Sunday 11 March 2012

Kerjaya Doktor Gigi


<!--[if !supportLists]-->2.0              <!--[endif]-->ASPEK ETIKA PERUBATAN

Ada dua aspek di dalam etika perubatan. Satu bahagian memfokus kepada isu yang dihadapi oleh doktor semasa interaksinya dengan pesakit. Ini adalah etika klinikal yang menyentuh pertimbangan dan keputusan yang diambil semasa merawat pesakit, atau berinteraksi dengan doktor lain atau kakitangan kesihatan yang lain.

            Satu bahagian lagi memfokus kepada isu-isu yang menyentuh dasar umum perubatan dalam masyarakat umpamanya isu pengguguran, pengagihan sumber kesihatan secara adil, perlindungan manusia dalam penyelidikan dan sebagainya. Aspek ini kerapkali disebut sebagai etika biomedikal. Etika biomedikal kerapkali diiringi oleh perundangan.

<!--[if !supportLists]-->2.1              <!--[endif]-->Sejarah Etika Perubatan

Sejak dari zaman dahulu lagi sudah terdapat pelbagai sistem perundangan yang cuba mengawal amalan para doktor. “Code of Laws of Hammurabi (1790 B.C.)” mengawal bukan sahaja upah yang perlu dibayar tetapi menetapkan bahawa rawatan yang berjaya dibayar mengikut kemampuan pesakit. Jika rawatan tidak berjaya doktor dihukum kudung. Dari abad keempat (B.C.) lagi Ikrar Hippocrates telah menunjukkan betapa profesion perubatan mengambil berat untuk mewujudkan satu piawai tingkah laku atau kesusilaan yang menyentuh bukan sahaja perhubungan antara doktor dan pesakit, tetapi juga guru dan pelajar perubatan. Suatu cadangan oleh Thomas Percival di England pada tahun 1789 menjadi asas kod tingkah laku doktor masa kini. Dengan adanya satu tidak berkelayakan dengan mewujudkan suatu pendaftaran perubatan. Pada zaman kuno etika perubatan lebih menekankan kewajipan dan tanggungjawab doktor kepada pesakitnya. Di zaman moden ini, kewajipan profesion ini telah diubahsuaikan dengan penggubalan Pengisytiharan Geneva pada tahun 1974 oleh Pertubuhan Perubatan Sedunia.

Susulan daripada Deklarasi ini beberapa kod lain telah digubal untuk tujuan tertentu:

Kod Nuremburg (1950) mengenai siasatan klinikal.
Kod Helsinki (1964) mengenai eksperimen ke atas manusia.
Kod Sydney (1968) mengenai penetapan kematian.
Kod Oslo (1970) mengenai pengguguran terapeutik.

Kod Nuremburg digubal susulan daripada kecuaian, kekerasan dan kekejaman yang berlaku dalam amalan perubatan semasa Perang Dunia  Kedua yang membuat bermacam-macam eksperimen dan pencerobohan terhadap manusia. Kod ini memulakan era baru dalam amalan perubatan. Kini autonomi pesakit menjadi fokus utama dan prinsip yang dipegang adalah setiap insan yang dewasa dan berfikiran waras mempunyai hak memilih dan menentukan apa yang hendak dilakukan ke atas badannya. Etika perubatan dikaji dari masa kesemasa selaras mengikut kemajuan dalam teknologi perubatan. Umpamanya, teknologi pemindahan organ telah memerlukan para doktor membuat definisi baru kepada istilah kematian, permanian beradas telah membolehkan persenyawaan luar nikah, dan persenyawaan in vitro telah menimbulkan masalah nyawa yang hidup dalam tabung uji dan ibu tumpangan.




TUGAS-TUGAS DOKTOR GIGI

Kerjaya sebagai doktor gigi adalah satu kerjaya yang sangat mencabar dan memerlukan kekuatan dari segi mental dan juga fizikal. Di sini disenaraikan beberapa tugas yang wajib dilakukan oleh setiap para doktor gigi di Malaysia. Tugas yang pertama yang perlu dilakukan oleh doktor gigi ialah membuat pemeriksaan ke atas pesakit perlu mengetahui apa jenis kerosakkan gigi yang dihadapi oleh pesakit dan setelah selesai membuat pemeriksaan ke atas pesakit tersebut doktor gigi perlu memberikan rawatan sewajarnya keatas pesakit tersebut. Selain daripada itu tugas doktor gigi juga perlulah menentukan jenis penyiasatan untuk mengetahui punca masalah yang dihidapi oleh pesakit. Jika pesakit menunjukkan tanda – tanda yang agak serius doktor gigi perlulah membuat prosedur lanjutan dalam menyiasat penyakit pesakit seperti pemeriksaan radiografi, pemeriksaan darah dan sebagainya.

Selepas mengetahui punca yang dihidapi oleh pesakit tersebut doktor gigi perlulah memberi penerangan kepada pesakit berkaitan dengan penyakitnya dan jika penyakit pesakit tersebut menghidapi penyakit yang agak kronik maka doktor gigi perlulah menentukan di mana pesakit tersebut perlu menjalani rawatan di klinik-klinik pakar yang berkenaan. Selain daripada itu juga, doktor gigi perlulah memberi rawatan yang terbaik kepada pesakitnya dan memberi ubat dengan preskripsi ubat yang bersesuaian dengan pesakit. Ini bertujuan agar pesakit tidak mendapat ubat yang melebihi dos yang disyorkan. Jika pesakit tersebut memerlukan surat pengesahan doktor untuk membuat tuntutan kos rawatan kepada syarikat yang pesakit tersebut berkerja maka doktor perlulah membuat laporan tersebut.

Selain daripada membuat pemeriksaan keatas pesakit, doktor gigi juga bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran. Di antara urusan pentadbiran ialah doktor gigi perlulah menghadiri menghadiri sesi audit untuk membincangkan kes-kes tertentu seperti kes-kes yang serius yang dihidapi oleh para pesakit, tentang rawatan dan membaiki mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit dan juga membincangkan  perkembangan terbaru  berkaitan dengan dunia pergigian. Doktor gigi juga perlu membantu dalam membuat pengubalan dan juga menbuat perancangan unit

Selain itu juga, doktor gigi juga perlu membantu dalam membuat pemantauan perkhidmatan klinikal. Ini adalah selaras dengan dasar etika dalam perkhidmatan sosial. Dalam kesibukkan membuat pemeriksaan keatas para pesakit dan juga bahagian pentadbiran doktor gigi juga bertanggungjawab dalam menyelia dan juga membimbing staff klinikal dan juga kejururawatan agar perjalanan kedua-dua staff ini berjalan dengan lancar. Doktor gigi juga membantu di dalam mengurus kes – kes yang berkaitan dengan “medico-legal”.





 PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

            Doktor gigi adalah merupakan salah satu kerjaya yang mencabar dalam menangani permasalahan berkaitan dengan gigi.Oleh itu, dalam menghadapi cabaran yang telah diberikan itu, seorang doktor perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang baik dan sempurna begitu juga dengan doktor dalam bahagian pergigian. Terdapat dua aspek pengetahuan dan kemahiran yang perlu diketahui oleh seorang doktor dalam menghadapi situasi yang akan mereka hadapi iaitu aspek umum dan khusus.



 Aspek Umum
           
            Di dalam bahagian aspek umum ini terdapat beberapa kemahiran yang perlu ada di dalam diri setiap orang doktor iaitu yang pertama kemahiran berkomunikasi secara berkesan. Ini kerana aspek komunikasi adalah aspek yang terpenting sekali yang perlu ada oleh doktor gigi. Ini kerana dengan komunikasi yang baik akan menyebabkan pesakit tersebut rasa diambil berat oleh doktor dan ini akan memudahkan doktor gigi untuk mengetahui punca kesakitan yang dialami oleh pesakit. Terdapat beberapa kemahiran berkomunikasi yang berkesan iaitu apabila pesakit masuk untuk berjumpa dengan doktor maka doktor perlulah menggunakan dengan nada yang lembut dan bersopan santun apabila memulakan perbualan seperti bertanya khabar dan seterusnya bertanya tentang kesakitan yang dialami oleh pesakit.
            Selain daripada itu juga, doktor gigi perlulah bertanya dan menjawab soalan kepada pesakit dengan jawapan yang ringkas dan mudah difahami. Ini kerana takut berlakunya punca salah faham diantara pesakit dengan doktor. Oleh yang demikian itu, para doktor perlulah menjawab apa yang dikemukakan oleh pesakit dengan penuh yakin dan tidak teragak – agak. Selain itu, kemahiran menyelesaikan maslalah dan membuat keputusan dalam masa yang singkat, cepat dan betul perlu ada dalam diri setiap doktor gigi. Ini kerana doktor gigi perlu berurusan dengan ramai lagi pesakit yang sedang menunggu untuk mendapatkan khidmat rawatanya.
            Selain daripada kemahiran berkomunikasi dengan cekap dan berkesan. Setiap doktor gigi perlulah mengetahui dan juga memahami mengenai pekeliling pekeliling yang berkaitan dan Perintah Am Bab A, B, C, D, E, F, dan G. Di dalam Perintah Am tersebut mengandungi larangan – larangan yang perlu dipatuhi oleh setiap doktor gigi. Setiap doktor gigi perlulah bersikap terbuka dengan apa jua situasi yang berlaku ini kerana sesetengah pesakit datang dengan emosi yang tidak stabil maka doktor gigi perlulah memahami persakit tersebut. Doktor gigi juga perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam menangani masalah pesakit dan bijak menguruskan stress.
            Selain daripada kemahiran di atas, kemahiran  teknologi maklumat juga penting. Ini selari dengan teknologi perubatan yang berkembang dengan pesat ini. Kerjaya doktor gigi ini juga memerlukan seseorang itu berkerja di dalam satu kumpulan dan mampu memberi arahan kepada staff – staff bawahan.
           
 Aspek Khusus
           
Di dalam aspek khusus pula, doktor gigi perlu mengetahui beberapa perkara iaitu yang pertama  mengenai etika pergigian. Selain daripada itu, kerjaya doktor gigi memerlukan kemahiran menulis rekod pergigian dan juga kemahiran asas kes ‘mediccolegal’. Doktor gigi juga memerlukan kemahiran untuk menilai kes – kes yang perlu dirujuk kepada pakar, ini kemungkinan penyakit yang dihidapi oleh pesakit mungkin dalam keadaan serius. Selain daripada itu juga doktor gigi juga tahu untuk mengendalikan kemahiran asas CPR. Ini adalah persedian untuk setiap doktor tahu menggunakan kemahiran ini jika berlaku perkara yang tidak diingini keatas pesakit. Kemahiran dalam menyebarkan maklumat dan pengetahuan kesihatan kepada pesakit dan orang awan juga penting untuk doktor gigi mengetahuinya dan yang terakhir sekali setiap doktor gigi juga perlu tahu mengetahui kemahiran dalam pentadbiran klinikal.
                           

 KELAYAKAN DOKTOR GIGI
Sebelum seseorang itu layak bergelar sebagai doktor gigi. seseorang itu perlulah memiliki kelayakaan seperti yang disenaraikan di bawah.
            Kelayakan
<!--[if !supportLists]-->i)                    <!--[endif]-->Ijazah dalam Ilmu Pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia. 
            [Gaji permulaan ialah pada Gred U41:P1T5 RM2366.55] atau
<!--[if !supportLists]-->ii)                  <!--[endif]--> Ijazah dalam Ilmu Pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan dan telah berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia berdasarkan seksyen 12(3) Akta Pergigian 1971.   [Gaji Permulaan ialah pada Gred U41: P1T5 RM2366.55] dan
<!--[if !supportLists]-->iii)                <!--[endif]--> Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Rajah 1: Senarai Gaji Doktor Gigi

Gred
Anggaran gaji kasar permulaan
( paling minimum )

Elaun pakar

*Elaun perumahan
JUSA
RM 6,135.80
RM 2,400
RM 2,500
DU54
RM 4,300.00
RM 2,200
RM 1,100
DU52
RM 3,980.56
RM 2,200
RM 1,100
U54
RM 4,572.25
RM 1,800
RM 1,100
U52
RM 4,341.10
RM 1,800
RM 700
U48
RM 3,835.51
RM 1,700
RM 700
DU 45
RM 2,485
RM 1,500
RM 700
U44
RM 2,633.83
RM 1,400
RM 600
U41
RM 1,783.43
-
RM 300
*Elaun Perumahan Bergantung Kepada Negeri Bertugas


 7.0              INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG MENAWARKAN PROGRAM  
           DOKTOR PERGIGIAN DI MALAYSIA
Institusi-institusi pengajian yang menawarkan program Doktor               
Pergigian:
i ) Institut Pengajian Tinggi Awam
<!--[if !supportLists]-->v  <!--[endif]-->Universiti Sains Malaysia
<!--[if !supportLists]-->v  <!--[endif]-->Universiti Kebangsaan Malaysia
<!--[if !supportLists]-->v  <!--[endif]-->Universiti Malaysia
<!--[if !supportLists]-->v  <!--[endif]-->Universiti Teknologi Malaysia
<!--[if !supportLists]-->v  <!--[endif]-->Universiti Malaysia Sabah
<!--[if !supportLists]-->v  <!--[endif]-->Universiti Malaysia Sarawak
<!--[if !supportLists]-->v  <!--[endif]-->Universitit Putra Malaysia
<!--[if !supportLists]-->v  <!--[endif]-->Universiti Teknologi Mara



ii ) Institut Pengajian Tinggi Swasta
<!--[if !supportLists]-->v  <!--[endif]-->Fakulti Perubatan Universiti Sedaya
<!--[if !supportLists]-->v  <!--[endif]-->Medicine, Nursing And Health Science University Monach
<!--[if !supportLists]-->v  <!--[endif]-->Asian Institute of  Medicine, Science and Technology
<!--[if !supportLists]-->v  <!--[endif]-->Allianze College of Medical Science
<!--[if !supportLists]-->v  <!--[endif]-->Cyberjaya University College of Medical Sciences


PERSOALAN BERKAITAN DENGAN KERJAYA DOKTOR GIGI
            Bagi sesiapa yang berminat menjadi doktor, pastikan persoalan ini terjawab
            1 ) Apa yang membuatkan saya berminat menjadi doktor gigi ?.
Soalan seperti ini penting sebagai permulaan bagi mencapai sesuatu objektif. Jawapan bagi soalan ini dijadikan pendorong utama dalam memacu ke arah kejayaan. Jawapan yang perlu dielakkan adalah berbentuk meterialistik dan kerana ‘dipaksa’ menjadi doktor oleh kedua orang tua. Perlu diingati tanggungjawab sebagai doktor adalah besar dan memerlukan daya komitmen yang tinggi. Sentiasa jadikan keikhlasan bagi membantu insan yang berada dalam kesusahan sebagai pendorong utama. Apa yang penting adalah niat kerana Illahi dan membantu mendekatkan diri kepadanya. Semangat seperti ini serta keikhlasan dalam memikul tanggungjawab serta ketekunan menimba ilmu daripada pesakit dan kelas yang dihadiri.

2 ) Apakah yang perlu saya lakukan sebelum membuat keputusan ?.
Membuat sesuatu keputusan adalah ibarat memilih jalan di persimpangan kehidupan. Seseorang itu perlu ,mengambil sedikit masa melawat ke hospital dan melihat secara dekat bagaimana seorang doktor bertugas menyabung nyawa menyelamatkan pesakit. Oleh demikian itu, adalah tidak memadai dengan hanya melihat situasi di televisyen dan perlu disaksikan secara langsung. Selain daripada itu berjumpalah dengan doktor dan dapatkan penjelasan bagaimana tugas seorang doktor itu. Selain itu, fungsi dan tugas doktor adalah bergantung kepada kepakaran yang dimilikinya.  

            3 ) Anda telah membuat keputusan menjadi doktor gigi?.
                        Jika anda telah membuat keputusan untuk menjadi doktor gigi, anda telah   mempunyai objektif anda dan anda perlulah menyediakan pelan tindakan. Ini patut dimulakan dengan mengetahui tempoh masa yang anda ada sebelum layak ke sekolah perubatan. Siapkan diri anda dengan memastikan anda mengikuti aliran sains atau yang berkaitan. Selain daripada itu, anda perlulah memperkukuhkan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan anda dan kalau mampu dedahkan diri dengan sedikit pengetahuan berkaitan dengan perubatan. Mulakan membaca artikel di surat khabar yang berkaitan dengan perubatan. Ini adalah penting kerana apabila anda bertemu dengan ahli komuniti perubatan, anda tidak akan berasa asing kerana anda menpunnyai sedikit pengetahuan tentang sesuatu penyakit atau terma perubatan yang digunakan. Penguasan bahasa inggeris adalah satu kemestian dalam bidang perubatan. Selain daripada itu, anda perlu menetapkan matlamat hidup untuk menjadi mencapai cita – cita yang diidamkan. Kenal pasti idola anda. Ramai di kalangan pakar perubatan yang mencipta nama di persada antarabangsa dan menjadi ikon kebanggan negara.



 PERKARA YANG MENARIK BERKAITAN DENGAN KERJAYA 
        DOKTOR PERGIGIAN
            Setiap kerjaya yang diceburi terdapat beberapa perkara yang menarik untuk kita memilih kerjaya tersebut. Tidak kurang juga dengan kerjaya sebagai Doktor Gigi. Terdapat beberapa perkara yang menarik berkaitan dengan kerjaya sebagai Doktor Gigi iaitu :
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Dapat mengetahui setiap organ manusia dan juga fungsi-fungsi organ tersebut.
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Dapat meningkatkan kemahiran dalam membuat keputusan yang drastik.
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Dapat berinterksi dengan orang ramai ataupun pesakit.
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Mudah untuk melanjutkan pelajaran bagi mendalami ilmu perubatan.
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Gaji dan elaun yang tinngi ditawarkan oleh hospital swasta dan juga hospital kerajaan.
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik dan memperolehi pahala dari Allah S.W.T.

Bidang perubatan adalah bidang yang sangat mencabar dan memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi. Terdapat beberapa cabaran yang perlu ditempuhi oleh setiap individu yang ingin memilih kerjaya sebagai doktor gigi. Cabaran yang pertama ialah cabaran meningkatkan pengetahuan diri, ini kerana bidang perubatan adalah tidak statik dan ia adalah bidang sains yang dinamik. Cabaran yang kedua ialah menguruskan pesakit dimana setiap hari pesakit didedahkan denagn pelbagai maklumat menerusi media dan internet dan pelbagai sumber lain dan ia perlu dinilai dan dipastikan kesahihanya. Cabaran utama seorang doktor ialah memulihkan pemahaman seseorang pesakit tentang konsep yang salah. Cabaran yang ketiga ialah sebagai pemimpin pasukan. Tidak dinafikan sebagai doktor seseorang itu perlu bertindak sebagai ketua dalam pasukan merawat. Selain daripada itu, cabaran yang keempat ialah risiko jangkitan kuman berbahaya. Ini kerana doktor adalah pekerjaan yang berbahaya yang berisiko tinggi mendapat HIV ataupun TB. Banyak kejadian yang berlaku adalah punca daripada kelalaian doktor itu sendiri. Cabaran yang terakhir sekali ialah cabaran waktu kerja yang tidak menentu. Ini adalah kerjaya seseorang doktor memerlukan seseorang itu bersedia dalam apa jua keadaan dalam merawat pesakit. Sehubungan dengan itu seseoarang itu perlu bersedia dari aspek fizikal dan mental apabila ingin menjadi doktor gigi mahupun doktor perubatan. Ini kerana kerjaya sebagai doktor gigi memerlukan komitmen dan semangat yang tinggi.




8 comments:

  1. Terima kasih atas pendedahan tentang kerjaya sebagai doktor gigi. Sangat membantu.

    ReplyDelete
  2. ya ! sangat membantu. thanks in advance ! :)

    ReplyDelete
  3. tq so much... may Allah bless u

    ReplyDelete
  4. We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833


    Regards
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum admin,
    kalau bagi saya yang baru lepasan spm ni, course apa yang saya perlu ambil sebagai laluan untuk menjadi doktor gigi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, minta izin tumpang iklan ya admin

    PELUANG UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN DILUAR NEGARA DALAM BIDANG MEDIC DAN DENTISTRY!!

    ====================================================

    1) IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN DI MESIR
    (Mansoura University-Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery secara kerjasama dengan University of Manchester, United Kingdom/ Alexandria University/ Al Azhar University)

    2) IJAZAH SARJANA MUDA PERGIGIAN DI MESIR
    (Mansoura University/ Alexandria University)


    3) IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN & PEMBEDAHAN DI BANGLADESH
    (Mymensingh Medical College)

    4) IJAZAH SARJANA MUDA PERGIGIAN DI BANGLADESH
    (Dhaka Dental College)
    Syarat kelayakan : Asasi/Matrikulasi/A-Level/Diploma PNGK/CGPA 3.0

    5) IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN DI RUSIA
    (Kursk State Medical University (KSMU))
    Syarat kelayakan : Asasi/Matrikulasi/A-Level/Diploma PNGK/CGPA 3.0

    Hubungi Nazrin, educaton consultant di talian 011-14799976, atau boleh review page FB sy "Belajar Medic Dentistry Luar Negara".
    Terima kasih, assalamualaikum.

    ReplyDelete