringkat ijazah hingga ke bawah juga. Tiada kelayakan spesifik tetapi kelayakan dalam bidang penyiaran dan pengetahuan dalam bidang teknikal adalah sangat penting. Mereka perlu mempunyai suara yang jelas dan sedap didengar dan mungkin dikehendaki lulus ujian suara.

Pengalaman yang berguna termasuk pengalaman berkerja dalam bidang jurnalisme, pemasaran, penyiaran dan komunikasi massa turut dijadikan kriteria utama dalam bidang ini.  Bagi sesetengah stesen radio di dalam negara kita, memerlukan kelulusan serta mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Komunikasi Massa atau bidang-bidang berkaitan. Pengalaman kerja juga turut menjadi salah satu kriteria penting dalam merealisasikan impian menjadi seorang juruhebah yang berjaya.

Bagi pelajar yang masih diperingkat persekolahan terutamanya yang benar-benar berminat dalam bidang dan kerjaya sebagai juruhebah radio suatu hari nanti pastikan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ) anda mendapat minima kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Enggeris. Kefasihan dalam berbahasa kebangsaan dan satu bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris adalah diberi perhatian untuk kelayakan mengikuti pengajian seperti dalam bidang yang berkaitan dengan kerjaya sebagai juruhebah radio iaitu seperti jurusan komunikasi massa (pengiklanan), pemasaran, jurnalisme, teknologi maklumat dan lain-lain yang berkaitan.

Namun begitu ada juga sesetengah stesen radio yang mengambil pekerja sebagai juruhebah dalam jurusan yang berlainan kerana mungkin tema stesen yang mereka bawakan. Sebagai contoh stesen radio IKIM.FM, yang mana stesen tersebut menginginkan bakal juruhebah mereka di kalangan graduan ijazah sarjana muda dalam bidang agama seperti syariah, usuluddin, arab, ilmu wahyu dan lain-lain lagi berserta dengan minat, kebolehan dan pengalaman. Oleh yang demikian, jenis jurusan adalah bergantung kepada tema dan konsep sesebuah stesen radio itu sebenarnya.

PUSAT PENGAJIAN YANG MENAWARKAN KURSUS BERSESUAIAN DALAM KERJAYA SEBAGAI JURUHEBAH RADIO.

            Berikut adalah pusat-pusat pengajian tinggi yang kebiasaannya menawarkan kursus yang bersesuaian dengan kerjaya sebagai juruhebah radio. Kursus-kursus yang ditawarkan sebenarnya meliputi permintaan rangkaian stesen radio tempatan tanahair iaitu seperti jurusan Penyiaran, Pemasaran, Jurnalisme, Komunikasi, Syariah, Usuludin dan Arab.


7.1 Jadual : Senarai IPT yang menawarkan jurusan-jurusan yang berkaitan.

Bil
Nama IPT
Jurusan
Tahap
1.
Universiti Teknologi Malaysia (UiTM)
Komunikasi Massa
Jurnalisme
Diploma dan ijazah
2.
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Komunikasi Massa

Diploma dan ijazah
3.
Universiti Sains Malaysia (USM)
Komunikasi Massa

Diploma dan ijazah
4.
POLITEKNIK seluruh Malaysia
  1. Politeknik Kota Bharu,Kelantan
  2. Politeknik Sebarang Perai,Penang
  3. Politeknik Sultan Azlan Shah, Pahang.
  4. Politeknik Shah Alam, Selangor
Pemasaran
Diploma
5.
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Pemasaran
Diploma dan Ijazah
6.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Pemasaran
Diploma dan Ijazah
7.
Cosmopoint
Komunikasi massa
Pemasaran
Diploma dan Ijazah
8.
Universiti Islam Malaysia (UIAM)
Syariah, Usuludin dan Arab
Diploma dan ijazah
9.
Kolej Universiti Zainal Abidin (KUSZA)
Syariah, Usuludin dan Arab
Diploma
10.
Universiti Al-Azhar Mesir
Syariah, Usuludin dan Arab
Ijazah



<!--[if !supportLists]-->8.0    <!--[endif]-->ANGGARAN PENDAPATAN

Berikut adalah anggaran gaji atau pendapatan yang kebiasaannya diberikan kepada graduan yang memiliki ijazah sarjana muda berkaitan serta pengalaman yang calon ada dalam bidang berkaitan seperti bidang penyiaran, pengiklanan, kewartawanan dan sebagai.


Graduan                                  RM 2,200.00 –RM 2,500.00
Pengalaman > 5 tahun             RM 3,000.00 – RM 6,000.00
Pengalaman > 10 tahun           > RM 6,000.00


*Maklumat gaji tidak termasuk komisen atau elaun. Hal ini tertakluk kepada perubahan faktor seperti syarat pekerjaan dan kemahiran yang dimiliki. Sila rujuk Gaji Permulaan. (Amin Hazyq (2007).


Namun bagi sesetengah juruhebah radio yang tidak mempunyai kelulusan dalam ijazah sarjana muda pula, kebanyakannya bergantung kepada pihak pentadbiran stesen radio tersebut kerana jika dulu tiada kelayakan spesifik dalam menjadi seorang juruhebah radio tetapi kelayakan dalam bidang penyiaran dan pengetahuan dalam bidang yang berkaitan seperti teknikal dan sebagainya adalah sangat penting. Bagi mereka yang berminat bekerja sebagai juruhebah perlu mempunyai suara yang jelas dan sedap didengar dan kemungkinan mereka dikehendaki mengambil ujian suara dan perlu lulus ujian suara tersebut.


Kebiasaanya gaji yang ditawarkan oleh seseorang yang bergelar graduan paling minimal adalah RM1,000.00. Hal ini kerana, syarikat kebiasaannya tidak mengetahui keupayaan sebenar calon itu. Jika calon tersebut melakukan kerja dengan baik dan teratur gaji mereka pastinya kan dinaikkan dari masa ke semasa. Antara perkara-perkara yang dipertimbangkan sebelum memberikan gaji kepada pekerja adalah seperti mengenai kadar pengeluaran dan permintaan dalam ekonomi yang mana melibatkan jumlah pengganguran dan lain-lain yang berkaitan, perjanjian pekerjaan, gaji terkini calon yang memohon, gaji internal yang kompetitif, pengetahuan dan kebolehan pekerja atau pengalaman lain yang berguna. (Amin Hazyq (2007).

Selain daripada itu majikan juga mengambil kira perkara seperti keuntungan syarikat iaitu jika syarikat mempunyai keuntungan yang besar maka gaji kepada para pekerja juga adalah besar dan begitulah sebaliknya, polisi syarikat di mana ia bergantung kepada pakej yang diberikan iaitu mengenai gaji dan faedah lain seperti elaun dan sebagainya, perbandingan gaji dengan syarikat lain dan lain-lain. (Amin Hazyq (2007).

Oleh sebab itu, ada banyak faktor yang perlu diambil kira oleh seseorang majikan untuk mengambil seseorang bekerja sehingga mereka pasti anda adalah calon yang sesuai dan layak. Mereka turut membandingkan pengalaman, kelayakan dan kemahiran calon berbanding dengan kakitangan yang sedang melakukan pekerjaan yang sama.

Panduan yang disediakan bertujuan untuk membuka jalan bagi anda, terutama sekali  pelajar-pelajar yang masih belum tahu arah tujuan karier anda masing-masing. Jangan terburu-buru dalam membuat keputusan tapi luangkanlah sedikit masa untuk berfikir dan bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman tentang kerjaya yang anda minati.
Jika betul-betul meminati bidang ini iaitu sebagai seorang juruhebah radio, tanamkanlah azam dan belajarlah bersungguh-sungguh hingga mencapai kelayakan yang diperlukan. Sebagai seorang juruhebah radio kita akan berpeluang bertemu dan mengenali dengan pelbagai golongan masyarakat.

Kerjaya yang diperolehi haruslah berupaya untuk memberi anada kepuasan, sama ada daripada segi emosi dan material. Jika tidak, anda akan melakukan kerja tanpa komitmen yang ikhlas.




















5 comments:

  1. macam mana nak jadi seorang peguam selepas tamat spm.....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Contoh kerjaya yang berkaitan dengan sejarah dunia ?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum sy belajar Dalam jurusan sains gunaan Teknologi Sumber hutan,adakah sy layak untuk memohon pekerjaan ini?

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah 🤲 satu rumusan yang baik..👍👍

    ReplyDelete