Sunday 11 March 2012

Kerjaya Arkitek Lanskap



Pengenalan

Senibina Landskap (Landscape Architecture) adalah satu profesion yang diiktirafkan sebagai satu bidang kerja yang tertumpu kepada rekabentuk persekitaran luaran (External Spaces), pembinaannya, serta kerja-kerja berkaitan untuk memastikan kerja-kerja tersebut adalah bersesuaian dengan fungsi dan kegunaan (Function & Use) sesuatu kawasan. Ianya menitik beratkan rekabentuk persekitran alam yang melibatkan kerja-kerja seperti analisis setempat, perancangan dan pemilihan tapak untuk pembangunan, rekabentuk, susun atur tapak serta pengawasan terhadap pembangunan sesuatu projek. Sejak kebelakangan ini skop profesion ini juga meliputi bidang rekabentuk bantuan komputer (CAD), perancangan ekologi, kajian mengenai persekitaran alam dan tempat-tempat yang mempunyai nilai sejarah.

Bidang arkitek landskap juga ialah satu bidang yang berkaitan dengan pengajian sains dan seni dan ianya adalah satu profesion yang menekankan pertalian di antara alam binaan dan alam tabie dengan mengambil kira kedua-duanya dalam konteks kehidupan manusia sejagat. Dari segi pentakrifan bidang ikhtisas rekabentuk landskap bolehlah ditakrifkan sebagai seni dan sains mengubahsuai kawasan persekitaran dengan mengatur dan mengambil kira unsur-unsur semulajadi, tumbuhan serta binaan mengikut suatu rancangan estetik dan teknik yang menyeluruh. Peranan arkitek landskap (landscape architect) akan menjadi bertambah penting dengan pemesatan proses urbanisasi dalam tekad kerajaan mencapai matlamat wawasan 2020.

Sebagai bidang kerja yang menggabungkan unsur-unsur 'seni dan sains', arkitek landskap adalah salah satu profesion yang memerlukan kefahaman saintifik dan seni dalam mewujudkan alam bina bagi penghidupan manusia. Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1995 (pindaan), telah menekan pentingnya peranan yang akan dimainkan oleh bidang landskap dalam proses pemajuan. Malah Jabatan Landskap Negara baru sahaja ditubuhkan oleh kerajaan atas sebab kesedaran ini. Pihak berkuasa perancang tempatan di Malaysia memandang serius terhadap pentingnya pelan-pelan landskap dikemukakan bagi mana-mana projek yang hendak dimajukan sebelum kebenaran menjalankan kerja-kerja tanah dimulakan. Namun demikian pelaksanaan peraturan ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya disebabkan kekurangan kakitangan yang terlatih sebagai seorang arkitek landskap yang profesional sama ada di pihak swasta atau kerajaan. Keperluan pakar dalam bidang landskap tidak dapat dinafikan pada masa kini dengan kepesatan pembangunan yang tinggi di pelbagai sektor perumahan, industri, perhutanan, lebuh raya, perlombongan, pelancongan dan taman-taman rekreasi.

Bidang arkitek landskap adalah penting dalam proses pembangunan kawasan-kawasan kediaman, komersial, industri dan rekreasi. Ini jelas terbukti dengan perkembangan kawasan-kawasan pembangunan yang meningkat pada kadar 35 peratus (%) setahun. Jika pembangunan ini tidak dikawal dengan pengindahan landskap yang sempurna, ia akan mewujudkan suatu suasana alam sekitar tandus, kering dan tidak bermaya. Justeru itu perancangan, rekabentuk dan pengurusan landskap yang profesional akan menampilkan suasana persekitaran bagi penghidupan manusia sejagat secara lebih inovatif dan berdaya maju. Pengajian landskap antara lain merangkumi isu guna tanah dan perancangan alam sekitar, perancangan dan rekabentuk tapak dan permasalahan tanah dan pengurusan landskap.

1.0         PROFESION ARKITEK LANDSKAP

Keterbatasan pemahaman profesion arkitek landskap pada suatu masa dahulu kini telah mula menampakkan keperluannya pada masa kini. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, para arkitek landskap biasanya sejak awal-awal lagi menjadi ahli integral kepada pasukan ikhtisas yang bertanggungjawab merancang, merekabentuk dan melaksanakan projek-projek pembangunan. Peranan serta sumbangan para arkitek landskap, dalam keseluruhan perancangan dan merekabentuk alam sekitar adalah mustahak. Namun begitu, senario tersebut di Malaysia adalah agak berlainan. Pada suatu ketika dahulu, peranan para arkitek landskap tidak langsung diambilkira dan diberi tempat dalam keseluruhan merancang, merekabentuk dan melaksanakan projek-projek pembangunan alam sekitar. Industri Binaan dijangka berkembang pada kadar purata 8 peratus setahun sehingga 2020. Jangkaan ini selari dengan hasrat kerajaan supaya Malaysia menjadi negara maju pada tahun tersebut.

Dalam masa lima tahun yang akan datang, industri pembinaan akan berkembang dengan begitu rancak. Dalam Rancangan Malaysia Ketujuh, telah dijangkakan bahawa 16,100 km jalan akan dibina; 800,000 rumah akan didirikan; pelaburan di dalam industri pembuatan dijangka mencecah RM110 billion; pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia diramalkan meningkat sebanyak 9.6 peratus setiap tahun sehingga mencapai 12.5 juta orang pada tahun 2000 dan sejumlah RM2.6 billion akan dibelanjakan untuk meningkat perkhidmatan kesihatan negara. Projek-projek besar seperti Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang memberi penekanan yang amat tinggi kepada persekitaran. Justeru itu, permintaan untuk kepakaran bidang landskap akan meningkat bagi tahun-tahun yang akan datang.

Pembangunan landskap di Malaysia berkembang dengan kadar yang begitu cepat sekali. Pembangunan industri binaan yang juga berkembang dengan begitu pesat telah juga memungkinkan profesion ini mendapat kesan limpahan walaupun terpaksa menghadapi keterbatasan yang tertentu.

1.0  TUGAS SEBAGAI ARKITEK LANDSKAP

Bidang tugas seorang Arkitek Landskap terbahagi kepada empat skop utama, iaitu Kajian Perancangan Pelan Induk, Kajian Pelan-Pelan Tempatan dan Struktur, Kajian Kebekesanan Alam Sekitar (EIA) dan Projek-Projek Landskap spesifik.

  1. Perancangan Pelan Induk
Didalam skop kerja ini, Arkitek Landskap bersam-sama dengan ahli-ahli iktisas yang lain bekerjasama dalam mewujudkan konsep pembangunan dan perancangan pelan induk berdasarkan kepada faktor-faktor alam sekitar serta sumber-sumber landskap sedia ada serta menyediakan cadangan awal pembangunan termasuklah penyediaan pelan induk landskap, kos pembangunan dan strategi-strategi pembangunan landskap yang mengambilkira perancangan keseluruhan pembangunan.

  1. Kajian Pelan Tempatan dan Struktur

Berdasarkan kepada Akta Perancangan Bandar, salah satu aspek kajian ialah landskap dan kawasan persekitarannya, sumber-sumber landskap sedia ada, serta mengariskan panduan pembangunan landskap untuk digunapakai oleh Kerajaan Tempatan, Projek-Projek serta kos pembangunan landskap yang dikenal pasti untuk dimajukan dibawah Kerajaan Tempatan.

  1. Kajian Keberkesanan Alam Sekitar (EIA)

Aspek landskap meliputi kajian nilai landskap dan kawasan persekitarannya semasa sama ada ianya dipelihara ataupun perlu digantikan landskap yang baru berdasarkan kepada keperluan pembangunan tersebut. Nilai-nilai positif dan negatif akan dikaji dan juga perlu atau satu pelan pembangunan landskap yang menyeluruh perlu sidediakan bagi mengurangkan kesan-kesan negatif alam sekitar yang wujud akibat daripada pembangunan satu-satu projek

  1. Projek-Projek Landskap Spesifik
Skop kerja ini merupakan tugas typikal dan tugas utama ialah merancang dan merekabentuk landskap kawasan-kawasan seperti berikut:
  • Perumahan / Kondominium
  • Pejabat / Perindustrian / Kompleks
  • Perdagangan
  • Pinggir Sungai, tasik, laut / empangan
  • Sistem laluan pejalan kaki, basikal / kenderaan
  • Kawasan tinggalan sejarah
  • Tebus guna tanah / tanah terbiar/ bekas lombong
  • Taman Bandar / Zoo / Pertanian / Kejiranan / Lapang
  • Kawasan peranginan / pelancongan
  • Padang Golf / Kelab Golf
Elemen-elemen landskap yang dicadangkan biasanya merangkumi landskap lembut dan kejur. Diantaranaya seperti penggunaan tumbuh-tunbuhan, badan-badan air, lampu-lampu landskap, binaan batu tiruan, sistem pengairan,laluan pejalan kaki, mall, perabut landskap/ jalan/taman seperti bangku, tong sampah, alat-alat permainan, papan tanda / petunjuk arah; air terjun. Air pancut, wakaf, jambatan pejalan kaki dan sebagainya.

  1. Tugas-tugas umum arkitek landskap

Ø  Mengenalpasti keperluan-keperluan pelanggan seperti peruntukan projek, kegunaan bangunan dan bila bangunan hendak digunakan.
Ø  Menyedia pelan atur dan menentukan cirri-ciri senibina luar, memilih bahan-bahan dan menyediakan pelan hiasan.
Ø  Menyelaras rekabentuk struktur, mekanik dan elektrik.  Menyedia pelan-pelan dan spesifikasi untuk kontraktor dan memastikan bahawa rekabentuk mematuhi undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta mendapatkan kelulusan rekabentuk dan pembinaan dari PBT.
Ø  Memastikan bangunan yang dibina mengikut spesifikasi, kemajuan kerja mengikut jadual dan perbelanjaan projek tidak melebihi peruntukan.
Ø   Memastikan bangunan yang dibina mendapat kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, telefon dan sebagainya.

1.0        SYARAT KELAYAKAN ARKITEK LANDSKAP


(a)          Kumpulan Perkhidmatan      :           Pengurusan dan Profesional
(b)           Klasifikasi                              :           Perkhidmatan  Kejuruteraan
(c)           Jadual Gaji                             :           Gred J41
P1T1  RM1815.87  -  P1T23  RM4105.19
P2T1  RM1899.36  -  P2T23  RM4361.71
P3T1  RM1986.48  -  P3T23  RM4614.60
(d)       Elaun   :
            Imbuhan Tetap Khidmat Awam                     :           RM170.00
            Imbuhan Tetap  Perumahan                            :           RM165.00
            Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal         :           5% daripada gaji pokok


2.0        SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
·              Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan  atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J41:P1T3); DAN
·             Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu  (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan  yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknik bidang Seni Bina adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Arkitek Gred J41, tertakluk kepada  kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
 (a)              (i)        Mempunyai kelayakan seperti di atas; atau
(ii)               Lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/Persatuan Arkitek  Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.



CIRI-CIRI SEORANG ARKITEK LANDSKAP

Kefahaman dalam matematik, sains, fizik, sejarah dan kesenian.

Kemampuan dalam analisa logik pengurusan dan pengaturan.

Kebolehan menyelesaikan masalah.

Kreatif dan imaginative.

 Boleh menganalisa secara logic.

Mempunyai daya pemerhatian yang tajam.

Kemampuan dalam analisa logik pengurusan dan pengakuan

0         LATIHAN ASAS ARKITEK LANDSKAP
Latihan Iktisas mandatori bagi seorang Arkitek Landskap (perlulah dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf) termasuklah:
  • Prinsip-prinsip perancangan (Physical Planning)
  • Prinsip-prinsip Senibina (Architecture)
  • Prinsip-prinsip Senibina Landskap (Landscape Architecture)
  • Prinsip-prinsip Rekabentuk (Physical Design)
  • Prinsip-prinsip Rekabentuk Tanaman (Planting Design)
  • Prinsip-prinsip kejuruteraan (Basic Engineering)
  • Prinsip prinsip ukur tanah
  • Geologi dan Sains Tanah
  • Sains Tumbuhan
  • Ekologi
  • Biologi
  • Botani
  • Saliran dan Pengairan (Drainage dan Irrigation)
  • Sains Kemasyaratan (Social Science + Human/Animal Behavioral Science + Psycology)
  • Lukisan Teknikal
  • Dokumen Kontrak (Contract Documentation and Specification)
  • Amalan Iktisas
  • Latihan Praktikal

PELUANG KERJAYA BAGI ARKITEK LANDSKAP

Peranan dan reputasi arkitek landskap menjadi semakin penting dan mencabar selari dengan kepesatan pembangunan negara. Di antara organisasi-organisasi di Malaysia yang memerlukan perkhidmatan arkitek landskap adalah seperti:

Sektor Awam Dan Berkanun
  • Jabatan Landskap Negara
  • Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
  • Jabatan Alam Sekitar
  • Jabatan Pertanian
  • Jabatan Pengairan dan Saliran
  • Jabatan Perhutanan
  • Dewan Bandaraya
  • Majlis Perbandaran
  • Majlis Kerajaan Tempatan
  • Lembaga Pembangunan Bandar
  • Perbadanan Kemajuan Negeri
  • Institusi Pengajian Tinggi
  • Institusi Penyelidikan
  • Agensi-agensi berkaitan
Sektor Swasta
  • Firma Perunding Senibina Landskap
  • Kontraktor Landskap dan Senitaman
  • Firma Arkitek dan Perancangan Bandar

PELUANG KERJAYA DAN PROSPEK
Semua arkitek yang sedang berkhidmat masih berdaftar dengan Persatuan Arkitek Malaysia (PAM). Peluang pekerjaan terdapat di sektor awam dan swasta. Peluang di sektor awam seperti di Jabatan Kerja Raya, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Bandaraya, Perbadanan Kemajuan Negeri dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi.
Di sektor swasta kebanyakan peluang pekerjaan terdapat di firma-firma arkitek.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut -

      Universiti Malaya

      Universiti Teknologi Malaysia

      Universiti Teknologi Mara

      Universiti Putra Malaysia

      Politeknik Ungku Omar

      Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah Kuantan

      Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Jitra

      Politeknik Port Dickson

      Kolej Tunku Abdul Rahman


Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:-

      L&G - Twintech Institute Of Technology

      Lim Kok Wing Institute Of Creative Technology

      Taylors College

      Alif Creative Academy







35 comments:

  1. International Islamic University Malaysia also provide Bachelor in Landscape Architecture :)

    ReplyDelete
  2. kursus landskap ni ada kne guna kamera dslr x?? adik sye baru masuk seminggu dh minta kamera tu?? btul ker ada gne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. basically it not compulsory every student should have camera dslr..but it become necessity if we have task that need camera.

      Delete
    2. ngada2 la budak sekarang. guna camera digital je pun nak mik gambar pokok. camera hp pun da cukup!

      Delete
    3. actually dslr lagi berkemampuan sebab boleh ambil gmbar sequential apabila study urban design nanti. gmbar nih penting. kalo nak dibandingkan kamera biasa atau kamera hp mmg xleh lawan dgn quality gmbar dslr. selain bole pilih effect dlm kamera dslr dan cepat utk di snap brbanding kamera biasa. selain itu gmbar yg diambil msti berquality dan jelas apabila diprint nanti. sy bekas student uitm diploma landscape ni admit mmg dslr mudah brbanding kamera biasa. huhu. msa sy study dlu sy pinjam je kwn dlm group pnyee. hihihi

      Delete
    4. Pekerjaan tu mmg guna camera mcm tu.. Kita x le nk suh dia guna kamera Handphone sbb kamera Handphone dgn kamera yg diminta jauh beza..

      Delete
  3. Salam Sis,

    Anak akak baru nak sit for SPM next week and her ambition is to become an architect. But seriously akak tak tau how to go about. Apa kelulusan yang diperlukan in SPM, what to score. And obviously where to apply.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo course landscape nih. SPM nak 5 credit trmasuk Maths dgn english je. sbb nanti ada interview.masa interview buat betul2.

      Delete
  4. USM penang pun ada landscape architecture but it's a MSc. program, available at school of Housing Building & Planning (HBP)

    ReplyDelete
  5. saya pun akn sit for spm in 2014 .. saya sbnrnya kliru nak jd apa nnti bsr , sya ambl sains stream , tapi saya minat sangat2 mlukis , mwrna , mlakar .. byk dah lkisan yg sy hsilkn jd sy pn nk gbungkn sains dgn seni , ssuai ke sy jd arktek lanskap ? sbb sy suka sgt hias2 laman dan yg srupa dgnnya..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. sya minat dalam lanskap ni. tpi saya ambil aliran sains agama dalam spm2014 tahun ni.. saya minat jgk dalam bidang perhotelan dan kejururawatan. tp sy macm ragu2 sikit dlm kos lanskap. takut ta bole bawa.. jd 5 credit kene ad dlm tgn utk msuk kos ni kan? subjek ap2 je ea?

    ReplyDelete
  8. Assalam...sy study sci math in diploma dekat uitm sekarang.masa mohon upu dulu dah mintak seni bina tapi tak dapat tak tahulah sebab apa.nak kata results teruk hm xoxo je.Alhamdulillah lulus semua and 5 credit bereh je.sy nak sangat jadi arkitek.dgn kos yg sy amek sekarang ni boleh dapat tak degree ID?

    ReplyDelete
  9. can u convince me about taking this career.. im 16 years old and next year im gonna taking for spm.. still, i donno what is my ambition.. but im interest with architect more than any job... im good at sketch when i doing 'life skills' at age 15 so im pretty confidence with that...
    please~~~~ reply this comment.. need some major help for my folio career

    ReplyDelete
    Replies
    1. Landscape architecture punya industri tak seindah khabar. Gaji tak tinggi macam Engineer. Boleh pursue kalau minat. Lagipun kita belum ada Akta. So apa2 kerja mesti kena refer pada Arkitek / Engineer.

      Tidur malam jarang. Kerja selalu banyak. Software saban tahun kena belajar. Selalu ada software baru dah sekarang. Dateline rapat2 sehari dua. Kadang2 bagi pagi nak petang pun ada.

      PBT kadang2 banyak hal. Suap menyuap tu benda biasa. Kalau nak rasa hidup susah first two year macam tu, sila lah. Tapi bila dah dapat experience, boleh start apply untuk kerja dgn developer; which is very promising. :)

      Hope helps.

      Delete
  10. Assalam. Kalau boleh nak tanya la jugak, coure arkitek landskap ni ada masa depan tak? Gaji mcm mana? Ditanggung kerajaan atau mcm berniaga? Saya pening lagi ni hahahaha mintak maaf ;))

    ReplyDelete
  11. Hi , Saya umur 15 (Form3) tahun depan form 4 , kalau arkitek saya nak kena masuk aliran yang mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Kalau sekolah awak ada aliran yg tawarkan subjek Lukisan Kejuruteraan, boleh ambik. Kalau takde boleh ambil aliran Sains Tulen.

      Delete
    3. slm,sye nak tnye,sye form5 bkl amik spm,seni sye bagus,tpi math sye kurg,tapi sye btul2 minat nk jdi arkitek,rasa2 nya kalau smbung bljr amik jurusan arkitek ni math mmg kene padu ke mcmne ye?harap2 ade yg balas

      Delete
    4. sama . saya pun minat lukis , tapi math mmg out . sy baru habis belajar senibina . math dia basic je

      Delete
  12. hye sy anis.sy cemerlang dlm kelulusan seni n lulus dlm semua bidang n gagal dlm english..xpnh gagal dlm english tp dlm spm tibe2 gagal.hairan.balik pd cerite.sy dh brumah tngga n ad ank prmpuan sowg..ingin brkerje sbgai arkitek..n exam prtenggah sy dpt A+ dlm seni n sivik.

    ReplyDelete
  13. hye sy anis.sy cemerlang dlm kelulusan seni n lulus dlm semua bidang n gagal dlm english..xpnh gagal dlm english tp dlm spm tibe2 gagal.hairan.balik pd cerite.sy dh brumah tngga n ad ank prmpuan sowg..ingin brkerje sbgai arkitek..n exam prtenggah sy dpt A+ dlm seni n sivik.

    ReplyDelete
  14. kalau diploma vokasional sivil macamana nak apply arkitek landskap ni

    ReplyDelete
  15. hello,
    i want to ask you i want take professional art college.I've got b+ for sivik and i got a+ for art and have a- for science and English a so is it i still can be and architect?

    ReplyDelete
  16. kalau minat dlm bidang arkitek landskap,kos mne yg perlu sye ambik?subjek ape yg perlu credit dlm spm? n brape lme utk ambik diploma?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ridhwan dah habis spm ke belum? kalau apply upu nanti, kalau uia, pilih masuk dalam kuliyyah architecture and environmental design/senibina dan reka bentuk alam sekitar. nanti amik kos landscape kat situ. Kalau uia, asasi setahun/2tahun dan degree 4tahun di gombak. :)

      Delete
  17. bukan semua IPT yg menawarkan kursus landskap diiktiraf oleh ILAM. sila semak pengiktirafan sebelum memohon.

    ReplyDelete
  18. bukan semua IPT yg menawarkan kursus landskap diiktiraf oleh ILAM. sila semak pengiktirafan sebelum memohon.

    ReplyDelete
  19. Hi...tahun ni sy diterima sbgai pelajar landscape architecture dkt uitm..nk tnya yg.. arkitek lanskap ni kerja kontrak atau tdk..klau kontrak krja susah dan gaji pun akn brgntung pada krja kontrak yg kita sign tu jer..tapi klau bkn kontrak syukur la..gaji msuk tiap bulan mcm biasa bila da apply kat mna mna syarikat..so krja sbgai arkitek lanskap ni kontrak ke tdk..

    ReplyDelete
  20. ada siapa2 bleh listkan silibus/subjek diploma senibina landskap uitm tak ? susahnya nak jmpe.

    ReplyDelete
  21. Hye, saya hadjiz bakal mahasiswa senibina landskap. Awak dah lma grad, nak tahu awak dah kerja ikut course awak kah?? And mcm mna proses beljarnya??

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum, hai. Saya mohon senibina landskap dan Alhamdulillah dapat panggilan temuduga. Cuma masalahnya, keadaan saya kurang mengizinkan saya untuk menyambung pelajaran dekat u, parents saya cadang ambil ting. 6 dulu kalau keadaan saya masih tiada peningkatan. Saya ingin tahu subjek apa yang patut diambil kalau nak jadi arkitek senibina

    ReplyDelete
  23. Saya ada interview mengenai larat belakang dan kefahaman dalam bidang ini...sesi apa boleh tolong saya bagaimana cara untuk ringkaskn untuk video selama 2 min😊

    ReplyDelete