Sunday 11 March 2012

Jenis-jenis Kerjaya

Jenis-jenis kerjaya



LAZIM remaja mempunyai kerjaya idaman. Malah sejak kanak-kanak lagi, mereka sudah pandai menyebut hendak menjadi doktor, penyanyi atau pelakon. Namun tidak kurang yang sering bertukar cita-cita kerana dipengaruhi oleh persekitaran.
Kaunselor dan pensyarah dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Hushim Salleh berkata, kombinasi minat, kebolehan dan pengaruh suasana semasa adalah faktor utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya.


"Umpamanya, orang yang bercita-cita menjadi guru haruslah mempunyai minat yang mendalam kanak-kanak. Jika tidak, dia tentu akan menganiaya muridnya sendiri,' katanya kepada Utusan.
Beliau menjelaskan, berdasarkan teori Holland, manusia dikategorikan kepada enam kelompok berlainan yang berasaskan jenis personaliti iaitu:

realistik (realistic)
penyelidikan (investigative)
artistik (artistic)
sosial (social)
keusahawanan (enterprising)
konvensional (conventional)



Wartawan katanya termasuk dalam kategori sosial, iaitu golongan yang berminat kepada manusia dan suka bertemu orang tanpa mengira kelas.
Sementara kerjaya guru, yang lazimnya diminati kaum wanita sangat bersesuaian dengan fitrah mereka yang lemah-lembut, keibuan dan bersikap memujuk.


Beliau juga menjelaskan, ramai orang yang mempunyai lebih daripada satu minat.
Umpamanya ada orang yang berminat dalam bidang sosial, apabila sampai satu peringkat menunjukkan perubahan kecenderungan kepada keusahawanan.
"Asalnya dia suka kepada manusia, kemudian minatnya beralih kepada wang dan kuasa. Dengan kemahiran sosial yang sedia dimilikinya, dia pandai berinteraksi dengan manusia tetapi pada masa yang sama, bijak memanipulasi,'' jelasnya.
Perubahan kecenderungan tersebut, ujarnya lagi, menyebabkan berlakunya 'penghijrahan' dalam kerjaya.


Justeru katanya, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila guru yang sudah 20 tahun mengajar, tiba-tiba berhenti kerja untuk menjadi seorang usahawan.
"Memang mulanya minat itu kekal. Tetapi ia boleh berubah, mungkin kerana faktor pulangan ekonomi, suasana tempat kerja dan motivasi kerja,'' ujarnya.
Kaum wanita katanya, lebih mudah berubah kerjaya selepas berumahtangga.
Seorang akauntan wanita umpamanya, merasakan kerjaya tersebut tidak sesuai lagi selepas mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak.
Oleh itu, dia akan mencari kerjaya lain yang lebih sesuai dengan status dirinya seperti menjadi guru.


Hushim berkata, kaum lelaki biasanya lebih senang mengekalkan kerjaya kerana tidak banyak mengalami 'gangguan'.
Beliau turut menyarankan supaya remaja menyemai cita-cita selepas tingkatan tiga iaitu selepas tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Sambungnya, ini kerana selepas PMR, pelajar akan menjurusi bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat mereka.
Justeru inilah masa yang sesuai untuk memupuk minat, katanya.
Beliau turut menggalakkan ibu bapa supaya mengambil berat akan pemilihan kerjaya anak-anak.


Antara yang harus ditekankan kepada anak-anak mengenai pemilihan cita-cita ialah faktor minat, bakti dan gaji yang diterima.
Ini kerana remaja berkelaziman mengalami alam fantasi sebelum menyedari hakikat sebenar.
Usia sekitar tujuh hingga 15 tahun, terangnya, remaja cenderung berfantasi dan memasang angan-angan yang kadangkala tidak rasional.
Tetapi selepas melewati usia tersebut, mereka akan menyedari hakikat sebenar dan mula berusaha mengejar cita-cita idaman.


Beliau berpendapat remaja kini yang cenderung menggemari kerjaya glamor seperti penyanyi dan pelakon, kerana dipengaruhi media massa.
Apatah lagi dengan banyaknya anugerah yang diberikan kepada golongan artis ditambah liputan meluas media, ia lebih merangsang remaja supaya terpengaruh.
"Sayangnya, tak ada pula anugerah untuk kerjaya imam umpamanya. Mengapa ia tidak diketengahkan, sedangkan jika berlaku kematian, imam orang pertama yang dicari,'' tegasnya.


Katanya ada 25 000 kerjaya di dunia, tetapi hanya sedikit yang diketengahkan oleh media.
Beliau berkata, perancangan sangat penting untuk mencapai kerjaya idaman.
Perancangan jangka pendek iaitu sekitar usia 18 sehingga 25 sangat penting kerana pada peringkat ini, remaja masih belajar dan menimba pengalaman.
Sementara perancangan jangka panjang akan menentukan status dan masa depan seseorang, ujarnya.

Memahami Jenis-Jenis Kerjaya

Secara umum, kerjaya boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada lapan bidang utama:
1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah
2. Bidang penulisan dan komunikasi
3. Bidang saintifik/perubatan
4. Bidang perkeranian dan pentadbiran
5. Bidang seni reka dan kreatif
6. Bidang teknikal
7. Bidang keusahawanan
8. Bidang perkhidmatan
Bidang kerja dan contoh-contoh jawatan:




1. Kewangan/Perniagaan


(Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai)
Pentadbiran dan pengurus bank
Perancang dan pengurus kewangan
Pengurus dan agen insurans
Eksekutif jualan dan pemasaran
Pengurus pengiklanan
Eksekutif akaun
Akauntan/juruaudit
Aktuari
Pegawai bank
Pemerosesan data
Penganalisis data
dan lain-lain




2. Penulisan dan Komunikasi


(Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni)
Wartawan
Editor
Jurubahasa
Penterjemah
Penerbit rancangan radio/televisyen
Pengacara radio/televisyen
Penulis skrip
Perunding komunikasi
dan lain-lain




3. Perubatan/Sains


(Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat)
Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar)
Doktor haiwan
Jururawat
Pembantu makmal/pembantu perubatan
Juru radiologi
Ahli farmasi
Juru terapi
Saintis
Ahli biologi/kimia
Pakar nuklear
Ahli geologi/geofizik
dan lain-lain




4. Perkeranian dan Pentadbiran


(Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan merekod maklumat)
Pengurus perjawatan
Pegawai sumber manusia
Pegawai tadbir
Pembantu undang-undang
Kerani
Setiausaha
dan lain-lain




5. Seni Reka dan Kreativiti


(Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif)
Pelukis
Pelukis grafik/batik
Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya
Pereka bentuk dalaman
Jurugambar
Juru solek
dan lain-lain




6. Teknikal


(Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin dan perkara teknikal lain)
Arkitek
Perancang Bandar dan Wilayah
Juruteknik
Juruukur
Mekanik
Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain)
Pakar runding (
Dan lain-lain




7. Keusahawanan


(Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan)
Perniagaan runcit
Perusahaan Kilang
Pemborong
Kontraktor
Pengusaha hotel
Perusahaan bengkel
Perusahaan butik
dan lain-lain




8. Perkhidmatan


(Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai)
pensyarah/guru
Pustakawan
Pegawai Perhubungan Awam
Peguam/pendakwaraya/hakim
Polis/askar
Pemandu pelancong
Kaunselor
Pramugari/pramugara
Tukang masak profesional
dan lain-lain


74 comments:

  1. Adakah untuk menjadi seoran arkeologi memelukan sains tulen

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... bagi saya arkeologi memerlukan jurusan sains tulen kerana pekerjaan itu melibatkan subjek kimia...

      Delete
    2. Tetapi ada yang x perlukan sains tulen untuk menjadi arkeologi kan?

      Delete
  2. Saya merupakan aliran sains tetapi saya tidak memilih biologi, sebaliknya saya memilih grafik komunikasi teknikal. Adakah saya layak menceburi bidang perubatan/medic?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seharusnya anda mengambil bidang biologi kerana anda ingin mengambil jurusan medik... tapi anda masih boleh mengambil jurusan lain selain kedoktoran...

      Delete
  3. Saya ialah murid aliran perniagaan dan seni. Bolehkah saya bekerja sebagai pramugara atau juruterbang (pilot)? Setahu saya, juruterbang perlu mengambil subjek Fizik dalam SPM dan pramugara pula mesti fasih dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Dapatkah saya bekerja sebagai pramugara / pilot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subject yang utama mereka tumpukan adalah maths,bi ,sc or physic.it's okay kalau tak amik physic as long as ada sc ,and subject berkenaan perlu dapat sekurangnya credits ,keutamaan diberikan kepada calon yang dapat A :) but depends la kalau lulus ujian yang mereka berikan nanti. And ,nak jadi pramugara subjek bi penting paling minimum pun credit jugak ,nanti akan ada walk in interview ,so join la

      Delete
  4. Saya ialah murid aliran perniagaan dan seni. Bolehkah saya bekerja sebagai pramugara atau juruterbang (pilot)? Setahu saya, juruterbang perlu mengambil subjek Fizik dalam SPM dan pramugara pula mesti fasih dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Dapatkah saya bekerja sebagai pramugara / pilot?

    ReplyDelete
  5. sy nak tanya adakah jurusan sastera (seni kreatif) di UMS memberikan peluang pekerjaan yg baik di masa hadapan?

    ReplyDelete
  6. saya bercita-cita menjadi guru
    tetapi saya inginkan pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan RM10000 -keatas.
    saya suka matematik
    pekerjaan apakah yang gaji tinggi dan selari dengan minat saya

    ReplyDelete
  7. Salam...Saya ingin bertanya:

    Adik saya ini memang minat sekali ke arah bidang bidang kesukanan dan dia hebat sekali di dalamnya.Akan tetapi,dia lemah dlam bidang yang melibatkan proses berfikir....Apakah kerjaya yang sesuai dengannya dan apakah jalannya yg harus dilaluinya utk menjadi pakar dlm bidang yg diminati?

    Eloklah kiranya tuan dapat membantu saya.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,saya prnh bercita cita ingin menjadi seorang veterinar.tapi,di Malaysia pekerjaan ni mcm x menonjol.Jadi,patutkah saya meneruskan cita2 ni ataupun Tukar supaya x menghadapi risiko yg tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah terbaca yg 85% org yg belajar sains veterinar dpt pekerjaan. so i think u should keep going.

      Delete
  9. Assalamualaikum,saya prnh bercita cita ingin menjadi seorang veterinar.tapi,di Malaysia pekerjaan ni mcm x menonjol.Jadi,patutkah saya meneruskan cita2 ni ataupun Tukar supaya x menghadapi risiko yg tinggi

    ReplyDelete
  10. klau nk jdi doctor boleh ke daripada aliran perniagaan

    ReplyDelete
  11. hi. saya berada di aliran sains tulen,adakah saya berpeluang memohon di universiti yg menawarkan bidang kemahiran ?? harap dapat bantu saya

    ReplyDelete
  12. hi. saya berada di aliran sains tulen,adakah saya berpeluang memohon di universiti yg menawarkan bidang kemahiran ?? harap dapat bantu saya

    ReplyDelete
  13. Terpkse ambik bidg agama akaun sbb sk dh tukar bidang budk ii kls agama yg dulunye sn tulen ke agama akaun...x tau nk pilih mne tpi lagi mint kat bidg ii sn dripada bidang akaun...boleh x bgi pendapat...x tau bk buat pilihan sbb tkut mnysl..tpi dlm mase yg same syg nk tinggalkn ba😌😌

    ReplyDelete
  14. Hello. Saya dari kelas sains tulen form4. Saya berminat dalam bahagian sains terutamanya biology DAN berminat pula dalam bahagian perniagaan. Umm pekerjaan apa yang sesuai untuk saya? macam pelik je hehe

    ReplyDelete
  15. Sangat bermanfaat. Mohon share ye Tuan.

    ReplyDelete
  16. Saya berminat dengan subjek matematik.kerja apa saje yang boleh dengn subjek ini?

    ReplyDelete
  17. saya dari aliran perdagangan dan seni..Spm sy semua lulus dan sy dpt Maths A .boleh x sy dpt menjadi seorng guru?

    ReplyDelete
  18. saya amik sn tulen tp boleh ke saya pilih arkitek/jurutera sebagai kerjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde masalah, as long as awak minat dan usaha.

      Delete
  19. saya mendapat keputusan yg cemerlang dlm pt3 dan ditempatkan dalam aliran sains agama tetapi saya mengambil keputusan untuk ambil aliran perakaunan kerana saya minat dalam matapelajaran matematik . adakah keputusan saya betul dan adkah saya layak mengambil aliran akaun ?

    ReplyDelete
  20. Apakah prospek kerjaya untuk graduan seni halus? dan Bolehkah graduan seni halus bekerja sebagai Admin atau bekerja di bahagian Hospitaliti?

    ReplyDelete
  21. Anak Saya ingin menjadi wartawan apa yang perlu Saya sarankan dekat dia.

    ReplyDelete
  22. Saya merupakan pelajar tingkatan 4 dari aliran akaun, ekonomi & addmath. Saya masih menghadapi kecelaruan untuk memilih bidang untuk menyambung pelajaran kelak. Saya meminati course hospitality,tapi parents tak sarankan. Saya tak tahu nak sambung pelajaran apa nanti ')

    ReplyDelete
  23. Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740

    ReplyDelete
  24. Saya mengambil bidang grafik komputer teknikal,tetapi ada physic dan kimia..keputusan pt3 saya c..adakah saya perlu menukar bidang

    ReplyDelete
  25. Hi nak tanya sikit bolehh...?sya pelajar aliran teknologi sma ambil subjek ekonomi and prinsip akaun boleh kh sy menjadi pegawai kewangan jika lulus smua mata pelajaran?

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum...saya nk tanya...saya f5 yg ambil subjek sastera, perniagaan dan ekonomi.Tapi baru2 ni saya bercadang nak drop subjek ekonomi.Boleh tak jikalau saya mahu menjadi guru sastera atau guru perniagaan tanpa perlu ambil subjek ekonomi?

    Mohon dibalas 😊

    ReplyDelete
  27. saya dari aliran stem(sains tulen)
    pada pendapat tuan/puan apakah kerjaya yang boleh saya ceburi sekiranya saya adalah orang sosial mengikut ujian yang telah sy lalui..
    terimakasih.

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum... saya dari aliran perdagangan dan seni f4 tapi saya minat ke arah kedoktoran.. macam mana ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je nak jadi tapi susah sedikit sbb awak tk ambik subjek yg sesuai utk pergi ke kerjaya tu

      Delete
  29. bagaimana dgn safety officer.. apa yg diperlukan??

    ReplyDelete
  30. Jika saya ingin membuka butik pakaian, subjek apakah yg wajib diambil ketika form4?

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. kalau sy nak tukar aliran masa dkt uni nanti boleh eh sekiranya keputusan spm sy cemerlang lah

    ReplyDelete
  33. Hai saya form 5 this year SPM 2021.Cita cita saya nk jadi psychiatrist tapi my parents keep support me on masuk IPG.Saya dilema sebenarnya btw nak jadi psyciatrist ni lama katanya plg plg pon kalau dpt jadi pon umur dlm 30 tahun.So,saya kena sacrifice hidup saya.Saya still ada adik 2 org so sapa nk tanggung kos bljr saya hm ada org ckp takpe bole dpt biasiswa tapi saya tak la pandai sgt😭.Saya amik pure science pon sebab mmg saya nk jadi psychiatrist tapi parents saya asyik suruh jadi cg je hm skrg saya masih ragu ragu dgn cita cita saya.What should i do????

    ReplyDelete
  34. Hi, boleh sy tau peluang kerja utk mereka yg ambil STPM aliran Perniagaan, Ekonomi atau Seni?

    ReplyDelete
  35. Hello...sya ambil sains sukan n sains pertanian but apa peluang kerja yg bole sya dpt??and sya berminat if pekerjaan tu berkaitan ngan haiwan...

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum, saya adalah pelajar STEM, hampir semua subjek sains tulen saya ambil kecuali biology. Saya juga ada ambil subjek lukisan kejuruteraan sbb sy ingin mengasah bakat melukis sy krn saya mmg minat melukis..tapi sy x ambil subjek seni.. Patutkah sy ambil subjek seni sebgai subjek tambahan SPM nnti? Sy juga masih keliru ingin mengambil jurusan ape bila di universiti nnti selepas SPM.boleh beri cadangan bidang ape yg sesuai utk saya ambil nanti?

    ReplyDelete
  37. Kalau sastera ni bleh jadi peguam tak?

    ReplyDelete
  38. Apakah bidang pekerjaan untuk jurusan sains sosial dan antropologi?

    ReplyDelete
  39. adakah bidang arkitek memerlukan sujek matematik tambahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. X, tapi math ngan Sains mesti lps kredit pon dh cukup...

      Jika minat teruskan ...😉

      Delete
  40. Saya ambik akaun tapi boleh ke saya ambik bidang sains di university nnt? Kerjaya apa yg student macam saya boleh apply?

    ReplyDelete
  41. Umur saya 15 tahun saya minat untuk menjadi peguam boleh tak beritahu aliran apa yang sesuai untuk saya

    ReplyDelete
  42. saya minat untuk menjadi guru sains biasa dan saya juga minat dlm tentang bidang electrical engeniering bidang apa yg saya perlu ambil selepas spm

    ReplyDelete
  43. saya mempunya aliran sastera dan tasawwur tetapi saya minat dengan bidang perubatan/medic . adakah saya layak untuk menceburi bidang peubatan/medic ?

    ReplyDelete
  44. Assalam’ admin..saya mempunyai diploma dalam pendidikan..tetapi untuk degree saya mengambil jurusan pengajian sastera (persuratan melayu) di UKM..boleh ke saya jadi guru bahasa?

    ReplyDelete
  45. salam.. saya nak bertanya , kos aliran srt layak bekerja sebagai apa?

    ReplyDelete
  46. Salam , sya as f3 yg pilih kelas memasak untuk f4 nanti .. boleh kerja apa ja nanti ?

    ReplyDelete
  47. Salam, saya nak amik bidang sastera bole kerja apa ya nanti,

    ReplyDelete
  48. Salam nak tanya saya nih jenis yang introvert tapi saya memang minat nak jadi lawyer boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene belajar bercakap di khalayak ramai jugak sbb kerje ni mmg kene byk ckp

      Delete
  49. sy tak ambil bidang sains tulen tapi saya ada ambil sains tambahan , sains , math dan perniagaan. kalau saya nak jadi doctor boleh ke ?

    ReplyDelete
  50. Sy minat sains tulen and cita-cita nk jadi doctor but aliran yg saya dapat perniagaan...selain daripada akauntan boleh jadi ape lagi

    ReplyDelete